Projek ensiklopedia internet

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Idea untuk membina sebuah ensiklopedia bebas dengan menggunakan Internet boleh dijejaki balik ke sekurang-kurangnya cadangan Interpedia 1993; cadangan ini adalah untuk membina sebuah ensiklopedia dalam Internet yang semua orang boleh menyumbang. Projek ini tidak pernah meninggalkan peringkat rancangan dan diseberangi oleh kepesatan World Wide Web, kemunculan enjin gelintar bermutu tinggi, dan pertukaran bahan sedia ada.

Digitisasi kandungan lama[sunting | sunting sumber]

Satu bahagian penting dalam aktiviti ini ialah digitisasi ensiklopedia cetakan lama. Pada Januari 1995, Projek Gutenberg mulai menerbit teks ASCII bagi Encyclopædia Britannica, edisi ke-11 (1911), tetapi ketidaksetujuan tentang caranya menghentikan kerja ini selepas jild pertama. Atas alasan tanda perdagangan, ini telah pun diterbit sebagai Ensiklopedia Gutenberg. Pada tahun 2002, teks ASCII kesemua 28 jilid diterbit pada http://1911encyclopedia.org/ oleh punca yang lain; satu tuntutan hakcipta ditambah pada bahan-bahan itu, tetapi mungkin tidak sah. Projek Gutenberg telah memulakan semula usaha mendigitkan dan membaca bukti terhadap ensiklopedia ini; pada Jun 2005 ensiklopedia ini belum diterbit. Pada masa yang sama, apabila menghadapi pesaing seperti Encarta, Britannica yang terkini didigitalkan oleh penerbitnya, dan dijual sebagai CD-ROM dan selepas itu sebagai perkhidmatan atas talian. Projek digitisasi yang lain dijalankan pada tajuk yang lain. Salah satu contohnya ialah Easton's Bible Dictionary (1897) oleh Christian Classics Ethereal Library Diarkibkan 2003-08-03 di Wayback Machine.

Penciptaan kandungan baru[sunting | sunting sumber]

Bahagian yang lain ialah penciptaan kandungan yang baru dan bebas berdasarkan kesukarelaan. Pada tahun 1991, para penyerta kumpulan berita Usenet alt.fan.douglas-adams [1] memulakan sebuah projek untuk menghasilkan satu versi sebenar The Hitchhiker's Guide to the Galaxy, sebuah ensiklopedia fiksyen yang digunakan dalam kerja-kerja Douglas Adams. Ini dikenali sebagai Project Galactic Guide. Walaupun pada asalnya tujuannya hanya untuk mengandungi rencana yang benar dan bersifat fakta, tetapi polisi digubal untuk mengizinkan dan menggalakkan rencana yang separuh benar dan juga rencana yang tidak benar. Project Galactic Guide mengandungi lebih daripada 1700 buah rencna, tetapi tiada rencana baru ditambah sejak tahun 2000; ini sebahagiannya mungkin disebabkan oleh pengasasan h2g2, sebuah projek yang lebih rasmi.

Ensiklopedia yang tidak lagi atas talian[sunting | sunting sumber]

Ensiklopedia atas talian kini[sunting | sunting sumber]

Beberapa buah ensiklopedia mengenali matematik:

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]