Pulau Hong Kong
| Rencana ini tidak memetik apa-apa sumber atau rujukan. (August 2008) |
| Hong Kong Island | |
|---|---|
|
Lokasi di |
|
| Kawasan | |
| • Jumlah | 80.5 km2 (31.1 sq mi) |
| Populasi (2008) | |
| • Jumlah | 1,289,500 |
| • Kepadatan | 16,390/km2 (42,400/sq mi) |
| Zon waktu | Waktu Hong Kong (UTC+8) |
|
|
|||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Cina Tradisional: | 香港島 | ||||||||||||
|
|||||||||||||
Pulau Hong Kong (Cina Tradisional: 香港島) adalah sebuah pulau di bahagian selatan Hong Kong. Ia mempunyai bilangan penduduk seramai 1,289,500[1] dan kepadatan penduduknya ialah 16,390/km²[2], seperti pada 2008. Pulau ini ditawan oleh United Kingdom pada awal 1840, selepas itu Bandar Victoria didirikan di pulau ini. Kawasan Tengah pulau ini merupakan pusat sejarah, politik, dan ekonomi Hong Kong. Kawasan pantai utara pulau ini menjadi tebing selatan untuk Victoria Harbour, yang banyak menyumbang kepada pembangunan Hong Kong disebabkan oleh kedalamannya yang digemari oleh kapal-kapal perdagangan besar.
Banyak tempat yang paling terkenal di Hong Kong terletak di pulau ini, seperti "The Peak", Taman Lautan, banyak tempat bersejarah, dan juga pelbagai pusat membeli-belah yang besar. Banjaran gunung yang merentasi pulau ini juga terkenal untuk pengembaraan gunung.
Bahagian utara Pulau Hong Kong bersama dengan Kowloon membentuk kawasan urban teras Hong Kong. Jumlah keluasan kedua-duanya ialah kira-kira 88.3 km2 (34.5 sq. mi.) dan jumlah bilangan penduduk (bahagian utara pulau ini dan Kowloon) ialah kira-kira 3,156,500 orang, dengan ketumpatan penduduk 35,700/km² (91,500/sq. mi.).
Kadangkala pulau ini juga digelar oleh orang tempatan sebagai "sebelah Pulau" (dalam rujukan tertentu kepada sebelah selatan Victoria Harbour).
Isi kandungan |
Pentadbiran [sunting]
Daerah-daerah yang terletak di pulau ini:
- Daerah Tengah dan Barat
- Daerah Timur
- Daerah Selatan (Ap Lei Chau dan Ap Lei Pai are not directly connected with Hong Kong Island)
- Daerah Wan Chai
Nota: Pulau Hong Kong bukan sebahagian daripada Daerah Kepulauan.
Lihat juga [sunting]
- Hong Kong
- Pulau dan semenanjung di Hong Kong
- Taman negara dan pemeliharaan Hong Kong
- Queen's Road
- Des Voeux Road
- Connaught Road
Rujukan [sunting]
- ↑ Census and Statistics Department (2009). "Hong Kong Monthly Digest of Statistics". Hong Kong. p. 4. http://www.statistics.gov.hk/publication/feature_article/B70906FC2009XXXXB0100.pdf. Capaian 2009-08-31.
- ↑ {{{author}}}, Population and Vital Events, [[{{{publisher}}}]], 2008.
Pautan luar [sunting]
| Wikimedia Commons mempunyai media berkaitan: Pulau Hong Kong |