Promosi Kraf Malaysia Sarawak 2009

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Promosi Kraf Malaysia Sarawak 2009 diadakan pada 26 Julai hingga 2 Ogos 2009 di tebingan bandaraya Kuching, Sarawak

Temanya ialah 'Kraf dan Gaya Hidup' .Tujuannya mempromosikan kraf Malaysia. Masyarakat tempatan serta pelancong digalakkan terus menyokong dan memperhebatkan penggunaan produk kraf dalam gaya hidup masa kini.

Seni dan kraf sebagai medium dapat mengukuhkan perpaduan dan memantapkan integrasi di Semenanjung Malaysia, Sabah dan Sarawak . Antara aktiviti ialah jualan batik daripada Persatuan Pembatik Malaysia, pendidikan kraf, demonstrasi kraf, persembahan kebudayaan dan pameran .

Peserta terdiri daripada 85 usahawan, termasuk 53 usahawan dari Sarawak, Kelantan (24), Sabah (6), Melaka dan Negeri Sembilan dalam bidang tekstil, hasil rimba, seramik, logam serta aneka kraf. Pameran kraf di Royal Booth disertai oleh 12 usahawan kraf Sarawak dan Persatuan Pembatik Melayu Pantai Timur. Perasmian oleh Raja Permaisuri Agong Tuanku Nur Zahirah sempena Mesyuarat Majlis Raja-Raja Kali ke-128. [1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]