Lebuhraya Utara-Selatan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Projek Lebuhraya Utara Selatan)
Lebuhraya Utara-Selatan
لبوه راي اوتارا-سلاتن
Maklumat laluan
Diselenggara oleh PLUS Expressway Berhad
Panjang960 km (600 mi)
E1 Jajaran utara: 456 km (283 bt)
E2 Jajaran selatan: 310 km (193 bt)
Wujud1982–kini
SejarahSiap pada tahun 1994
Simpang utama
Hujung utaraBukit Kayu Hitam, Kedah
Persimpangan utamaE36 Jambatan Pulau Pinang
E1 Lebuh Raya Baru Lembah Klang
E6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah
E29 Lebuhraya Seremban-Port Dickson
E3 Laluan Kedua Malaysia-Singapura
Hujung selatanJohor Bahru, Johor
Lokasi
Bandar utamaJitra, Alor Star, Sungai Petani, Butterworth, Taiping, Kuala Kangsar, Ipoh, Gopeng, Tapah, Tanjung Malim, Rawang, Kuala Lumpur, Nilai, Seremban, Alor Gajah, Melaka, Tangkak, Pagoh, Yong Peng, Ayer Hitam, Simpang Renggam, Kulai, Senai, Skudai, Pasir Gudang, Johor Bahru
Sistem lebuh raya
Tabliczka AH2.svg AH2
Jalan raya di Malaysia
Lebuh raya • Persekutuan • Negeri

E1 E2

Lebuhraya Utara-Selatan ialah projek lebuh raya capaian terkawal kebangsaan pertama yang menghubungkan utara dan selatan Semenanjung Malaysia merentasi lapan buah negeri menghubungkan bandar-bandar utama di bahagian barat Semenanjung Malaysia menjadikan ia lebuh raya terpanjang di Malaysia dengan panjang keseluruhan 847.7 kilometer, menghubungkan antara Bukit Kayu Hitam (dan dihubungkan dengan Lebuhraya Phetkasem di Thailand) dan Johor Bahru.

Ia terbahagi kepada E1 jajaran utara, E36 Jambatan Pulau Pinang, E1 Lebuhraya Baru Lembah Klang dan E2 jajaran selatan yang dihubungkan dengan E6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah. Lebuhraya Utara-Selatan adalah pemangkin kepada nadi pembangunan dan tulang belakang bagi rangkaian pengangkutan di barat Semenanjung Malaysia. Ia dikendalikan oleh syarikat konsesi PLUS Expressway Berhad.

Selain Lebuhraya Utara-Selatan, PLUS juga memegang konsesi beberapa lebuh raya lain bagi melengkapkan jaringan Lebuhraya Utara-Selatan. Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah (ELITE; E6) adalah lebuh raya pintasan yang dibuka sepenuhnya pada tahun 1999 yang memintas Kuala Lumpur dan mengalihkan trafik dari persimpangan Nilai, melalui Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur, Putrajaya, Seafield dan akhirnya ke persimpangan Shah Alam di NKVE. E3 pula ialah Lebuhraya Hubungan Kedua (Linkedua) yang merupakan jambatan kedua yang menghubungkan Malaysia dan Singapura bermula dari Senai dan berakhir di Tanjung Kupang sebelum merentasi Selat Johor. PLUS juga menguruskan Lebuhraya Seremban - Port Dickson, E29, yang bermula dari persimpangan Mambau dan berakhir di pusat bandar Port Dickson.

E1 dan E2 berakhir sementara di Kuala Lumpur dan dihubungkan bersama oleh Lebuhraya Lingkaran Tengah 1 Kuala Lumpur dan Jalan Duta.

