Pulau Dobu

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pulau Dobu ialah pulau yang merupakan sebahagian Kepulauan D'Entrecasteaux di Papua New Guinea. Ia terletak di sebelah selatan Pulau Fergusson dan di sebelah utara Pulau Normanby pada 9°46′00″S 150°53′00″T / 9.7666667°S 150.8833333°T / -9.7666667; 150.8833333.

Orang Dobu pernah dijadikan perkara sebuah kajian antropologi yang sangat besar pengaruhnya. Dijalani oleh Reo Fortune, Fortune menyimpulkan ciri Dobu sebagai paranoid, terlalu memikirkan sihir, dan mempunyai sikap yang terlalu luar biasa terhadap seks dan keganasan. Pemeriannya diulang oleh Ruth Benedict dalam karya popularnya, Patterns of Culture ("Pola Budaya").

Bagaimanapun, banyak ahli antropologi yang kemudian ragu-ragu terhadap kesimpulan tersebut.[1] Analisis Fortune dicabar oleh Suzanne Kuehling dalam bukunya yang diterbitkan pada 2005 berjudul Dobu: Ethics of Exchange on a Massim Island, Papua New Guinea ("Dobu: Etika Pertukaran di Pulau Massim, Papua New Guinea). Khususnya, minat Kuehling tertumpu pada persilangan antara etika dan tingkah laku peribadi.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Ann Chowning, review of Fortune's Sorcerers of Dobu, American Anthropologist, New Series, Vol. 66, No. 2 (Apr., 1964), pp. 455-457
  • Benedict, Ruth. Patterns of Culture. New York: Houghton Mifflin, 1934.
  • Fortune, R. (1963). Sorcerers of Dobu: the social anthropology of the Dobu Islanders of the Western Pacific. London: Routledge and Kegan Paul.
  • Kuehling, S. (2005). Dobu: Ethics of Exchange on a Massim Island, Papua New Guinea. Honolulu: University of Hawaii Press.



Wiki letter w.svg

 Rencana ini merupakan rencana tunas. Anda boleh membantu Wikipedia dengan mengembangkannya.