Projek Pembangunan Petrokimia Kuo Kuang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Projek Pembangunan Petrokimia Kuo Kuang ini pada awalnya dicadangkan oleh Syarikat Petrokimia Kuo Kuang pada tahun 2005, rancangan asal menjangka pembinaan di Zon Perindustrian Petrokimia di Kawasan Perindustrian Luar Pulau Daerah Yunlin. projek ini kemudiannya dipindahkan ke Daerah Changhua pada tahun 2008 disebabkan oleh tidak mendapat kelulusan EIA, sebelum projek ditamatkan pada tahun 2011 di atas pertimbangan EIA.

Ringkasan[sunting | sunting sumber]

Projek Pembangunan Petrokimia Kuo Kuang pada asalnya dijadualkan untuk melabur NT $ 9.336 billion, kemudian dipinda kepada NT $6325 billion. Zon perindustrian termasuk kilang penapisan minyak (Refinery), kilang olefin (Olefins), kilang aromatik (Aromatics) dan kilang-kilang sederhana dan rendah, salah satu tujuannya adalah untuk menempatkan semula Kilang Penapisan Minyak dan “Minyak Lima Ringan” yang terletak di Nanzi, Kaohsiung.

Pada tahun 2006, selepas Su Tseng Chang dari Parti Progresif Demokratik menjadi Perdana Menteri, beliau mengumumkan pelancaran pelan “Pelaburan Besar, Kehangatan Besar” dan Projek Pembangunan Petrokimia Kuo Kuang disenaraikan sebagai salah satu daripada projek-projek pembangunan utama pelan itu. 29hb MAC 2007, Timbalan Perdana Menteri Tsai Ing Wen menyerang Jabatan Alam Sekitar dalam mesyuarat Kumpulan Ekonomi kabinet kerana laporan EIA Kes Keluli Taiwan dan Projek Pembangunan Petrokimia Kuo Kuang terlalu panjang, beliau minta Jabatan Alam Sekitar harus ambil kira prinsip perlindungan alam sekitar, pembangunan industri dengan selaras dan memudahkan proses EIA dengan telus. Kemudian, memandangkan kesukaran dari pihak berkuasa seperti EIA untuk membina kilang di Kawasan Perindustrian Luar Pulau Dearah Yunlin, dan pembelian tanah, ditambah lagi dengan tuntutan Kerajaan Changhua, pada 30hb November 2007, Timbalan Perdana Menteri Chiou I Jen memutuskan Projek Pembangunan Petrokimia Kuo Kuang akan dipindahkan dari Kampung Taixi, Yunlin ke Kampung Dacheng, Changhua.

Surat dikeluar pada 25hb Januari 2008, taman teknologi petrokimia dipindah dari Kawasan Perindustrian Yunlin ke Kawasan Perindustrian Sudut Barat Daya Changhua; Kementerian Ekonomi menghantar surat kepada Yuan Eksekutif pada 18hb MAC 2008, CEPD bersetuju dalam mesyuarat 14hb April 2008 dan menjadikan Kawasan Perindustrian Dacheng Changhua sebagai program utama Negara, bagi mengelakkan larangan pembangunan di sekatan tanah pengharaman pemuliharaan untuk memudahkan penambakan laut bagi pembinaan Taman Petrokimia Kuo Kuang. Tetapi kemudian rejim itu akan bergilir, Kerajaan Parti Progresif Demokratik menghentikan projek ini secara tergesa-gesa, kabinet mengunakan alasan “kabinet akan dilantik semula, program utama Negara terbabit lingkungan yang luar”, menunjukkan Kementerian Ekonomi dengan surat pada 14hb MEI 2008 bahawa cadangan ini dibiarkan keputusan oleh kerajaan baru dengan mengikuti perancangan masa depan keseluruhan negara sebelum dihantar balik ke kabinet.

Selepas pertukaran kuasa perintah, pada 24hb JUN 2008, lembaga pengarah Petrokimia Kuo Kuang memutuskan untuk memindahkan projek pembinaan kawasan perindustrian luar pulau Yunlin yang sudah diusahakan banyak tahun ke kampung Dacheng, Changhua, dan meminta kerajaan menjamin bahawa kilang boleh menjalankan hasil pada tahun 2015, kalau tidak, pemegang saham akan mengundur dari pelaburan. Menurut berita pada 1hb Disember 2008, kabinet menetapkan Projek Pembangunan Petrokimia Kuo Kuang sebagai projek utama negara atas alasan pembangunan ekonomi. Pada 3hb April 2011, presiden Ma Ying Jeou, wakil Parti Progresif Demokratik Su Tseng Chang dan Tsai Ing Wen menghadiri Jamuan Anti-Petrokimia Kuo Kuang, oleh kerana Ma Ying Jeou tidak mahu menandatangani surat mengaku janji, ucapan beliau diganggu oleh juruacara dan hadirin, Su Tseng Chang dan Tsai Ing Wen pula menandatangan surat mengaku janji untuk bantah petrolkimia Kua Kuang pada masa itu.

Pada 22hb April 2011, Ma Ying Jeou sendiri mengumumkan tidak sokong Projek Pembangunan Petrokimia Kuo Kuang dijalankan di Changhua, Kerajaan Yunlin dan Kaohsiung bimbang Projek Kuo Kuang akan dipindah ke kawasn mereka, mereka juga menunjukkan tidak menerima projek itu.

