Proton Perdana

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Proton Perdana
Pengilang Proton
Pengeluaran 1994–kini
Kelas Saiz sederhana
Stail badan Sedan berpintu empat

Proton Perdana merupakan model kereta bersaiz sederhana keluaran Proton. Ia dibina berasaskan Mitsubishi Galant Eterna generasi ketujuh pada generasi pertama dan Honda Accord generasi kelapan pada generasi kedua.

Generasi Pertama (1994-2010)[sunting | sunting sumber]

Perdana (1994-1997)[sunting | sunting sumber]

Proton Perdana
Proton Perdana (first generation) (front), Serdang.jpg
Pengilang Proton
Pengeluaran 1994–1997
Tahun model 1994–1997
Pemasangan Shah Alam
Pengganti Proton Perdana V6
Kelas Saiz sederhana
Stail badan Sedan 4 pintu
Enjin 4G63 2.0S
Penghantaran Automatik 4-kelajuan
Manual 5-kelajuan
Berkait Mitsubishi Galant Eterna ( Jepun)
Hyundai Marcia ( Korea Selatan)
Timor S515 ( Indonesia)

Proton Perdana pertama kali diperkenalkan pada tahun 1994 untuk menyelamatkan nic segmen pasaran mewah Malaysia yang terdiri daripada kenderaan dengan sesaran enjin 2,000 cc dan ke atas. Perdana generasi pertama menggunakan enjin 4G63 SOHC. Kereta tersebut merupakan model pertama Proton yang menawarkan sistem brek cegah kunci dan pengawal luncur. Model ini dibina berasaskan Mitsubishi Galant dan Hyundai Marcia.

Perdana ialah model kereta rasmi Perdana Menteri Malaysia yang telah digunakan oleh Mahathir Mohamad, Abdullah Ahmad Badawi, sehingga Najib Razak. Sebelum model generasi kedua dilancarkan pada tahun 2010. Logo pertama Perdana pula dicontohi oleh Sublime Magazine. Perdana terbahagi kepada tiga varian, iaitu Perdana GLi (1994), Perdana SEi (1995), dan Perdana XLi (1996).

Perdana V6 (1997-2010)[sunting | sunting sumber]

Proton Perdana V6
Proton Perdana (V6) (first generation, second facelift) (front), Serdang.jpg
Pengilang Proton
Pengeluaran 1997-2010
Tahun model 1997-2010
Pemasangan Shah Alam
Pengganti Proton Perdana PRM
Kelas Saiz sederhana
Stail badan Sedan 4 pintu
Pelantar Hyundai Marcia
Mitsubishi Galant
Enjin V6 2.0S
Penghantaran Automatik 4-kelajuan
Manual 5-kelajuan
Berkait Hyundai Marcia
Mitsubishi Galant

Pada tahun 1997, Proton Perdana menggunakan enjin V6 2.0S 6A12. Sistem gantungannya turut ditala semula oleh Lotus untuk pengendalian yang lebih baik. Pada tahun 2000, Perdana V6 diberikan gril baharu yang menyerupai gaya Alfa Romeo. Logo kedua Perdana mencontohi logo Kia Sephia. Terdapat juga versi mewah Proton Perdana V6 dengan tapak roda ditambah sebanyak 25 cm, dikenali sebagai Proton Perdana V6 Executive. Varian Executive ini dilakukan oleh Automotive Conversion Engineering (ACE), anak syarikat EON.[1][2] Dua varian Perdana V6 Limousine turut dikeluarkan oleh ACE dengan tambahan panjang masing-masing 66 cm dan 91 cm, serta dilengkapi lebih banyak ciri-ciri mewah daripada varian Executive.[1]

Generasi kedua (Perdana PRM, 2010-kini)[sunting | sunting sumber]

Proton Perdana PRM
2014 Proton Perdana Front Three Quarter.JPG
Pengilang Proton
Pengeluaran 2010-kini
Tahun model 2010-kini
Pemasangan Shah Alam
Pengganti Proton Perdana PRM
Kelas Saiz sederhana
Stail badan Sedan berpintu empat
Pelantar Honda Accord
Penghantaran Automatik 4-kelajuan
Manual 5-kelajuan
Berkait Honda Accord

Perdana generasi kedua, yang diberikan nama kod Model Penggantian Perdana (PRM), dibina berasaskan Honda Accord. Sekitar 3,000 unit Perdana baru yang akan dihasilkan pada mulanya untuk menggantikan armada penuaan Perdana V6 yang digunakan oleh penjawat awam. Ia adalah tidak diketahui sama ada Perdana yang akan dieksport ke negara-negara lain, walaupun rancangan tersebut adalah sangat tidak mungkin daripada strategi pemasaran Proton Inspira ini. Tidak seperti Inspira, yang dijual bersama dengan Mitsubishi Lancer, Perdana akan membentangkan tiada konflik pemasaran untuk kereta kembarnya, Honda melancarkan generasi kesembilan baru Honda Accord pada 4 September 2013.

