Projek IC

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Projek IC merujuk kepada dakwaan 'projek rahsia' [1] untuk mengubah demografi negeri Sabah dan mencemari daftar pemilih dalam sistem pilihan raya Malaysia. Projek IC dilaporkan sebagai operasi bersepadu tetapi terselindung pada tahun 1980-an dan 1990-an untuk memberi kad pengenalan kepada rakyat asing, yang didakwa sebagai usaha untuk mengubah demografi Sabah yang menguntungkan UMNO.

Operasi khas ini di bawah JPM dan Kementerian Dalam Negeri.Pada waktu itu di bawah Dr Mahathir Mohamad dan Datuk Megat Junid Megat Ayob.Jumlah peruntukan, individu dan cara operasi tidak dirujuk kepada Kabinet mahupun kepada Majlis Tertinggi UMNO. Menteri Kewangan ketika itu ialah Datuk Daim Zainuddin.

Projek IC 1970-an[sunting | sunting sumber]

Tahun 1970-an penutralan warga asing dilakukan semasa Ketua Menteri Sabah (1967) , Tun Mustapha yang menjadi Presiden USNO. Pada tahun 1960 , Sabah dikuasai oleh kaum KadazanDusun dan Tun Fuad Stephen dari Kadazan Dusun dilantik menjadi Ketua Menteri Sabah yang pertama (1963).

  • 32% Kadazandusuns ,
  • 23% Cina ,
  • 15.8% Lain -lain umat Islam,
  • 13.1% Bajau ,
  • 5.5% Indonesia
  • 4.9% Murut ,
  • 1.6% Filipina dan
  • 0.4% Melayu .

Projek IC 1980-an[sunting | sunting sumber]

Kerajaan Berjaya pimpinan Ketua Menteri Sabah, Datuk Harris Salleh turut menganugerahkan kepada warga asing. Ekoran Rusuhan Sabah 1986 di Kota Kinabalu, keperluan kepada warga asing semakin jelas.Pada 1990, Berjaya dan USNO memutuskan untuk membubarkan parti mereka dan membawa masuk UMNO ke Sabah.UMNO bergantung kepada pengundi Islam keturunan Bajau, Suluk dan Bugis dll.[2]

Pada tahun 2007, bekas ketua daerah Sandakan, Hassnar Ebrahim telah mengaku terlibat dalam Projek IC. Beliau adalah bekas seorang tahanan Akta Keselamatan Dalam Negeri (ISA) pada tahun 1998. Beliau turut menjadi saksi dalam petisyen bagi pembatalan Pilihan raya kecil Sabah 1999 kawasan Likas.Hassnar mendedahkan butir-butir khusus modus operandi Projek IC.Beliau menyebut mesyuarat rahsia antara bekas Ketua Menteri Sabah, Harris Salleh dan Timbalan Menteri Dalam Negeri, Megat Junid Megat Ayob di Hong Kong . Hassnar mendakwa bahawa 130,000 pendatang tanpa izin diberikan kad pengenalan pada tahun 1985 sahaja. Beliau juga mendakwa bahawa matlamat operasi adalah untuk meningkatkan penduduk Islam Sabah. [3] Ia turut disebut sebagai 'Operasi Gembeling' - mensasarkan Melayu yang berasal dari Bugis kerana berbahasa dan berbudaya mirip Melayu.

Projek IC 1990-an[sunting | sunting sumber]

'Teori Projek IC' ini merujuk kepada dakwaan selama ini bahawa Jabatan Imigresen dan Jabatan Pendaftaran dan lain-lain agensi-agensi kerajaan menjadi sebahagian daripada operasi besar-besaran untuk menambah penduduk Islam di Sabah bagi mengurangkan pengaruh masyarakat Kristian.Teori ini dipopularkan oleh bekas pemimpin Parti Bersatu Sabah (PBS), Dr Chong Eng Leong bahawa umat Islam dari selatan Filipina dan Indonesia diberi kerakyatan Malaysia dan dipujuk untuk mengundi Umno. Perkara ini telah didedahkan dalam buku penulis Mutalib MD dan Dr Chong Eng Leong.[4] Pentadbiran Dr Mahathir melancarkan projek itu untuk "mengimbangi penduduk perbezaan bangsa dan agama di Sabah".Sentimen pemisahan di Sabah pada masa depan dapat dikekang, dan di samping memperkukuhkan undi Umno yang diperlukan bagi menguasai negeri itu.Kabel itu bertarikh 5 September 2008.[5]

Penduduk Sabah :636,431 (1970), 2,449,389 (2000) Penduduk Sarawak :976,269 (1970), 2,012,616 (2000) Penduduk Semenanjung : 10,439,430 (1970) meningkat kepada 22,202,614 (2000)

Komposisi etnik Sabah pada 2006 seperti berikut :

  • 25% Bukan warganegara,
  • 17,76 Kadazandusuns%,
  • 14,62% ​​Bumiputera Lain-lain,
  • 13.4% Bajau,
  • 11,48% Melayu,
  • 9.6% Cina,
  • 4.8% Lain-lain,
  • 3.3% Murut.

