Pulau Melaka, Melaka
Pulau Melaka merupakan sebuah pulau buatan yang terletak di negeri Melaka, Malaysia. Di sini terdapat sebuah masjid yang dinamakan Masjid Selat. Namun, kebanyakan kedai-kedai di sini kelihatan terbengkalai dan tidak berpenghuni. Terdapat sebuah jambatan yang dihubungkan dengan daratan dari Melaka Raya.
[sunting] Kota Arab
Pada 23 April 2009, Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali Rustam menyatakan sebahagian tanah di Pulau Melaka dipajak kepada pelabur Arab selama 99 tahun. Selepas tempoh itu, tanah ini akan menjadi milik kerajaan negeri Melaka semula. Pada 25 Februari 2009, Syarikat Golden Corporate Heritage Sdn Bhd membayar RM5.778 juta bagi tanah seluas lima hektar dalam tempoh enam tahun dan menyerahkan 10 peratus saham syarikat kepada kerajaan negeri Melakauntuk pembangunan tanah kerajaan di atas Lot 100, Pulau Melaka bagi pembinaan Kota Arab.[1]
[sunting] Rujukan
- De Witt, Dennis (2010). Melaka from the Top, Malaysia: Nutmeg Publishing. ISBN 9789834351922.
Ralat petik: Tag <ref> ada tetapi tag <references/> tidak disertakan