Projektile Tidak Berputar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
20-laras pelancar UP 7-inci di HMS King George V
Kakitangan dengan projektil UP 7-inci di HMS King George V

Projektile Tidak Berputar, atau UP (Unrotated Projectile), adalah senjata anti pesawat tembakan roket jarak dekat yang dibangunkan bagi Tentera Laut DiRaja British bagi menyokong meriam Pom-Pom 2 paun akibat kekurangan senjata anti pesawat jarak dekat. Ia digunakan dengan meluas oleh kapal British semasa awal Perang Dunia Kedua. UP turut digunakan pada senjata darat tunggal dan 128-pelancar yang dikenali sebagai Battery Z.

Operasi[sunting | sunting sumber]

Nama Projektil Tidak Berputar adalah dari sebab projektil itu tidak distabil melalui putaran. Senjata tersebut memiliki 20 laras licin, menembak sepuluh pada satu masa. Sedikit caj kordite digunakan bagi menghidupkan motor roket yang menujah roket berdiameter 7-inci (18 cm) distabilkan dengan ridip keluar dari tiub pada jarak sekitar 1,000 kaki (300 m), di mana ia meletup dan menbebaskan 8.4 auns (240 g) periuk api yang tergantung pada tiga payung terjun oleh 400 kaki (120 m) wayar. Idea disebaliknya adalah kapal terbang yang tersangkut pada wayar akan menarik periuk api ke arah pesawat tersebut di mana ia akan meledak.

Pembangunan[sunting | sunting sumber]

UP telah dibangunkan oleh Sir Alwyn Crow yang merupakan Pengarah Pembangunan Penubuhan Projektil di Fort Halstead. Pada bulan November 1939, Winston Churchill sebagai Lord Pertama Admiralti meminta Dr. Crow segera untuk menghasilkan satu cara untuk meletakkan ranjau udara dan mempertimbangkan kaedah lain bagi melindungi kapal daripada pesawat terbang. Churchill kemungkinannya dipengaruhi dalam permintaannya oleh rakan dan penasihatnya, Frederick Lindemann yang sebelum ini menyokong skim untuk "menjatuhkan bom tergantung dengan wayar di laluan pesawat penyerang". [1] Pembangunan tabir pada altitud tinggi telah dibangunkan: satu periuk api udara sehingga 19,000 kaki (5,800 m), satu medan periuk api udara sehingga 2,000 kaki (610 m), fius PE sehingga 18,000 kaki (5,500 m) dan UP sehingga 20,000 kaki (6,100 m). Kesemua tiga perkhidmatan, termasuk Pengawal Tanah Air, menggunakan UP dalam pelbagai bentuk.

Keberkesanan[sunting | sunting sumber]

Senjata ini tidak begitu berkesan kerana ia perlahan untuk diisi semula dan pesawat mampu mengelakkan wayar tersebut. Ia kemudiannya digantikan semasa perang dengan meriam 2 paun atau meriam Bofors 40 mm.

Demonstrasi senjata tersebut bagi Churchill di kapal utama Laksamana Jack Tovey di Scapa Flow secara dramatik mendedahkan kecacatan pada konsep tersebut. Bom latihan dilepaskan dan apabila berlaku perubahan angin yang tidak dijangka, ia hanyut balik pada kapal dan sesetengah darinya tersangkut pada tiang dan superstruktur. Bom latihan menyebabkan sedikit atau tiada kerosakan, tetapi Tovey gelihati dengan rasa malu yang disebabkan peristiwa itu pada penyokong senjata tersebut, iaitu Lindeman dan Churchill.[2]

Peluru UP di atas kapal HMS Hood telah dilihat terbakar sebelum dia meletup dan tenggelam Mei 1941. Laporan Lembaga Siasatan Admiralty mengenai tenggelamnya Hood pada September 1941 menyimpulkan "Bahawa api yang dilihat pada Dek Kapal Hood, dan di mana UP dan/atau peluru 4 inci memang pasti terlibat, bukanlah punca kehilangannya", tetapi ia menyatakan bahawa" Tindakan telah (sudah) diambil bagi menanggalkan tenggekan UP dan peluru" di seluruh armada.[3]

Specifikasi[sunting | sunting sumber]

  • Panjang Roket: 32 inci (810 mm)
  • Berat Rocket: 35 paun (16 kg)
  • Jarak Mendatar: 3,000 kaki (910 m)
  • Kepantasan Jatuh: 16 to 23 feet per second (5 to 7 m/s).
  • Berat dipasang: 4 tonne (4.0 t).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Furneaux-Smith, 1961, p210.
  2. ^ "Admiral of the Fleet Lord Tovey of Langton Matravers, G.C.B., K.B.E., D.S.O., D.C.L." (PDF). The Naval Review. July 1980. Dicapai pada 5 August 2010. Cite has empty unknown parameter: |coauthors= (bantuan)
  3. ^ ADM 116/4351: Report on the Loss of H.M.S. Hood

Sumber[sunting | sunting sumber]

  • Furneaux-Smith, F. (1961). The Professor and the Prime Minister: The Official Life of Professor F. A. Lindemann Viscount Cherwell. Boston: Houghton Mifflin Company.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Templat:WWIIBritishCommNavalWeapons