Latar Belakang[sunting | sunting sumber]

Faktor penyumbang kepada pembinaan Lebuhraya Utara-Selatan adalah kemudahan rangkaian lebuh raya yang baik bagi menghubungkan bandar-bandar utama di barat Semenanjung Malaysia dan menjadikan Malaysia sebuah pusat pelaburan dan pelancongan utama di rantau Asia Tenggara. Dalam hasil kajian yang dijalankan pada tahun 1970an mendapati keseluruhan objektif tersebut boleh dicapai dengan adanya rangkaian lebuh raya yang lebih cepat dan selamat. Pada tahun 1977, Jabatan Kerja Raya Diarkibkan 2009-03-19 di Wayback Machine telah menerima arahan rasmi untuk melukis pelan lebuh raya dari sempadan Malaysia-Thai (Bukit Kayu Hitam) ke Tambak Johor. Pada tahun 1980, Lembaga Lebuhraya Malaysia Diarkibkan 2005-08-30 di Wayback Machine telah ditubuhkan untuk memantau proses kerja bagi lebuh raya kebangsaan pertama.

Pada masa itu, semua kerja pembinaan antara 1981 hingga 1988 diuruskan sepenuhnya oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia sebelum diserahkan kepada Plus Expressway Berhad Diarkibkan 2018-12-08 di Wayback Machine pada tahun 1988. Pembangunan rangkaian lebuh raya pertama kebangsaan itu dijalankan secara berperingkat bermula dari tahun 1981 hingga 1995. Lembaga Lebuhraya Malaysia ditubuhkan pada tahun 1980 bagi memantau kerja pembangunan peringkat awal sebelum tugasan tersebut diserahkan sepenuhnya kepada PLUS Expressway Bhd mulai tahun 1988. Lebuhraya Utara-Selatan beroperasi secara berperingkat-peringkat:

Perasmian[sunting | sunting sumber]

Peringkat pertama lebuh raya dibuka kepada pengguna pada Februari 1994. Keseluruhan projek itu siap 15 bulan lebih awal daripada perancangan awal dan ia dirasmikan oleh perdana menteri Malaysia, Tun Dr. Mahathir Bin Mohamad pada 8 September 1994. Majlis perasmian diadakan di kawasan Rehat dan Rawat Rawang, Selangor. Turut hadir ialah Menteri Kerja Raya, Datuk Leo Moggie,Menteri Besar Selangor, Tan Sri Muhammad Haji Muhd Taib, Menteri Besar Johor Darul Ta'zim, Tan Sri Muhyiddin Yassin, Menteri Besar Perak, Tan Sri Ramli Ngah Talib dan Ketua Menteri Pulau Pinang, Dr Koh Tsu Koon. Lebuh raya sepanjang 847.7 km disiapkan dalam tempoh 7 tahun (September 1988 - September 1994).Lebuh raya adalah kejayaan dasar Penswastaan tanpa membebankan kewangan kerajaan.[1]

Plaza Tol Sungai Besi menghala ke Kuala Lumpur. Hampir keseluruhan jajaran selatan menggunakan sistem tol tertutup.
Lebuhraya Utara-Selatan Jajaran Selatan menghala ke Kuala Lumpur, berhampiran Ayer Keroh, Melaka.

Laluan perintis[sunting | sunting sumber]

Lebuhraya Utara-Selatan dibina dengan menggunakan 2 laluan perintis seperti berikut:-

Spesifikasi[sunting | sunting sumber]

Rangkaian Lebuhraya Utara-Selatan terdiri daripada E1 jajaran utara, E36 Jambatan Pulau Pinang, E1 Lebuhraya Baru Lembah Klang dan E2 jajaran selatan. Jajaran utara bermula dari Bukit Kayu Hitam, Kedah hingga ke Jalan Duta, Kuala Lumpur. Jajaran selatan bermula dari Sungai Besi, Kuala Lumpur menganjur ke selatan dan berakhir di Johor Bahru. Kedua-dua jajaran tersebut dihubungkan dengan E1 Lebuhraya Baru Lembah Klang dan E6 Lebuhraya Utara-Selatan Hubungan Tengah.

