Proton Persona
| Pengilang | Proton |
|---|---|
| Pengeluaran | 2007–sekarang |
| Pendahulu | Proton Wira Proton Waja |
| Kelas | Kereta kompak |
| Stail badan | Sedan 4 pintu |
| Pelantar | FF |
| Enjin | Enjin Campro I4 1.6 L |
| Penghantaran | Transmisi manual 5 kelajuan Transmisi automatik 4 kelajuan |
| Berkait | Proton Gen-2 Chery A3 |
Proton Persona merupakan kereta sedan yang dihasilkan oleh pengeluar kereta kebangsaan Malaysia, Perusahaan Otomobil Nasional, PROTON. Ia dihasilkan bagi menggantikan model sebelumnya, Proton Wira yang berusia 14 tahun. Di United Kingdom dan di Indonesia, model Persona ini dikenali sebagai Proton Gen-2 Persona bagi mengelak kekeliruan dengan model Proton Wira yang dipasarkan dengan nama Proton Persona di sana.
Isi kandungan |
[sunting] Perasmian
Model ini dilancarkan pada 15 Ogos 2007 oleh Seri Paduka Baginda Yang di-Pertuan Agong, Tuanku Mizan Zainal Abidin. Turut hadir ialah Raja Permaisuri Agong, Tuanku Nur Zahirah , Pengerusi Proton Holdings Bhd, Datuk Mohammed Azlan Hashim dan Pengarah Urusan Proton , Datuk Syed Zainal Syed Mohamed Tahir.
[sunting] Ciri-ciri
Kereta ini merupakan model sedan berasaskan model sebelum ini, Proton Gen-2. Reka bentuk dalaman Gen-2 telah diubah sedikit untuk disesuaikan untuk pembeli kereta keluarga yang sebelum ini lebih berbentuk sporty.
Enjin Campro yang digunakan adalah sama dengan enjin model sebelumnya iaitu berkuasa 82kW unit cuma berbeza dari beberapa aspek seperti transmisi dan lain-lain.
Persona yang menggunakan enjin Campro 1.6 liter. Ada 7 pilihan warna iaitu putih (solid white), merah (solid red), hitam (tranquility black), perak (iridescent white), kelabu (metal grey), emas (light gold) dan ungu (blueberry tea).
Harga jenis B-line ialah RM44,999 . Jenis M-line ialah RM52.800 dan jenis H-line ialah RM55,800 sebuah.
Pada tahun 2008, Proton Persona mula dilengkapi dengan enjin Campro IAFM, bagi mengatasi masalah kekurangan kilasan yang dihadapi pada kelajuan enjin antara 2,500 ~ 3,500 rpm.
[sunting] Prestasi jualan
Sehingga 4 Oktober 2007, 18,000 tempahan dibuat sejak 15 Ogos 2007. Sambutan pengguna yang amat menggalakkan sedikit sebanyak telah memulihkan imej dan kedudukan Proton di dalam pasaran Malaysia memandangkan sebelum ini Proton sering berhadapan dengan kritikan mengenai isu kualiti serta persaingan dengan Perodua. Namun demikian, sambutan hangat terhadap model Persona pula mengakibatkan kemerosotan jualan model-model Proton Gen-2 dan Proton Waja. Penggunaan enjin Campro CPS pada kedua-dua model berkenaan pada Mac 2008 telah memulihkan kembali jualan model-model tersebut, sekaligus meletakkan model Waja dan Gen-2 ke kelas yang tersendiri.
Pengerusi Proton, Datuk Mohammed Azlan Hashim berkata, Persona akan dieksport ke Singapura. Sejak 1989 , lebih 22,000 Proton terjual di Singapura.
[sunting] 2008 Proton Persona SE
Proton melancarkan edisi khas sempena Merdeka bagi Proton Persona, dipanggil Proton Persona SE pada 26 Ogos 2008. Proton Persona SE mempunyai kit badan baru, rim aloi baru, pemegang pintu serta gril hadapan berwarna perak "matte", kemasan kulit dalaman serta sistem navigasi GPS.[1]
[sunting] Anugerah
Dalam Anugerah Kecekapan Bahan Api Asian Auto - Bosh 2008, Proton Persona telah memenangi tempat pertama dalam kategori Kereta Keluarga, dengan penggunaan bahan api purata yang dilaporkan sejumlah 6.6 L/100 km.[2]
[sunting] Rujukan
- ↑ Proton Persona SE now on sale for RM59,800
- ↑ Asian Auto-BOSCH Fuel Efficiency Awards 2008 Vehicle Winners - Asian Auto. Dicapai pada 24 Disember 2008.
[sunting] Pautan luar
|
|
||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Jenis | 1980an | 1990an | 2000an | 2010an | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | 2 | 3 | 4 | 5 | 6 | 7 | 8 | 9 | 0 | 1 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Supermini | Tiara | Savvy | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Subpadat | Satria / Compact / Siri 300 | Satria Neo | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Sedan kompak |
Saga / MPi / Knight / Aeroback / Saga Iswara | Saga | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Wira / Persona / Siri 400 | Persona / Gen-2 Persona | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Gen-2 | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Waja / Impian | Inspira | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Pertengahan | Perdana | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Coupe | Putra / Coupe / M21 | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Pikap | Arena / Jumbuck | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Van | Juara | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| MPV | Exora | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Kereta konsep | Proton EMAS · Proton MPX · Proton PM 5 · Proton Tuah · Proton Kasturi · Proton Lekiu · Proton Lekir · Proton Satria Neo R3 Concept | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| Edisi terhad | Proton Satria R3 · Proton Satria Neo R3 Lotus Racing | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||