Program komoditi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Istilah program komoditi dalam dasar pertanian persekutuan Amerika Syarikat biasanya merangkumi program-program harga komoditi dan bantuan pendapatan yang ditadbirkan oleh Agensi Perkhidmatan Ladang dan dibiayai oleh Perbadanan Kredit Komoditi (CCC: Commodity Credit Corporation). Komoditi-komoditi yang kini menerima bantuan termasuk:

  1. komoditi yang menerima bayaran Program Langsung dan Kitaran Balas (DCP, Direct and Counter-cyclical Program), khususnya gandum, jagung, betari, barli, oat, kapas tanah tinggi, kacang soya dan biji-biji minyak yang lain, serta kacang tanah;
  2. komoditi yang berlayak untuk menerima pinjaman bantuan pemasaran bukan rekursa yang merangkumi semua komoditi yang tersebut di atas, selain daripada bulu biri, mohair, madu lebah, kacang pea kering, lentil, dan kacang kuda; dan
  3. komoditi yang menerima bantuan-bantuan yang unik, termasuk gula dan susu.

Frasa yang lebih umum yang merangkumi semua program komoditi yang tersebut di atas serta bantuan-bantuan yang lain ialah program ladang.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]