Pulai Chondong

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Daerah Pulai Chondong terletak di Utara Jajahan Machang, ia bersempadan dengan Daerah Ketereh Dalam Jajahan Kota Bharu, secara jelasnya Kg. Bukit China dan Kok Lanas merupakan pemisah antara Jajahan Machang dan Kota Bharu. Disebelah Selatan pula bersempadan dengan Daerah Labok, di bahagian Barat ia bersempadan dengan Jajahan Tanah Merah dimana Sungai Kelantan sebagai pemisah manakala dibahagian Timur pula bersempadan dengan Hutan Simpan Chabang Tongkat dalam Daerah Ulu Sat. Keluasan Daerah Pulai Chondong ialah 54.98KM. Persegi /21.227 Batu Persegi/ 13,585.853 Ekar / 5,498 Ha. (1KMP = 247.105Ek./0.386 Batu Persegi/ 100 Ha.)

Daerah Pulai Chondong adalah antara salah satu Daerah yang berada dibawah Pentadbiran Pejabat Tanah dan Jajahan Machang selain Daerah Labok, Daerah Ulu Sat, Daerah Pangkal Meleret, Daerah Panyit dan Daerah Temangan. Manakala pentadbiran politik ia terletak didalam Kawasan Dewan Undangan Negeri Pulai Chondong (DUN N 32) dan Parlimen Machang (P29)

Pentadbiran Daerah[sunting | sunting sumber]

Bagi pentadbiran daerah, ia terbahagi kepada empat kategori sempadan iaitu Sempadan Mukim Tanah, Sempadan Mukim Penghulu, Sempadan Mukim Masjid dan Sempadan Piliharaya (UPU). Sempadan Mukim Tanah dan Mukim Penghulu (Bawah Pentadbiran Pejabat Tanah) Sempadan Mukim Masjid (Bawah Pentadbiran MAIK) dan Sempadan Unit Peti Undi (Bawah Pentadbiran SPR, dan secara kesimpulannya sempadan mukim-mukim ini berada dalam kedudukan yang berbeza-beza.

Mukim Tanah[sunting | sunting sumber]

Mukim Pulai Chondong Mukim Gading Galoh Mukim Bagan Mukim Kerawang

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Asal usul[sunting | sunting sumber]

Nama Pulai Chondong diambil sempena dengan nama Tok Pulai Chondong. Nama sebenarnya ialah Haji Abdu l Samad bin Haji Abdullah bin Haji Hasyim, Pulai Chondong al-Kalantani (telah disingkatkan kepada Tok Pulai Chondong). Beliau dilahirkan semasa pemerintah Long Yunus (1762-1794) iaitu pada tahun 1207H/1792M.

Beliau merupakan saudara dua pupu kepada Syeikh Daud bin Abdullah al-Fathani. Menurut sumber, Haji Hasyim (datuknya) berasal dari keturunan Sultan Ahmad Minangkabau, Sumatera, yang berhijrah ke Patani pada abad ke-18.

“Setelah belajar di Patani, beliau menjadi ulama, digelar orang ‘Tok Saraf’ kerana pakar dalam ilmu tersebut. Imam Hasyim mempunyai tiga anak iaitu Faqih Haji Abdullah, Faqih Ali dan Faqih Deramat. Faqih Haji Abdullah ialah ayah Tok Pulai Chondong. Akhirnya imam Hasyim, anaknya Faqih Haji Abdullah dan Wan Mek pindah ke Kelantan. Selepas imam Hasyim dan keluarganya sampai di Kelantan, mereka membuka perkampungan yang dinamakan Kampung Bukit.

Imam Hasyim meninggal dunia di Kampung Bukit, selanjutnya anak beliau Faqih Haji Abdullah dilantik menjadi imam di situ. Faqih Haji Abdullah apabila meninggal dunia dikebumikan di Kampung Pisang, Perol, Kota Bharu...” (Wan Kamal Mujani dan Zuharyati Yusof)

Lain-lain[sunting | sunting sumber]

Nama Pulai Chondong juga dikaitkan dengan sebuah pokok pulai yang sangat besar di tengah-tengah kawasan tersebut. pokok itu juga agak condong strukturnya, menyebabkan orang sekitar menamakan kawasan tersebut Pulai Chondong

Rujukan[sunting | sunting sumber]