Proton Gen-2

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Proton GEN-2
Proton Gen.2 (front), Serdang.jpg
Pengilang Proton
Pengeluaran 2004–sekarang
Pendahulu Proton Wira (hatchback)
Kelas Kereta kompak
Stail badan Hatchback 5 pintu
Pelantar FF
Enjin Campro S4PE I4 1.3 L
Campro S4PH I4 1.6 L
Jarak roda 2,600 mm
Panjang 4,310 mm
Lebar 1,725 mm
Tinggi 1,435 mm
Berat Curb 1,175 kg
Berkait Proton Persona
Chery A3 Hatchback

Proton Gen-2 ialah sebuah kereta keluaran PROTON. Ia dilancarkan pada suku ketiga tahun 2004. Model ini adalah model pertama keluaran Proton yang menggunakan enjin buatan Malaysia sepenuhnya iaitu Enjin CamPro.

Proton Gen.2 merupakan kereta terkini keluaran Proton yang sedang hangat di pasaran ketika ini. Dengan menggabungkan rekabentuk yang menarik dan kejuruteraan tercanggih, Proton amat berharap agar model terbarunya ini mampu mengubah persepsi orang ramai terhadap kereta nasional(untuk pengguna tempatan) yang selama ini dikatakan tidak mempunyai kualiti yang diharapkan. Proton sedar mereka perlu keluar dari kepompong mereka dan bertukar menjadi pengeluar kereta yang lebih disegani.

Dengan bantuan Lotus Engineering (Lotus Group dimiliki oleh Proton), buat kali pertamanya setelah lebih 18 tahun menggunakan enjin yang dibekal oleh pengeluar lain (antaranya Mitsubishi dan Renault), Proton akhirnya berjaya mengeluarkan enjinnya sendiri yang dinamakan CAMPRO. Teknologi enjin ini sebenarnya antara yang terbaik di dunia ketika ini kerana menggunakan teknologi yang dibangunkan bersama Lotus Engineering, iaitu Camshaft Profiling. Teknologi ini memberi lebih kuasa tapi pada masa yang sama, tetap menjimatkan penggunaan bahan api serta lebih mesra alam. Ia bolehlah dikatakan teknologi seperti VTEC (Honda), VVT-i (Toyota) dan Double Vanos (BMW). Enjin 1.6 liter Gen.2 yang dilengkapi Camshaft Profiling ataupun CPS (mula ditawarkan pada model H-line, bermula Mac 2008)[1][2] dikatakan mampu mengeluarkan kira-kira 127 kuasa kuda (hp).

Kemasan dalamannya juga telah direka dengan konsep minimalist yang mirip kepada kereta sport keluaran Lotus. Namun, ruang tempat duduk belakang agak kecil terutamanya untuk penumpang yang agak tinggi. Kualiti sesetengah peralatan juga tidak begitu tinggi tetapi masih boleh diterima dalam kelas ini malahan lebih baik berbanding kebanyakan model kereta buatan Korea.

Dari segi pengendalian dan keselesaan ketika memandu, Lotus telah berjaya menyeimbangkan kedua-duanya dengan kompromi yang paling sedikit. Proton Gen.2 ini sesuai untuk generasi muda yang inginkan gaya dan ciri-ciri pemanduan terbaik dengan kawalan yang responsif dan optimum.

Prestasi[sunting | sunting sumber]

Walaupun kuasa maksimum enjin Campro yang digunakan adalah kontemporari, namun pengguna Gen-2 sering menghadapi masalah kekurangan kilasan pada kelajuan enjin antara 2,500 ~ 3,500 rpm. Ini boleh dibuktikan dengan memandu kereta Gen-2 model transmisi manual melalui jalan raya bukit di mana pemandu terpaksa banyak menukar antara gear 2 dan gear 3. Pemetaan semula ECU telah beberapa kali dilakukan oleh Proton bagi mengatasi masalah tersebut.

Pada Mac 2008, model Gen-2 wajah baru dilancarkan dengan rekaan dalaman menyerupai Proton Persona bagi mengatasi beberapa kekurangan yang ada pada model Gen-2 sebelum ini seperti ketiadaan kotak barangan (glovebox) dan kedudukan suis tingkap kuasa yang kurang sesuai. Model M-line menggunakan enjin Campro IAFM dengan keluaran kuasa maksimum 110 bhp @ 6,500 rpm dan kilasan 148 N-m @ 4,000 rpm manakala model H-line menampilkan enjin Campro CPS yang lebih berkuasa, dengan kuasa maksimum 127 bhp @ 6,500 rpm dan kilasan 150 N-m @ 4,500 rpm. Masalah junaman kilasan pada enjin Campro DOHC asas yang digunakan sebelum ini juga telah diatasi melalui penggunaan kedua-dua enjin baru tersebut.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

http://www.gen-2.net adalah salah satu Kelab Kereta yang mempunyai ahli diseluruh Malaysia dan Luar Negara.