Pulau Pangkor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pulau Pangkor terletak di negeri Perak, di perairan Selat Melaka. Luasnya cuma 2,200 hektar dan penduduknya berjumlah kira-kira 25,000 orang. Pulau Pangkor merupakan salah satu destinasi pelancongan utama di Malaysia.

Pulau Pangkor merupakan sebuah pulau tropika yang menawan dan memiliki beberapa tempat tarikan pelancong yang menarik. Diantara tempat yang menjadi tumpuan pelancong adalah:-

Kubu Belanda
Tokong Fu Ling Kong
  1. Kota Belanda
  2. Batu bersurat
  3. Pantai Puteri Dewi
  4. Pantai Pasir Bogak
  5. Teluk Nipah

Pulau Pangkor boleh dijelajahi dengan berjalan kaki atau menggunakan kenderaan dan laut hangat di sekelilingnya sesuai untuk aktiviti laut seperti berenang, snorkling, berkayak, dan memancing.

Pelancong juga boleh menaiki bot untuk pergi ke Pulau Pangkor laut yang dimiliki oleh orang persendirian, di mana terdapat peranginan Pangkor laut, sebuah tempat peranginan kecil mewah.

Gugusan Pulau Pangkor[sunting | sunting sumber]

Cara ke sana[sunting | sunting sumber]

Jeti ke Pulau Pangkor.

Penduduk[sunting | sunting sumber]

  • 1999: terdapat seramai 6,260 orang penduduk tetap, 2,992 orang penduduk yang datang bekerja di pulau itu dan 568,248 orang pelancong.
  • 2015: dijangka penduduk tetap akan meningkat kepada 8,330 orang manakala penduduk yang datang kerana bekerja seramai 4,664 orang sementara pelancong pula menjangkau angka 1.7 juta orang.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Pulau Pangkor terkenal sejak sekian lama .

Tempat-tempat menarik[sunting | sunting sumber]

Masjid[sunting | sunting sumber]

Draf Perancangan[sunting | sunting sumber]

Draf Rancangan Tempatan Pulau Pangkor (DRTPP) itu dilaksanakan mengikut Seksyen 12 (1) Akta Perancangan Bandar dan Desa 1976.

Zon Pembangunan[sunting | sunting sumber]

  • zon pembangunan pelancongan
  • zon pengekalan
  • zon pembangunan terhad
  • zon pelancongan budaya
  • zon pembangunan bercampur
  • lapangan terbang
  • sungai/laut
  • jalan raya, trek pejalan kaki dan kontor.

Lima Kawasan Perancangan[sunting | sunting sumber]

Kawasan Rancangan Tempatan Pulau Pangkor meliputi lima blok perancangan iaitu :

  • Teluk Dalam
  • Teluk Cempedak
  • Sungai Pinang
  • Teluk Segadas
  • Pangkor Laut.

Guna tanah[sunting | sunting sumber]

Hanya 30% daripada kawasan DRTPP akan dimajukan menjelang tahun 2015 dan selebihnya dikekalkan sebagai kawasan hutan simpan.

  • perdagangan dan pelancongan 14.35%
  • perumahan 11.09%,
  • Pembangunan perdagangan termasuk rumah kedai, pejabat, kompleks perdagangan, pusat makanan dan gerai.
  • Pembangunan pelancongan termasuk hotel, chalet, rumah tumpangan, kedai cenderamata dan sebagainya .

Kemudahan awam[sunting | sunting sumber]

  • Di Teluk Dalam akan dibina pondok polis, perumahan kakitangan kerajaan dan pusat penerangan pelancongan. Teluk Dalam sebagai Bandar Marina.
  • Di Sungai Pinang akan dibina pejabat penghulu, perpustakaan dan hospital.
  • Teluk Nipah dimajukan sebagai Pusat Perkhidmatan Baru

Komponen-komponen yang akan dimajukan di kedua-dua kawasan ini termasuklah kawasan perniagaan, pusat kebudayaan, kraftangan, hotel, pusat persidangan, pusat pameran maritim dan sebagainya.

  • Hutan Simpan Pulau Pangkor - dimajukan sebagai eko-pelancongan dan hutan lipur. Diadakan pusat maklumat, rintis hutan iaitu taman tumbuh-tumbuhan dan herba. Kemudahan di hutan lipur seperti trek pejalan kaki, titi gantung, menara pandang, kemudahan berehat, musalla, tandas awam, papan penamaan pokok dan sebagainya akan dimajukan.
  • Teluk Chempedak dijadikan pusat kraftangan, hasilan laut, makanan ringan serta produk pelancongan yang diusahakan secara kecil-kecilan. Perusahaan membaik pulih bot nelayan dan kapal.

Lawatan Raja Nazrin Shah[sunting | sunting sumber]

Pada 19 Februari 2010, Raja Muda Perak Raja Dr Nazrin Shah telah melawat ke Pulau Pangkor bersama Raja Puan Besar Perak Tuanku Zara Salim Davidson. Baginda pergi ke Sekolah Kebangsaan Sri Pangkor di Kampung Masjid dan sembahyang di Masjid Teluk Raja Bayang dan menghadiri majlis sambutan Tahun Baru Cina di Dataran Pangkor.

Turut serta ialah Mufti Negeri Perak Tan Sri Harussani Zakaria , Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Kong Cho Ha dan Menteri Besar Perak Datuk Seri Dr Zambry Abdul Kadir.

Galeri[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]