  • Kos Projek: RM6 bilion
  • Pemegang konsesi: Plus Expressway Berhad Diarkibkan 2018-12-08 di Wayback Machine
  • Tarikh Mula Konsesi: Mei 1988
  • Tarikh Tamat Konsesi: Mei 2018
  • Tempoh Konsesi: 30 tahun
  • Panjang: 847.7 kilometer
  • Terowong lebuh raya: 2 Plaza tol: 65

Secara umumnya lebuh raya ini selebar 4 lorong, 2 di setiap arah

Ada bahagian yang selebar 6 lorong, iaitu:

Baru-baru ini, kerajaan telah menerima rancangan untuk melebarkan bahagian dariSeremban ke Melaka untuk melancarkan lagi aliran trafik.

Ciri-ciri lebuh raya[sunting | sunting sumber]

Pembinaan dan penyelenggaraan Lebuhraya Utara-Selatan adalah mengikut garis panduan yang telah ditetapkan oleh Lembaga Lebuhraya Malaysia seperti lebar lebuh Raya, kemudahan pengguna dan ciri-ciri keselamatan.

Operasi[sunting | sunting sumber]

Had laju[sunting | sunting sumber]

Purata had laju di Lebuhraya Utara-Selatan adalah 110 kilometer sejam (km/j) kecuali di beberapa tempat berikut:-

  • Bukit Kayu Hitam-Jitra: 90 km/j (bahagian lebuh raya dengan simpang searas (at-grade))
  • Kuala Kangsar-Jelapang: 80 km/j (kawasan bukit dengan selekoh berbahaya)
  • Jelapang-Ipoh Selatan: 90 km/h (laluan utama); 70 km/j (laluan ekspres tempatan) (untuk mengawal aliran trafik laluan utama dengan laluan ekspres tempatan)
  • Gua Tempurung: 90 kmj (kawasan bukit)
  • Persimpangan Bukit Lanjan: 80 km/j (untuk mengawal aliran trafik NKVE dengan jajaran utara)
  • Bukit Lanjan-Jalan Duta: 90 km/j (bahagian naik/turun bukit curam)
  • Sungai Besi-Bangi: 90 kmj (kepadatan trafik yang tinggi)
  • Alor Gajah-Ayer Keroh: 90 kmj (angin lintang)
  • Sg. Dua-Juru: 90 km/j (kepadatan trafik tinggi dari/ke Jambatan Pulau Pinang)

Sistem tol[sunting | sunting sumber]

Terdapat dua sistem kutipan tol di Lebuhraya Utara-Selatan:-

  • Sistem terbuka - Pengguna hanya perlu membayar sejumlah bayaran tetap di plaza tol tertentu dalam jarak yang dirangkumi sistem ini.
  • Sistem tertutup - Pengguna mengambil tiket semasa memasuki lebuh raya di plaza tol masuk dan membayar sejumlah tol di plaza tol keluar. Kadar tol adalah berdasarkan jarak perjalanan.
Penentuan Kelas Kenderaan
Kelas Jenis
Kelas 0 Motorsikal, basikal atau kenderaan dengan atau kurang daripada 2 roda
Kelas 1 Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 3 tayar atau 4 roda
(kecuali teksi)
Kelas 2 Kenderaan yang mempunyai 2 gandar dan 6 roda (kecuali bas)
Kelas 3 Kenderaan yang mempunyai 3 gandar atau lebih (kecuali bas)
Kelas 4 Semua jenis teksi dan limosin
Kelas 5 Semua jenis bas

Kemudahan di sepanjang lebuh raya[sunting | sunting sumber]

Kawasan rehat dan rawat Machap
  • Kawasan rehat dan rawat lebih kurang setiap 60 km
  • Kawasan letak kereta lebih kurang setiap 2 persimpangan bertingkat
  • Restoran bertingkat di Ayer Keroh dan Sungai Buloh
  • Telefon kecemasan setiap 2 km
  • Perkhidmatan PLUS Ronda untuk memberi bantuan ketika dalam keadaan seperti kerosakan enjin di lebuh raya.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota dan rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ "PERASMIAN PENYEMPURNAAN LEBUHRAYA UTARA-SELATAN". Diarkibkan daripada yang asal pada 2016-03-14. Dicapai pada 2011-12-02.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]