Proton Waja

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Proton Waja
Proton Waja sebelum perubahan wajah.
Pengilang Proton
Juga dikenali Proton Impian
Pengeluaran 2000–sekarang
Pendahulu Proton Wira
Pengganti Proton Persona
Kelas Kereta kompak
Stail badan Sedan 4 pintu
Pelantar FF
Enjin 1.6 L Mitsubishi 4G18 I4
1.6 L Proton Campro S4PHI4
1.8 L Renault F4P I4
2.0 L Mitsubishi 6A12 V6
Jarak roda 2600 mm
Panjang 4465 mm
Lebar 1740 mm
Tinggi 1420 mm
Berat Curb 1175 kg
Berkait Mitsubishi Carisma
Volvo S40

Proton Waja, juga dipanggil Proton Impian di Eropah, merupakan kereta sedan keluaran syarikat automotif nasional Malaysia, Proton, yang juga merupakan kereta pertama direka sendiri tetapi dengan casis yang direka berpandukan casis Mitsubishi Carisma. Dilancarkan pada Ogos 2000, Proton Waja menggunakan enjin Mitsubishi 4G18 1.6L sebelum menggunakan enjin Campro pada tahun 2006. Pada penghujung tahun 2005, satu lagi varian eksklusif Waja dengan tapak roda yang lebih panjang iaitu Proton Waja Chancellor dilancarkan, digerakkan oleh enjin 6A12 2.0L V6 yang turut digunakan pada Proton Perdana.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pembangunan Proton Waja bermula pada penghujung dekad 1990-an bersama-sama enjin Campro tetapi enjin tersebut masih dalam peringkat pembangunan semasa Proton Waja dilancarkan, oleh itu Proton menggunakan enjin 4G18 dari Mitsubishi untuk digunakan pada Waja. Ia dilancarkan pada Ogos 2000 bersama-sama dengan logo korporat baru Proton.

Pada tahun 2002, varian 1.8L dilancarkan, digerakkan oleh enjin Renault F4P yang turut digunakan pada kereta Renault Laguna II. Ia menawarkan teknologi pacu melalui wayar (drive-by-wire) serta pemasaan injap boleh laras, tetapi pengeluaran dihentikan tahun berikutnya berikutan kurangnya jualan di kalangan pembeli tempatan yang lebih biasa dengan enjin buatan Jepun daripada enjin buatan Eropah.

Pada penghujung 2005, Proton memperkenalkan satu lagi varian eksklusif yang dikenali sebagai Proton Waja Chancellor yang turut digunakan oleh para perwakilan negara-negara ASEAN semasa persidangan di KLCC sebelum pelancarannya. Model tersebut menggunakan enjin 6A12 2.0L V6 yang turut digunakan pada Proton Perdana.

Hanya pada tahun 2006 barulah enjin Campro digunakan pada Proton Waja. Enjin tersebut lebih berkuasa sedikit daripada yang digunakan pada Proton Gen-2 disebabkan sistem kemasukan udara yang berbeza serta ECU yang dipeta semula. Pada tahun 2008 pula, Proton Waja kini digerakkan oleh enjin Campro CPS yang lebih berkuasa serta dilengkapi sistem pemasaan injap boleh laras.

Proton Waja mengalami perubahan rupa bentuk sebanyak 2 kali iaitu pada tahun 2006 dan pada tahun 2007. Model tahun 2007 turut menyertakan ciri keselamatan seperti beg udara, ABS dan EBD yang sebelum ini menjadi ciri pilihan dalam model sebelumnya sebagai ciri utama.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]