Selepas BN kembali berkuasa pada 1994, jawatan Ketua Menteri Sabah digilirkan di kalangan Bumiputera Islam, Bumiputera Bukan Islam, dan Cina.Mulai 2005, sistem giliran dihapuskan dan Datuk Musa Aman dari UMNO menjadi KM.Daripada 59 kerusi BN, 32 dimenangi oleh UMNO.

Pada 4 oktober 2011, Chua Soon Bui (Bebas-Tawau) menyatakan daripada 3,206,742 penduduk Sabah hanya 72 % adalah warga negara ini manakala 27.7 % adalah pendatang asing.Beliau merujuk banci Unit Perancang Ekonomi, Penduduk dan Perumahan 2010.[6]


AJK PKR, Dr Chong Eng Leong mahu RCI menyiasat mereka yang telah memperolehi kewarganegaraan melalui cara yang meragukan, hendaklah disemak semula. RCI boleh bertanya kepada keluarga, pemilik restoran, pemilik ladang - sama ada mereka telah menggaji pekerja asing yang kini telah menjadi warganegara bumiputera, semua mereka mempunyai pengalaman ini.Dr Chong pernah mendedahkan Projek IC pada 2006.

Dr Chong mendakwa, penduduk tempatan yang dilahirkan di Sabah meningkat sebanyak kira-kira 120,000 antara 1951 dan 1960 tetapi bilangan pengundi dalam senarai daftar pemilih 1999 bagi mereka yang lahir antara 1952 dan 1960, meningkat sebanyak 150,000.Jika 80 peratus daripada 120,000 itu merupakan pengundi berdaftar, maka pengundi kelahiran Sabah adalah di bawah 100,000.Persoalan ialah lebihan 150,000 dari mana datangnya.Penyelidikan beliau selama 15 tahun dimuatkan dalam buku Lest We Forget -- menganggarkan kira-kira 600,000 pendatang haram diberikan kewarganegaraan bawah projek di Sabah.Mangsa seterusnya ialah negeri yang dikuasai Pakatan Rakyat - Selangor, Pulau Pinang, Kedah dan Kelantan.Projek IC ini dikenali juga sebagai 'Projek Mahathir' yang didalangi Umno ,melibatkan kerjasama beberapa agensi kerajaan, termasuk Jabatan Pendaftar Negara (JPN) dan ketua-ketua kampung di Sabah. Antara ketua kampung yang terlibat ialah Hasnar Ibrahim. Megat Junid telah berbincang dengan pegawai JPN. Pada 1990-an , Datuk Musa Aman menjadi ketua 'petugas khas' memberi kad pengenalan kepada warga asing.Tujuannya untuk menumbangkan PBS dalam pilihan raya ,yang ketika itu belum menyertai BN. [7]


Konspirasi besar ini melibatkan Ketua Setiausaha Negara, Tan Sri Ahmad Sarji Abdul Hamid, Pengarah JPN Sabah, Sani Adnan serta beberapa pimpinan tertinggi dan di lakukan ketika Malaysia di bawah pentadbiran bekas Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad sejak tahun 1980 an dan 1990an.[8]

Kadar pertumbuhan penduduk Sabah amat luar biasa.Kadar pertumbuhan Sarawak hanya 1.617 juta pada 2010.Sedangkan penduduk Sabah 2.354 juta pada 2010.Penduduk Sabah adalah dua pertiga penduduk Sarawak, tetapi kini ia menjadi sebaliknya.[9]


Beberapa buku telah ditulis bagi mendedahkan Projek IC ini :

  1. Dr Chong Eng Leong - 'Lest We Forget: Security and Sovereignty of Sabah'
  2. Mutalib MD


Jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya[sunting | sunting sumber]

Inkuiri Februari 1997 oleh Jawatankuasa Terpilih Parlimen ke atas sejumlah penjawat awam yang ditahan bawah ISA tidak pernah didedahkan kepada umum. PSC ketika itu diketuai oleh Dr Bernard Dompok .Tetapi pada 16 Februari 2007, Bernard Dompok meletak jawatan sebagai pengerusi atas perbezaan pendapat mengenai fungsi san skop jawatankuasa itu khususnya keengganan pegawai JPN untuk hadir.Dapatan jawatankuasa itu tidak pernah diumumkan kepada orang ramai.[10]

Timbalan Perdana Menteri Malaysia, Tan Sri Muhyiddin Yassin menjelaskan bahawa kerajaan persekutuan tidak menolak kemungkinan untuk mengadakan siasatan terhadap dakwaan berhubung Projek IC itu.

