Program Makanan Sedunia
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
|
|||
| Jenis | Program | ||
| Singkatan | WFP | ||
| Ibu pejabat | Rom, Itali | ||
| Pengarah Eksekutif | Josette Sheeran (Amerika Syarikat) |
||
| Penubuhan | 1963 | ||
| Laman web | http://www.wfp.org/ | ||
Program Makanan Sedunia (WFP) merupakan cawangan bantuan makanan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu dan agensi kemanusiaan terbesar di dunia. Dari ibu pejabatnya di Rom serta 80 pejabat di seluruh dunia, WFP membekalkan makanan kepada 90 juta orang di 58 negara setiap tahun, termasuk 58 juta kanak-kanak. Matlamat WFP utama adalah untuk menolong mereka yang tidak mampu menghasilkan atau mendapat makanan untuk diri dan keluarga.
Aktiviti [sunting]
Pada 2006, WFP telah mengedarkan 4 juta ton makanan kepada 87.8 juta orang di 78 negara. Negara yang mendapat bantuan terbesar ialah Sudan, di mana 6.4 juta orang menerima bantuan makanan.
|
||||||||||||||||