Pulau Andaman Utara
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
|
|
Rencana ini memerlukan rujukan tambahan untuk pengesahan. (Disember 2011) |
Peta Pulau Andaman Utara |
|
| Geografi | |
|---|---|
| Lokasi | Teluk Bengal |
| Koordinat | 13°15′U 92°55′T / 13.25°U 92.917°T |
| Kepulauan | Kepulauan Andaman |
| Luas | 1,375.99 km2 (531.27 batu²) |
| Titik tertinggi | Puncak Saddle (738 m (2,421 ka)) |
| Negara | |
| Wilayah kesatuan | Kepulauan Andaman dan Nicobar |
| Daerah | Andaman |
| Bandar raya terbesar | Diglipur (pop. 42,877) |
| Demografi | |
| Kelompok etnik | Orang Andaman |
Untuk kegunaan lain, sila lihat Andaman (nyahkekaburan).
Pulau Andaman Utara (ڤولاو اندامن اوتارا) terletak di utara pulau Andaman Besar di Kepulauan Andaman. Dengan keluasan 1376 km2, bandar utama pulau ini ialah Diglipur.[1] Terkenal dengan kehidupan lautnya, ekonomi utama pulau ini ialah pertanian. Hasil pertanian beras dan oren merupakan yang utama. Di keseluruhan Kepulauan Andaman, titik tertingginya terletak di pulau ini iaitu Puncak Saddle. Gunung ini mempunyai ketinggian kira-kira 738 meter.
Ketika gempa bumi dan tsunami pada 26 Disember 2004, sebahagian besar pulau ini mengalami banjir dan kerosakan yang teruk.