Pihak Pelabur[sunting | sunting sumber]

Kuo Kuang Petrokimia Teknologi Berhad adalah dimiliki oleh Syarikat Petroleum Taiwan China (CPC) dibawah Kementerian Ekonomi dan syarikat swasta, pemegang saham terbesar ialah CPC, pegang saham sebanyak 43%, kedua-dua pemegang saham swasta ialah Kumpulan Far East dan Kumpulan Changchun, masing-masing memegang 20%. Syarikat Sintetik Fiber China memegang 10%, Syarikat Fubon pegang 4%, Syarikat Kimia Hetung pula memegang 3%.

Ringkasan Projek[sunting | sunting sumber]

Projek ini termasuk kilang penapisan minyak yang berhasil 300 ribu tong sehari, pusat pecah minyak ringan yang berhasil 1.2 juta tan etilena setahun , pusat xilena aromatic yang berhasil 800 ribu tan setahun, 23 kilang petrokimia pertengahan dan rendah, 14 set kilang cogeneration, serta pelabuhan industri yang mengandungi 13 terminal. Terletak di Kampung Dacheng dan Pantai Kampung Fangyuan, kawasan pembangunan kira-kira 2700 hektar, kemudian dikecilkan kepada 1900 hektar, tetapi diubah kepada tambahan dan akan dibicara semula.

Pertikaian Pembangunan[sunting | sunting sumber]

Dolphin-dolphin Putih Cina[sunting | sunting sumber]

Lokasi pembinaan Petrokimia Kuo Kuang terletak di pantai timur selat taiwan iaitu kawasan tempat habitat dolphin putih cina (yang ditemui pada tahun 2004), dolphin-dolphin tersebut telah disenaraikan ke dalam spesies terancam oleh IUCN pada 2008, jadi pembangunan ini teleh dikritik keras oleh kumpulan-kumpulan sayang alam sekitar Taiwan dan Parti Pembangkang. Jabatan Alam Sekitar memutus untuk membina satu koridor ekologi berlebar 800 meter dan berkedalaman 5-10 meter bagi pergerakan dolphin-dolphin putih cina pada mesyuarat 9hb Jun 2010. Tapi kesan rancangan ini telah disyaki, sebuah koridor ekologi berlebar 500 meter bagi pergerakan dolphin-dolphin putih cina telah dibina pada 1990-an apabila Lapangan Terbang Antarabangsa Hong Kong dibina. Tetapi mengikut pemerhatian Dr. Hong Jiayao, ahli Persatuan Pemuliharaan Dolphin Hong Kong, dolphin-dolphin putih cina akan mengelakkan koridor ekologi tersebut. Perdana Menteri pada masa itu, Wu Den Yih telah dikritik keras apabila beliau cuba menenangkan pretikaian dengan berkata “Dolphin tahu berpaling”.

Penggunaan Bekalan Air dan Tanah Lembap Yang Tinggi[sunting | sunting sumber]

Petrokimia Kuo Kuang telah dikritik dalam masalah seperti pelepasan karbon yang tinggi, risiko kesihatan, kemusnahan tanah lembap dan penjejasan kepada pertanian dan perikanan tempatan. Lee Hong Yuan, profesor kejuruteraan awam di Universiti Kebangsaan Taiwan berkata, daerah Changhua, Yunlin dan Chiayi perlu mengepam 6 billion tan air bawah tanah setahun, iaitu mengepam melebihi 2 billion tan, akan menyebabkan peneggelaman strata yang serius sehingga 12cm. Kegunaan air oleh Petrokimia Kuo Kuang dalam sehari telah melebihi kegunaan air seluruh dearah Changhua, “Manakah Sumber Air?” Jabatan Sumber Air telah rancang mendirikan weir Dadu di sungai Dadu untuk menyelesai masalah air, tapi rancangan ini pun dibantah oleh penduduk tempatan. Pada masa yang sama, kecekapan ekonomi Petrokimia Kuo Kuang, penggunaan tenaga dan masalah kewangan CPC telah dipersoalkan.

Projek ini telah dibawa ke mesyuarat pemeriksaan yang ke-empat pada 27hb Jan 2011, lebih daripada 2000 pelajar dari sekolah menengah Changhua telah mengadakan duduk bantah dan hantar kenyataan kepada surat khabar untuk menghalang pemeriksaan EIA diluluskan dengan bersyarat, Solidariti Belia Anti-Petrokimia Kuo Kuang Negara pula desakan belia yang bercita-cita di seluruh Taiwan untuk berhimpun dan bantah di depan Jabatan Alam Sekitar pada waktu malam, dan memangil rakyat untuk mengawal tanah lembap laman sosial utama. Sesetengah orang tulis surat berkata, kalau tanah lembap Dacheng Fangyuan yang digunakan oleh projek pembangunan ini dimusnah, kos pampasan kemusnahan ekologi adalah NST 540 billion.

Ma Ying Jeou tiba di tanah lembap Kampung Fangyuan Daerah Changhua pada 3 petang 4hb Apil 2011 untuk membuat kajian tapak, kumpulan alam sekitar menunjukkan anti-Petrokimia Kuo Kuang kepada Presiden, sebahagian yang menyokong Petrokim Kuo Kuang juga datang untuk menyatakan pandangan mereka.


Pautan luar[sunting | sunting sumber]