Pulau Kapalai

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Fail:Kapalai Sandbar.jpg
Pantai Pulau Kapalai

Kapalai adalah salah sebuah pulau percutian yang terkenal di Malaysia, ia lebih dikenali sebagai pulau resort Selam skuba.

Pulau Kapalai, hanya terletak 15 minit jauh perjalanan dari Pulau Sipadan, merupakan sebuah pulau terindahyang telah diterokai sejak 200 tahun yang lalu, namun kini ia lebih popular dengan kecantikan pasir pantainya yang putih bersih. Berikutan hakisan pasir pantai oleh ombak dan peningkatan aras laut yang semakin ketara, aras ketinggian pulau ini semakin lama dilihat semakin merosot, kini rumah perkampungan terapung hanya terletak diatas lebihan Terumbu Karang Ligitan sahaja. Semua bangunan dan resort yang dibina kini hanya mempunyai tiang pasak dibawah air sahaja.

Lokasi[sunting | sunting sumber]

Pulau Kapalai terletak kira-kira 2 jam perjalanan dari pantai timur daratan Pulau Borneo. Ini menyebabkan lokasi pulau ini jauh dari bunyi bising kota, tetapi pelancong yang hadir ke pulau ini akan dapat mendengar dan melihat pesawat dari Kota Kinabalu yang melintasi ruang udara pulau ini setiap sejam sekali untuk mendarat ke Lapangan Terbang Tawau.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]