Kegunaan rasmi kerajaan Malaysia[sunting | sunting sumber]

Di bawah dasar automotif Malaysia, kereta rasmi kerajaan mestilah dari kalangan kereta nasional.[3] Memandangkan Proton merupakan satu-satunya syarikat pengeluar kereta tempatan tulen yang menghasilkan kereta yang cukup besar bagi golongan atasan iaitu Perdana dan Waja, Perdana dipilih sebagai kereta rasmi kerajaan bagi kegunaan para pegawai atasan termasuklah Perdana Menteri Malaysia. Kecuali Sarawak,[4] Proton Perdana V6 Executive merupakan kereta rasmi yang digunakan.

Kontroversi kos penyelenggaraan[sunting | sunting sumber]

Kualiti buatan serta kos penyelenggaraan Perdana V6 Executive mula dipersoalkan berikutan satu kontroversi pada Julai 2008 apabila kerajaan negeri Terengganu pimpinan Barisan Nasional membeli 14 buah kereta Mercedes-Benz E200 Kompressor, yang bertujuan untuk menggantikan kereta 2004 Perdana V6 Executive sedia ada sebagai kereta rasmi kerajaan negeri.[5] Ketua Setiausaha Negeri Terengganu Mokhtar Nong menegaskan bahawa keputusan tersebut dibuat berikutan kekurangan kebolehbergantungan Perdana, dengan mendakwa bahawa kereta-kereta Perdana tersebut memerlukan kos penyelenggaraan yang tinggi, terutamanya pada kotak gear, semasa digunakan dalam perjalanan jauh.[5] Dua daripada Perdana V6 tersebut memerlukan kos baik pulih masing-masing sejumlah RM175,229.97 dan RM132,357.76 sejak 2004.

Proton menafikan tuduhan kos penyelenggaraan yang tinggi oleh kerajaan negeri Terengganu, dengan mengatakan kos penyelenggaraan berkala (penggantian minyak enjin dan penapis minyak) bagi Perdana ialah sekitar RM200. Kontroversi tersebut telah menyebabkan timbul tuduhan mengenai penyelewengan penyelenggaraan oleh kerajaan Terengganu,[6] memandangkan kos penyelenggaraan berkala terkumpul pagi sebuah Perdana V6 biasa pada tempoh yang sama jauh lebih rendah seperti yang didakwa, serta berikutan tiada tuntutan waranti yang dibuat oleh kerajaan negeri sejak Oktober 2004 bagi salah satu kereta yang rosak.

Negeri Perak di bawah pimpinan Pakatan Rakyat juga menyatakan perkara yang sama mengenai Proton Perdana, dan seterusnya telah membeli kereta-kereta Toyota Camry bagi menggantikan Perdana. Adalah dikatakan bahawa selepas 3 tahun kos menservis kereta tersebut sangat tinggi, maka membeli Toyota Camry boleh menjimatkan perbelanjaan kerajaan negeri. Kerajaan Pulau Pinang juga telah membuat kenyataan akan menggantikan kereta Perdana V6 sedia ada dengan kereta baharu jika perlu, dengan menyatakan perkara yang sama bagi kereta yang rosak, dengan kos baik pulih kereta yang rosak mencecah sehingga lebih kurang RM30,000.[7] Selangor juga telah melakukan perkara yang sama pada Januari 2009, dengan menggantikan kereta Perdana V6 dengan Camry.

Kerajaan negeri Sabah telah membeli 38 buah kereta Volvo S80 sebagai pengganti kepada kereta Perdana sedia ada mereka.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 "ACE >> Products". Official ACE website at eon.com.my. Diperoleh pada 2008-07-24. 
  2. "Other Products & Services > Automotive Conversion Engineering Sdn Bhd". Official EON website. Diperoleh pada 2008-07-24. 
  3. Bernama (2008-07-21). "Perdana vs Kompressor (Melayu)". Rocky's Bru2. Diperoleh pada 2008-07-22. 
  4. Dalam kerajaan Sarawak, "ketua jabatan bebas memilih model kereta yang mereka suka selagi bersesuaian dengan kelayakan mereka" (merangkumi kereta buatan Jerman dan Jepun) tetapi sesetengah daripada mereka memilih untuk menggunakan kereta sendiri untuk tugas-tugas rami, namun kereta Rolls-Royce Silver Shadow merupakan kereta rasmi Ketua Menteri Sarawak. Tiada rekod pembelian Proton Perdana oleh kerajaan Sarawak selama ini. (EverythingCars.Net (2008-07-26). ": Sarawak Has Not Bought Proton Perdana for Years". Everything Cars Network. Diperoleh pada 2008-07-26. )
  5. 5.0 5.1 R. S. N. Murali (2008-07-20). "Terengganu: Mercedes purchase was cost-cutting measure". The Star Online. Diperoleh pada 2008-07-22. 
  6. Norliza Abd. Rahman (2008-07-24). "BPR siasat kos senggara Perdana V6 Terengganu (Melayu)". Utusan Malaysia Online. Diperoleh pada 2008-07-24. 
  7. "Penang to switch to cheaper foreign cars, too". Thestar.com.my. 2008-12-15. Diperoleh pada 2010-05-30. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]