Projek Perumahan Rakyat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Projek Perumahan Rakyat (PPR) merupakan tindakan drastik kerajaan Malaysia mengatasi masalah kekurangan perumahan dan masalah setinggan melalui Majlis Tindakan Ekonomi Negara (MTEN). PPR dilaksanakan oleh Syarikat Perumahan Negara Berhad (SPNB) dengan kerjasama kerajaan tempatan. Kos pembinaan ditanggung oleh Kerajaan Persekutuan tetapi tanah disediakan oleh kerajaan negeri.

Status jualan[sunting | sunting sumber]

Sehingga 20 April 2010, sebanyak 21,611 daripada 29,562 unit PPR di bawah DBKL ditawar hendak dijual kepada penghuni sedia ada. Menteri Wilayah Persekutuan dan Kesejahteraan Bandar Datuk Raja Nong Chik Raja Zainal Abidin menjelaskan bahawa 7,951 unit rumah belum layak dijual . 2,056 unit masih kosong tanpa berpenghuni .4,740 unit masih belum diserahkan kepada DBKL oleh Kementerian Perumahan dan Kerajaan Tempatan. 1,155 unit lagi diduduki oleh setinggan transit yang tidak layak untuk menerima tawaran.

Seramai 21,611 orang penghuni sedia ada ditawarkan untuk membeli unit PPR yang sedang diduduki. Malangnya hanya 14,450 orang penghuni sahaja yang berminat untuk membeli.

Jawatankuasa Pemilihan mendapati 10,159 penghuni mmenuhi syarat - layak mendapat rumah PPR . 4,013 layak bersyarat kerana tunggakan sewa melebihi tiga bulan. m278 permohonan daloam proses permohonan.[1]

Senarai Program Perumahan Rakyat[sunting | sunting sumber]

Bil Projek Bil. unit
1 PPR Kampung Batu Muda, Kuala Lumpur 2,132
2 PPR Lembah Pantai, Kerinci, Kuala Lumpur 1,896
3 PPR KL Linear City 2 Fasa 1, Kuala Lumpur 1,264
4 PPR KL Linear City 2 Fasa 2, Kuala Lumpur 632
5 PPR Kampung Seri Malaysia, Kuala Lumpur 632
6 PPR Kampung Malaysia Permai, Kuala Lumpur 632
7 PPR Sungai Bonus, Air Jernih, Kuala Lumpur 316
8 PPR Kampung Baru Air Panas Tambahan, Kuala Lumpur 1,896
9 PPR Bukit Jalil 1, Kuala Lumpur 1,896
10 PPR KTM Taman Kampar, Perak 29
11 PPR Buntong, Perak 416
12 PPR Balung 2, Tawau 500
13 PPR Telipok, Kota Kinabalu 2,174
14 PPR Telipok Ria, Kota Kinabalu 2,400
15 PPR Batu 5, Kuching 816
16 PPR Tampoi, Johor 2,252
17 PPR Tebrau, Johor 2,000
18 PPR Sri Stulang, Johor 1,500
19 PPR Pasir Pelangi, Johor 960
Jumlah . 24,343

[2]

Rujukan[sunting | sunting sumber]