Proton Emas

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Proton EMAS
Tiga konsep Proton EMAS. Dari kiri ke kanan; EMAS, EMAS Country, EMAS3
Maklumat
PengilangPerusahaan Otomobil Nasional
Syarikat indukProton Holdings Berhad
Pengeluaran2010-
Gaya badanHatchback 5-pintu
Pereka bentukItaldesign Giugiaro

Proton Emas merupakan tiga kereta konsep yang dilancarkan oleh Proton Holdings Bhd di Geneva pada 2 Mac 2010. Penasihat Proton, Mahathir Mohamad melancarkan kereta itu di pameran Kereta Antarabangsa Geneva ke-80.

Siri Emas adalah akronim bagi “Eco Mobility Advance Solution”. Ia menawarkan tiga varian dan adalah usaha sama dengan Lotus dan firma reka bentuk Itali, Italdesign Giugiaro.

Pengerusi Proton, Datuk Mohd Nadzmi Mohd Salleh menyatakan pasaran domestik amat terhad dan sedang mara ke pasaran global.

Ciri-ciri[sunting | sunting sumber]

Kereta ini merupakan kereta kompak dengan kenderaan utiliti sukan (SUV). Dari luar nampak kecil tetapi dalamnya bersaiz SUV dan pandangan pemanduan yang selesa.Pengarah Urusan Proton, Datuk Syed Zainal Abidin Syed Mohd Tahir menyatakan ada 3 jenis iaitu :

  • Emas hatchback mempunyai lima pintu empat tempat duduk untuk keselesaan pemanduan
  • Emas Country hatchback mempunyai tiga pintu lima tempat duduk
  • Emas3 mempunyai tiga pintu 3+1 tempat duduk, untuk pemanduan di bandar.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]