Pulau Banggi

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Pulau Banggi, Sabah
Lokasi Pulau Banggi di Laut Sulu
Negara  Malaysia
Negeri  Sabah
Populasi (2003)
 • Jumlah 20,000
Peta pelancongan Sabah

Pulau Banggi merupakan sebuah pulau yang terletak di timur laut Kudat, Sabah, Malaysia. Pulau ini berkeluasan kira-kira 440.7 kilometer persegi, merupakan pulau yang terbesar di Malaysia, diikuti dengan Pulau Langkawi dan Pulau Pinang.

Pulau Banggi terletak di utara Sabah dan berdekatan dengan Teluk Marudu. Puncak tertinggi bagi pulau ini adalah sebuah bukit yang dikenali sebagai Bukit Sibumbung dengan ketinggian 529 meter. Pusat pentadbiran Pulau Banggi ialah pekan Karakit dan pekan ini menempatkan Pejabat Daerah Kecil Banggi, Rest House (Rumah Rehat), Klinik Kesihatan, Balai Polis, jabatan-jabatan kerajaan, SMK Banggi, Pangkalan Polis PGA, dan rumah-rumah para penduduk kampung. Penduduk pekan ini dianggarkan seramai 1000 orang. Penduduk utama Pulau Banggi ialah daripada suku kaum Bajau Ubian dan Dusun Bonggi. Terdapat juga kaum-kaum lain iaitu orang Kagayan, dan Ѕuluk.

Catatan awal menyebutkan bahawa sewaktu Pelayaran Ferdinand Magellan mengeliling dunia, beliau telah singgah membaiki kapalnya di kawasan Teluk Marudu. Catatan Sepanyol ini menyebutkan sebuah tempat dikenali sebagai CIM BOM BON yang merujuk kepada SIBUMBUNG atau Pulau Banggi pada hari ini. CIM BOm BON adalah sebuah pelabuhan atau kerajaan kecil ketika itu. tinggalan istana lama masih terdapat di satu kawasan di Sibumbung, Pulau Banggi.

Nama Pulau Banggi menurut legenda setempat berasal dari nama Suku Orang Bajau yang mendominasi kawasan Kepulauan Banggi-Palawan-Sulu suatu masa dahulu. Suku Bajau menamakan Pulau Banggi sebagai Ba Ngie yang bererti tempat orang Bangie. gelaran Suku Bongi atau Banggi berasal dari dua orang suku orang asli dari pulau yang berbeza iaitu dari kelompok Negrito di Malaya dan dari suku orang asli di Palawan. Orang Bangingi telah melepaskan dua orang suku asli yang berbeza tempat asal ini dan akhirnya menjadi asal-usul suku Dusun Bonggi. Nama Banggi atau Bonggi berasal dari kata Bangi atau Bangingi.

Pulau Balambangan pula berasal dari kata Bahasa Bajau iaitu MA LIMBANGAN yang bererti pasangan atau gandingan yang merujuk kepada gandingan atau pasangan bagi Pulau Banggi.

Legenda Brunei pula menyebutkan Pulau Banggi sebagai PULAU TIANGGI dan menjadi salah satu wilayah jajahan Brunei ketika era Sultan Naragam Brunei.

Dalam tahun 2003 anggaran penduduknya ialah 20,000. Pulau Sebogoh yang merupakan sebahagian pulau-pulau kecil Pulau Banggi merupakan pulau yang paling hampir dengan sempadan Malaysia-Filipina.

Sebahagian mereka menjadi nelayan dan membina rumah air iaitu rumah bertiang kayu yang dibina di pantai landai lagi cetek.

Cara pergi ke sana: Anda boleh menyewa bot laju atau bot pancung dari Teluk Marudu atau dari Kudat.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]