Protes anti kerajaan Myanmar 2007

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Bantahan di Yangon
Bantahan di Yangon

Gelombang bantahan anti kerajaan Myanmar bermula pada 15 Ogos 2007 dan semakin meningkat kini. Bantahan ini berikutan keputusan kerajaan junta tentera untuk menaikkan harga minyak bahan api sehingga 500 %[1]. Selama ini minyak mendapat subsidi daripada kerajaan. Pada awalnya dipimpin oleh Pelajar Generasi 88 dan parti pembangkang, Liga Demokrasi Kebangsaan, ramai penunjuk perasaan telah ditangkap dan ditahan oleh polis Myanmar[2]. Kemudian pada 18 September 2007, protes ini turut disertai oleh ribuan sami Buddha secara aman yang membawa mangkok[1][3].

Pada 22 September 2007 sami Buddha berbaris menunjuk perasaan di Yangon dan 1000 sami Buddha di bandar Mandalay dan beberapa bandar lain. Barisan Seluruh Sami Buddha Myanmar akan meneruskan bantahan sehinggalah kerajaan junta menerima rayuan mereka. Otang ramai menyokong tidakan sami-sami ini dengan memberi mereka air.

Sami Buddha yang berbaju oren ini dibenarkan berarak sehingga melalui rumah kediaman Aung San Suu Kyi. Aung San Suu Kyi telah ditahan sejak 2003. Beliau merupakan pemimpin Liga Demokrasi Kebangsaan(NLD). Parti NLD merupakan parti gabungan dan menang pilihan raya Myanmar 1990 tetapi kerajaan junta mengenepikan keputusan pilihan raya tersebut. Suu Kyi pernah menerima Anugerah Noble Keamanan kerana ditsahan selama 12 tahun dalam rumah tahanan.

Pada 24 September 2007, sami Buddha ini disertai oleh 300 sami nun berarak panjang dari Pagoda Shwedagon hingga ke Pagoda Sule. Aung San Suu Kyi yang berdiri dari dalam rumah sempat berkata 'sandu' atau semoga berjaya.

Setiausaha Agung PBB, Ban Ki-Moon menghantar penasihat khas ke Myanmar, Ibrahim Gambari untuk berunding denganm kerajaan junta tentera Myanmar. Pakar hak asasi manusia dari Amnesty International bimbang nasib 150 prmprotes yang ditahan di beberapa tempat dan nasib mereka tidak diketahui. Sami Buddha turut membawa kain rentang bertulis 'Penipuan akan diatasi oleh Kebenaran'. Lebih 10,000 orang turut serta sebagai tanda anti kerajaan diktator.

Terdapat 400,000 sami di seluruh Myanmar. Tetapi sekitar 5000 hingga 50,000 menyokong protes anti kerajaan tentera. Para sami turut berjuang mendapatkan kemerdekaan dari Great Britain pada 1948. Para sami turut menyertai para pelajar dalam rusuhan anti tentera pada 8 Ogos 1988. Pada hari itu lebih 3000 pelajar dan parti pembangkang terbunuh ditembak tentera Mynamar.

Sean McCommark dari Jabatan Negara Amerika bimbang kerana banyak yang dipukul dengan batang buluh dan disoal-siasat bagi mencari ketua penghasut.[4] Kerajaan junta hendaklah membenarkan Palang Merah Antarabangsa akses ke sana. Negara China dan ASEAN hendaklah memberi tekanan terhadap Myanmar. Beberapa agensi berita merujuk protes ini sebagai Revolusi Safron .[5][6]


"Revolusi Safron"[sunting | sunting sumber]

Frasa "Revolusi Safron" atau bahasa inggerisnya, "Saffron Revolution" berkai dengan bantahan terhadap tentera Myanmar yang bersifat diktator kepada warna saffron atau kuning cempaka - mengikut laman kamus karyanet.com - warna jubah yang dipakai di Myanmar oleh sami Buddha yang berada di barisan hadapan demonstrasi.[7] Ini mungkin ada sedikit salah faham kerana sami Theravada di negara-negara jiran memakai Safron, manakala sami-sami Myanmar biasanya memakai jubah merah lembayung. Manakala frasa sama telah digunakan sebelumnya untuk mengenalpasi proses perubahan atau or revolusi aman di negara-negara lain, ini merupakan pertama kali dikaitkan dengan bantahan seumpama itu apabila ia terdedah, dan agensi-agensi antarabangsa menggunakannya semasa melaporkan mengenai bantahan Myanmar.[8]

Jenayah terhadap kemanusiaan[sunting | sunting sumber]

Tindakan-tindakan yang diambil kerajaan tentera tidak berasas kerana tidak berlaku apa-apa rusuhan. Tiada harta awam dilaporkan rosak atau musnah akibat kesan langsung atau tidak langsung daripada demonstrasi sejak bermulanya. Lebih-lebih lagi tiada penentangan bersenjata terhadap kerajaan tentera Myanmar. Melainkan orang Burma dikelaskan sebagai "seperti binatang" (sub-human), Mahkamah Keadilan Antarabangsa, Mahkamah Jenayah Antarabangsa dan PBB boleh mengambil tindakan terhadap pemimpin tentera Myanmar atau Burma atas tuduhan genosid, jenayah terhadap kemanusiaan dan jenayah agresif.

Reaksi antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Sementara kebanyakan negara menyuarakan sokongan kepada protes dan menuntut junta untuk melaksanakan pembaharuan yang meluas, beberapa negara penting, seperti Republik Rakyat China dan India mengekalkan komitmen kepada pendirian tidak campur tangan dan juga menunjukkan sokongan yang tersirat kepada rejim.[9][10]

Sekatan[sunting | sunting sumber]

Oleh sebab sekatan telah banyak menyusahkan warga Myanmar dan tidak pernah membuktikan keberkesanannya, negara-negara seperti Amerika Syarikat telah mencadangkan sekatan peribadi kepada pihak junta dan keluarga terdekat mereka. Tiada terdapat apa-apa tanda bahawa China dan negara-negara ASEAN sanggup menyertai sekatan peribadi meskipum ASEAN telah meminta sekatan dikenakan PBB.

Jabatan Perbendaharaan Amerika Syarikat mengumumkan sekatan terhadap 14 pegawai senior Myanmar. Antara yang disasarkan untuk sekatan termasuk ketua junta, Jen. Senior Than Shwe, dan Naib Jen. Senior Maung Aye. Tindakan oleh Perbendaharaan akan membekukan mana-mana aset yang disimpan dalam bank atau institusi kawangan lain A.S. di bawah bidang kuasa A.S. oleh individu-individu terlibat. Arahan ini juga melarang mana-mana warga A.S. daripada berurus niaga dengan individu-individu yang dimaksudkan.

Pada 27 September, Kesatuan Eropah mula mempertimbangkan "sekatan diperkukuh yang disasarkan" terhadap junta tentera, sementara sekatan sedia ada sudah merangkumi skeatan senjata, pembekuan aset, dan larangan visa dan perdagangan. Tujuannya ialah untuk mendukung sekatan yang tidak memudaratkan orang ramai.[11]

Perdana Menteri Australia, John Howard, mengesahkan laporan-laporan bahawa Kerajaan Persekutuan akan melaksanakan sekatan kewangan yang disasarkan terhadap ahli-ahli junta tentera, serta kemungkinan memperkenalkan langkah lain untuk menyekat lagi pemimpin tentera itu.[12][13]

Rujukan[sunting | sunting sumber]