Pulau Layang-Layang

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari


Pulau Layang-Layang
ڤولاو لايڠ٢
Geografi
[[Image:
Pulau Layang-Layang yang terletak di Laut China Selatan
Pulau Layang-Layang (Laut China Selatan)
|frameless|]]
Koordinat 7°22′20.00″U 113°50′30.00″T / 7.37222°U 113.84167°T / 7.37222; 113.84167Koordinat: 7°22′20.00″U 113°50′30.00″T / 7.37222°U 113.84167°T / 7.37222; 113.84167
Kepulauan Kepulauan Spratly
Luas 0.1 km2 (0.039 batu²)
Panjang 1.2 km (0.75 bt)
Lebar 0.02 km (0.012 bt)
Negara
Negeri Bendera Sabah Sabah

Pulau Layang-Layang atau Terumbu Layang-Layang (Inggeris: Swallow Reef, Cina: 弹丸礁, Danwan Jiao, Filipino: Celerio, Vietnam: Đá Hoa Lau) adalah sebuah pulau yang merupakan sebahagian daripada gugusan Kepulauan Spratly. Kerajaan Malaysia telah memantau pulau ini dan menegaskan bahawa pulau ini adalah kepunyaan Malaysia kerana kedudukannya yang berada berhampiran dengan Sabah. Pulau ini juga dituntut oleh negara Republik Rakyat China, Republik China (Taiwan), Filipina dan Vietnam.

Isi kandungan

[sunting] Kedudukan

Pulau ini merupakan tuntutan negara Malaysia terhadap sebahagian daripada pemilikan di Kepulauan Spratly kerana ia berdekatan dengan kawasan tanah. Setelah Kerajaan Malaysia mengisytiharkan terumbu-terumbu Pulau layang-Layang itu terletak dalam perairan zon ekonomi eksklusif Malaysia pada 20 September 1979, Kabinet Malaysia telah mengarahkan agar kajian dilakukan untuk mendirikan tugu dan penempatan di beberapa buah terumbu batu karang yang dalam wilayah negara. Hasil kajian telah melihatkan pembinaan tugu pertama terumbu Layang-Layang atau Stesen Lima telah didirikan pada 21 Jun 1980 dan pada Mei 1983, 18 anggota Pasukan Khas Laut (PASKAL) Tentera Laut Diraja Malaysia (TLDM) ditempatkan di Terumbu Layang-Layang.[1] Terumbu Layang-Layang terletak kira-kira 162 batu nautika atau sejam penerbangan dari Kota Kinabalu merupakan sebahagian daripada gugusan kepulauan Spratlys di Laut China Selatan, dengan empat lagi terumbu dikawal oleh TLDM iaitu Terumbu Ubi, Terumbu Mantanani, Terumbu Siput dan Terumbu Peninjau.

Kepulauan Spratlys menjadi rebutan beberapa negara seperti China, Vietnam, Filipina dan Brunei kerana dipercayai kaya dengan hasil semula jadi seperti fosforus, gas asli, minyak mentah dan pelbagai hasil marin.

[sunting] Pelancongan

Sebuah resort milik rakyat Malaysia telah beroperasi di situ selama beberapa tahun. Menurut Pegawai Pemerintah Terumbu Layang-Layang Leftenan Mohd Khairulislah Ahmad (TLDM), sejak Layang-Layang Resort dibuka sehinggalah tahun 2006, statistik kehadiran pelancong yang datang melawat pulau tersebut seramai 1,457 orang, kebanyakannya dari Jepun, Perancis, Korea Selatan dan China. Cara untuk sampai di Pulau Layang-Layang ialah melalui kapal terbang. Penerbangan dari Kota Kinabalu mengambil masa kira-kira satu jam.

[sunting] Geografi

Pulau Layang-Layang terletak 165 batu nautika dari barat laut Kota Kinabalu (dalam lingkungan 200 km zon eksklusif) di Laut China Selatan. Pulau ini timbul hampir 2000 meter dari dasar laut. Berukuran sepanjang 1.2 km dan selebar 200 meter, pulau berbentuk bujur ini amat menarik dengan pelbagai pemandangan dasar laut yang mengagumkan, kepelbagaian batu karang dan ikan terumbu, termasuk haiwan laut dalam (pelagik) yang menjadi daya tarikan kepada para penyelam. Pulau Layang-Layang juga menjadi tempat perlindungan kepada beribu-ribu ekor burung berpindah.

[sunting] Iklim

Terletak berdekatan dengan jalur khatulistiwa, Pulau Layang-Layang mengalami iklim khatulistiwa (iklim hutan hujan tropika). Pada bulan November hingga Januari, kawasan pulau ditutup kepada pelancong kerana ketika itu musim hujan lebat atau musim tengkujuh berlaku. Julat suhunya ialah 24 hingga 32°C. Walaupun mengalami cuaca panas dan hujan setiap tahun, bayu laut sering mendinginkan kawasan pulau.

[sunting] Rujukan

[sunting] Pautan luar

Wikitravel   Layang Layang - Panduan pelancongan daripada Wikitravel.

Alatan peribadi
Ruang nama

Kelainan
Tindakan
Pandu arah
Perhubungan
Cetak/eksport
Alatan
Bahasa lain