Pada 25 November 2011, Jawatankuasa pilihan parlimen (PSC) bagi penambahbaikan pilihan raya telah mengadakan sesi kedua pendengaran awam di Kompleks Pentadbiran Persekutuan di Kota Kinabalu.Panel PSC dipengerusi oleh Tan Sri Maximus Jonhnity Ongkili.Turut hadir ialah wakil parti seperti Upko, LDP dan PBS (parti pemerintah, Barisan Nasional) dan PKR, DAP dan PSM untuk pembangkang.

Pembangkang mencadangkan :

  1. Sebuah Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) hendaklah ditubuhkan bagi menyelesaikan 'Projek IC' ini.

Sejarah bantahan Projek IC[sunting | sunting sumber]

Beberapa pihak telah mengemukakan bantahan terhadap Projec IC ini.

  1. Pada 15 Mac 2007, Datuk Patrick Sindhu selaku Presiden Persatuan Pengguna Sabah dan Labuan (Cash) akan meneruskan usahanya untuk menghalang pihak berkuasa JPN daripada mengeluarkan kad pengenalan kepada rakyat asing melalui 'pintu belakang' Projek IC. [11][12]
  2. Pada 24 September 2011, Presiden Upko, Tan Sri Bernard Dompok, semasa Kongres Perwakilan Upko menyatakan penduduk Sabah telah meningkat secara drastik, khususnya di antara tahun 1990 dan 2000.Dompok mendakwa, pertabalan seorang ahli perniagaan Sabah sebagai Sultan Sulu adalah ekoran kebanjiran pendatang asing dari selatan Mindanao.[13]
  3. Eric Majimbun selaku ahli parlimen Sepanggar dan Timbalan Presiden SAPP , telah membangkitkan isu tersebut beberapa kali di Parlimen dan semasa mesyuarat BN.Tetapi mantan perdana menteri dan perdana menteri sekarang gagal mengambil apa-apa tindakan.Malangnya Timbalan Menteri Dalam Negeri, Lee Chee Leong menafikan kewujudan Projek IC itu.
  4. Khalid Jaafar menyatakan bahawa Tan Sri Megat Junid Megat Ayob dan Ketua Setiausaha Negara , Jabatan Pendaftaran Negara (JPN) dan lain-lain agensi yang semuanya bawah Kementerian Dalam Negeri terlibat. Khalid adalah Ahli Majlis Tertinggi PKR dan pernah menjadi Setiausaha Akhbar, Datuk Seri Anwar Ibrahim semasa menjadi TPM. Khalid mendakwa Anwar tidak pernah menjadi Menteri Dalam Negeri atau memangku jawatan itu.Kelaziman, Satu Kementerian tidak boleh mencampuri urusan Kementerian lain.[14] Anwar sebagai TPM tidak dirujuk.Namun,warga asing yang tinggal 20, 30 tahun di sini sepatutnya diberikan kerakyatan sekiranya golongan itu mencapai kelayakan dan melalui proses yang sepatutnya. [15] Khalid mendakwa operasi sama digunakan untuk menumbangkan kerajaan PR di Selangor.[16] Pada 26 Mac 2011, seorang ahli PKR membuat laporan polis di Balai Polis Bandar Baru Salak Tinggi Sepang berhubung dakwaan pemberian kad pengenalan kepada warga asing dari Indonesia.Jumlah pengundi baru Hulu Selangor 15,000 orang.
  5. Pada 1980-an, Presiden SAPP, Datuk Yong Teck Lee dan bekas naib presiden PKR Dr Jeffrey Kitingan pernah membongkar terdapat 30,000 kes pengundi dalam daftar pemilih SPR.Tetapi isu itu ditenggelamkan oleh momokan Kristianisasi PBS.Pada 1994, terdapat pertindihan berlipat ganda kad-kad pengenalan yang sama dalam daftar pemilih Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).[17]
  6. Pengalaman Dr Syed Azman Syed Ahmad selaku Setiausaha PAS, mendakwa ‘Projek Isuzu’ berlaku pada Pilihan raya umum Malaysia 1995 bagi menumbangkan Presiden PAS, Datuk Seri Abdul Hadi Awangdi kawasan parlimen Marang. Beliau mendakwa JPN, SPR dan kerajaan Umno/BN mendaftarkan beratus-ratus pekerja kilang dari Pekan, Pahang bagi mendaftar undi di kawasan parlimen Marang Terengganu.[18]
  7. Lim Kit Siang mendakwa kemenangan Ketua Menteri Sabah ,Yong Teck Lee daripada Parti Maju Sabah (SAPP) diisytiharkan tidak sah kerana terdapat banyak nama yang tidak "halal" (pengundi hantu) dalam senarai pemilih dalam perbicaraan petisyen pilihanraya kawasan DUN Likas pada 1999. Jurnal-jurnal antarabangsa seperti International Studies Quarterly turut mendedahkan bukti-bukti pemberian IC ini.Pada 2006,Jabatan Perangkaan Negara menganggarkan 25 % (=750,000) daripada jumlah penduduk di Sabah terdiri warganegara bukan Malaysia.[19] Antara saksi perbicaraan kes itu ialah Mutalib Mohd Daud atau Mutalib MD. Mutalib MD adalah Setiausaha UMNO Bahagian Silam.Mutalib berasal dari Semenanjung Malaysia dan berhijrah ke Sabah pada 1970-an.Dalam petisyennya, dari 43,000 ahli UMNO Silam, hanya 14,000 mempunyai IC tulen.IC Palsu: Pendedahan beliau ditulis dalam 4 buah buku ; 'Merampas Hak Anak Sabah (1999) (IC Palsu: Away Hak rakyat Sabah), Pengundi Untuk dipajak (Pengundi untuk Disewa), IC Projek Agenda Tersembunyi Mahathir "(2006) (IC Projek? , Mahathir Agenda Tersembunyi?), 007 Lelaki Malaysia Terakhir (2007) (Malaysia Last).
  8. Setiausaha agung Upko, Wilfred Madius Tangau menolak pendaftaran pengundi secara automatik kerana rakyat asing di Sabah yang mendapat kad pengenalan menerusi 'Projek IC' akan menjadi pengundi.Rata-rata pembangkang di Semenanjung menyokong pendaftaran pengundi secar automatik. Bilangan kerusi Sabah dan Sarawak tidak mencerminkan tunturan dalam Suruhanjaya Cobbold . Pada 1963: Malaya (104) kerusi parlimen, Sabah (16) dan Sarawak (24). Pada 1974 : Semenanjung (154) manakala Sabah dan Sarawak tidak bertambah. Pada 2008: Sabah (25), Sarawak (21) daripada keseluruhan 222 kerusi parlimen.[20]

