Rolanda Hooch

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Puan Hooch)
Watak Harry Potter

Puan Hooch dilakonkan oleh Zoe Wanamaker
Rolanda Hooch
Jantina Perempuan
Warna rambut Kelabu
Warna mata Kuning
Sekolah Hogwarts
Dilakonkan oleh Zoe Wanamaker
Kemunculan pertama Harry Potter and the Philosopher's Stone

Rolanda Hooch atau lebih dikenali sebagai Puan Hooch merupakan watak rekaan J. K. Rowling bagi siri Harry Potter. Beliau merupakan seorang guru penerbangan dan ditugaskan menjadi pengadil dalam perlawanan Quidditch.

Puan Hooch diterangkan mempunyai rambut kelabu yang dipotong pendek dengan mata "kuning dan seperti helang". Puan Hooch belajar terbang di atas Panah Perak lama, yang tidak lagi dibuat kini. Ia dikatakan penyapu lumba yang asal.

Melalui novel, diketahui yang Puan Hooch hanya melibatkan diri dalam perlawanan Quiddich dan pengajaran penerbangan kepada pelajar tahun pertama di Hogwarts.

Seperti Profesor Quirrell, Puan Hooch tidak mempunyai nama rasmi. Permainan Kad Penukaran menamakannya sebagai Rolanda. Internet Movie Database menyenaraikan namanya sebagai Xiomara; walau bagaimanapun, Xiomara tidak lagi digunakan dan namanya hanya ditera sebagai Puan Hooch.

Walaupun jelas yang Puan Hooch cintakan penerbangan dan Quidditch, tiada apapun yang menjelaskan mengapa namanya begitu atau memberikan spekulasi yang J.K. Rowling tidak mengaitkan mana-mana satupun dengan namanya.

Puan Hooch dilakonkan Zoe Wanamaker dalam Harry Potter and the Sorcerer's Stone. Rujukan peranannya dalam filem pernah dibuat dalam siri televisyen BBC, My Family yang beliau memainkan watak Susan Harper, seorang ibu yang pelik dan tidak pandai memasak. Rujukan dilakukan apabila Nick, anak sulungnya, membuka paket bijirin dan membawa keluar kada dan berkata "Hey, lihat, Puan Hooch!". Satu lagi adalah episod Halloween "Friday The 31st" ketika Susan berpakaian seperti ahli sihir dan, pada satu ketika, suaminya Ben mengugutnya untuk "sangkutkan Nimbus 2000nya di tempat yang ahli sihir tidak terbang"

Babak Puan Hooch telah dipotong dari semua filem sambungan yang membuatkan Wanamaker hanya berlakon untuk satu filem Harry Potter sahaja iaitu yang pertama.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]