Puak Padri

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Puak Padri ialah gelaran yang diberikan kepada sekelompok yang menyokong penyusunan masyarakat orang Minangkabau mengikut Syariah Islam.[1] Sebutan ini sering digunakan terutamanya semasa berlakunya Perang Padri apabila puak ini berjuang menentang kerajaan Minangkabau untuk melaksanakan Syariah secara menyeluruh dalam kawasan Kerajaan Pagaruyung.[2]

Perkataan padri merupakan kata pinjaman yang, menurut Sutan Mohammad Zain, berasal daripada bahasa Portugis. Kata ini memberi maksud pendeta, atau sama maksud dengan kata padre dalam bahasa Sepanyol.[3] Namun, sebahagian sejarawan berpendapat bahawa kata "padri" ialah gelaran buat para ulama yang pernah menerima pendidikan agama Islam di Pedir, sebuah tempat di Aceh yang kini bernama Pidie.[4]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Catatan kaki
  1. ^ Munsyi & Hamiyati 2003, m/s. 143.
  2. ^ Abdullah 1966, m/s. 1–24.
  3. ^ Munsyi & Hamiyati 2003, m/s. 62.
  4. ^ Ensiklopedia Islam 2002, m/s. 66.
Daftar pustaka
  • Dewan Redaksi Ensiklopedia Islam (2002). Ensiklopedia Islam, Jilid 4. Departemen Agama. Jakarta: Ichtiar Baru van Hoeve. ISBN 979-8276-65-5.
  • Abdullah, Taufik (1966). Adat dan Islam: An Examination of Conflict in Minangkabau.
  • Munsyi, Alif Danya; Hamiyati, Yul (2003). 9 dari 10 Kata Bahasa Indonesia adalah Asing. Kepustakaan Populer Gramedia.