Penafian Projek IC[sunting | sunting sumber]

Bekas pengerusi Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman menjelaskan bahawa Projek IC atau 'Projek M' adalah satu legenda, sering diperkatakan tetapi tiada bukti. [21]Perlembagaan Persekutuan 114(2) menghendaki SPR mestilah mendapat ‘kepercayaan awam’. Sebelum ini Kabel diplomatik sulit AS yang dibocorkan oleh Wikileaks mendedahkan, bekas pengerusi SPR, Tan Sri Abdul Rashid Abdul Rahman mengakui pernah mengeluarkan lebih 60,000 kad pengenalan palsu kepada pekerja asing di Sabah sekitar 1994, atas arahan Umno.Bekas ketua NGO pemantau pilihan raya ,Mafrel, Abdul Malek Husin mendakwa Rashid mengakui perkara itu dalam pertemuan peribadi di rumahnya pada 25 Oktober 2006. Hasilnya, dalam Pilihan raya kecil Sabah 2004, majoriti PBS merosot mendadak.PBS akhirnya tumbang rentetan ADUN PBS belot kepada BN.[22] JPN yang mengeluarkan kad pengenalan dan SPR hanya mendaftar pengundi sahaja.Malek mendakwa jumlah sebenar ialah 80,000 warga asing didaftarkan oleh JPN.[23]

Dalam kesemua tuduhan projec IC yang ditimbulkan, tidak ada senarai IC yang dituduh dipalsukan pernah disenaraikan sebagai bukti. Kesemua tuduhan yang ditimbulkan adalah berdasarkan tuduhan kata orang ("hear say").

Siasatan suruhanjaya diraja[sunting | sunting sumber]

Pada 11 Ogos, sebuah suruhanjaya siasatan diraja ditubuhkan bagi menyiasat perkara ini.

Rujukan[sunting | sunting sumber]