Proton Exora

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Proton Exora
Proton Exora H-Line Automatik
Pengilang Proton
Pengeluaran 2009 - sekarang
Kelas MPV
Enjin Campro CPS[1]
Jarak roda Templat:Auto mm
Berkait Toyota Wish

Proton Exora ialah MPV dihasilkan oleh Proton. Pembangunan model MPV ini bermula daripada sifar dan ia bakal menjadi MPV pertama rekaan anak Malaysia. Bahagian belakang bumbungnya tidak bercerun sebagaimana kebanyakan MPV masa kini untuk menambah ruang pada barisan ketiga. Proton berkemungkinan akan menggunakan enjin Campro CPS 1.6L untuk menggerakkan MPV ini memandangkan penggunaan bahan apinya lebih baik daripada enjin yang lebih besar. Beberapa gambar intipan dari internet menunjukkan Proton sememangnya ada mencuba enjin berkenaan pada MPV keluaran syarikat kereta lain[2]. Gambar-gambar Proton Exora yang terdedah sepenuhnya sudah tersebar di serata internet pada 23 Januari 2009[3], lebih awal daripada tarikh pelancaran yang sepatutnya pada bulan April 2009[4].

Pada penghujung tahun 2011, Proton mengumumkan versi baru Proton Exora,iaitu Proton Exora Bold 1.6,dikeluarkan dalam tiga versi iaitu Executive MT (transmisi manual), Executive AT (transmisi automatik 4AT), seterusnya versi tertinggi Exora Bold 1.6 Premium CVT (transmisi CVT) yang menggunakan enjin CFE (CamPro Fuel Efficiency) yang dibantu sistem turbo dengan keluaran kuasa setinggi 138hp@5,000rpm dan tork maksimum 205Nm@2,000-4,000rpm.

Harga yang di tawarkan juga mampu milik iaitu untuk Exora Standard 1.6(M)CPS pada harga RM59,570[5] untuk Exora Bold Standard 1.6(A)CFE pada harga RM68,560[6] untuk Exora Bold Executive 1.6(M)CPS pada harga RM66,770[7] untuk Exora Bold Executive 1.6(A)CPS pada harga RM71,770[8] untuk Exora Bold Premium 1.6(A)CFE pada harga RM79,570[9]


Prestasi[sunting | sunting sumber]

Spesifikasi enjin


CPS 1.6

  • 4 kelajuan AT / 5 kelajuan MT
  • S4PH DOHC
    • Sistem bahan api Suntikan berbilang titik (MPI)
    • Kuasa kuda : 125 bhp (93 kW; 127 PS) @ 6,500 rpm
    • Kilasan : 150 N-m @ 4,500 rpm
    • Kelajuan maksimum : 165 km/j

Kerangka Proton Exora menggunakan reka bentuk topang MacPherson di bahagian hadapan dan bim kilasan di bahagian belakang.[10] Ia berukuran 4,592mm panjang, 1,809mm lebar dan 1,691mm tinggi dengan jarak roda 2,730mm.[10] Ia digerakkan oleh enjin Campro CPS yang menjana 125 kuasa kuda dan 150 N-m kilasan,[11] menghasilkan kelajuan maksimum 165 km/j dan penggunaan bahan api purata 7.2 L/100 km.[12] Kotak gear yang digunakan adalah serupa dengan jenis yang digunakan pada Proton Waja dan Proton Gen-2 tetapi dengan nisbah penurunan akhir yang lebih tinggi untuk membantu aliran kuasa.[13]

Exora menampilkan Modul Kawalan Badan yang membenarkan pengaktifan dan konfigurasi automatik bagi pelbagai fungsi kenderaan seperti penguncian pintu, pencahayaan dalaman, lampu hadapan, lampu brek dan pengelap cermin hadapan.[10]

Keselamatan[sunting | sunting sumber]

Kerangka keluli tegangan tinggi, dipamerkan semasa Minggu Teknologi Proton.

Exora dianugerahkan 4 bintang dalam penarafan EuroNCAP selepas 32 buah Exora dihantar menjalani ujian perlanggaran di pusat ujian perlanggaran Applus+ IDIADA di Sepanyol. Selain itu, Exora turut dianugerahkan penarafan 4 bintang oleh program penilaian MyVAP.[14][15] Salah satu daripada ciri utama yang membolehkan penarafan tersebut dicapai ialah melalui penggunaan keluli tegangan bagi kerangka badan, memberikan kestabilan yang lebih baik serta penyerapan kesan perlanggaran yang lebih baik semasa kemalangan. Bar impak tepi juga dipasang bagi mengukuhkan kerangka pintu serta bagi menyerap kesan perlanggaran dari arah tepi.[15]

Ciri-ciri keselamatan lain termasuklah sistem brek cegah kunci (ABS) untuk mengelakkan kenderaan daripada tergelincir semasa membrek kecemasan serta sistem pengagihan daya brek elektronik (EBD) untuk memastikan kuasa membrek yang betul dihantar ke roda yang betul mengikut agihan berat kereta. Dua beg udara hadapan serta tali pinggang keledar prategangan turut dipasang bagi penumpang hadapan.[15]

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Peraduan Namakan Proton MPV[sunting | sunting sumber]

Proton mengumumkan peraduan menamakan model Proton MPV untuk mencari nama yang sesuai untuk model MPV ini, sebagaimana sebelum Proton Saga generasi pertama hendak dikeluarkan pada tahun 1985. Tarikh tutup peraduan ini adalah pada 30 September 2008.

Keputusan peraduan tersebut telah diumumkan pada 17 Februari 2009. Nama Proton Exora dipilih daripada pemenang hadiah utama Peraduan Namakan Proton MPV iaitu Norsholihan Bt Abdul Eanich. Nama Exora diambil daripada nama saintifik bagi bunga siantan.[16]


Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]