Pulau Payar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Pulau Payar merupakan salah satu daripada pulau-pulau yang terdapat di Kedah di kawasan perairan Selat Melaka.

Cara ke sana[sunting | sunting sumber]

Taman Laut Pulau Payar terletak di perairan Kedah yang boleh dikunjungi melalui tiga cara iaitu dari Kuala Kedah, Pulau Langkawi atau Pulau Pinang. Jika anda berada di Alor Star, lebih baik menaiki bot dari jeti Kuala Kedah berhampiran Marina Kuala Kedah (kira-kira 30 minit menaiki bot laju).

Anda boleh menaiki bot laju 250 kuasa kuda mengambil masa kira-kira setengah jam untuk tiba ke Pulau Payar.

Ciri-ciri fizikal[sunting | sunting sumber]

Taman laut ini terdiri daripada empat pulau iaitu Pulau Payar[1], Pulau Kaca, Pulau Lembu dan Pulau Segantang. Pemandangan pulau ini memang cantik dan asli. Bongkah batu di pinggir pantai bagai disusun rapi, pasirnya putih bersih dan airnya sangat jernih hinggakan belang pada badan anak ikan boleh dilihat dengan jelas. Setiap bulan seramai 10,000 pengunjung datang ke sini.

Keistimewaan[sunting | sunting sumber]

  • Ikan pelbagai bentuk dan warna seperti merah, biru dan hijau, ikan berwarna jingga pun ada. Paling menarik ialah ikan bayan (warnanya seperti burung bayan), yang besar dan berenang tenang. Gigitan halus ikan-ikan cantik yang berebut roti terasa-rasa di tangan.
  • Petugas taman laut memberi makan ikan alu-alu atau baracuda yang datang dalam kumpulan kira-kira 20 ekor. Saiznya dianggarkan melebihi satu meter panjang.
  • Pusat pembiakan dan pengembangan semula jadi beberapa spesies marin.

Tukun Tiruan[sunting | sunting sumber]

Ada lima jenis tukun ditenggelamkan di sini untuk pembiakan spesies laut yang berbeza:

  • Tayar
  • Polivinil klorida (PVC)
  • Konkrit
  • Bot buruk
  • Seramik

Tukun paip seramik amat sesuai untuk pembiakan udang karang manakala tukun bot yang diletakkan di Pulau Kaca pada kedalaman 21 hingga 24 meter menjadi tempat bermain ikan yang lebih besar. Menariknya, setiap tukun diletakkan di lokasi yang berbeza dan ia boleh dilawati.

Jika ingin melawat batu karang juga boleh mengunjungi Taman Karang yang terletak di hujung Pulau Payar. Batu karang di sini adalah karang lembut yang tumbuh setempat atau berkoloni pada batu pada kedalaman sehingga 18.3 meter. Uniknya, karang ini tiada rangka berkapur yang keras. Karang seperti Scleratis mempunyai pelbagai bentuk dengan warna bergemerlapan.

Kemudahan yang ada[sunting | sunting sumber]

  • Jeti yang memudahkan pelawat turun dan naik bot pelancong.
  • Ada ada 12 chalet unik berbentuk bola tetapi ia hanya dibuka untuk kegunaan pada siang hari saja. Kebanyakan pengunjung balik hari kerana di sini bukan saja tiada restoran, tempat bermalam dan sumber air tawar.
  • Terdapat 183 anak tangga tersedia untuk didaki bermula di Pantai Teluk Wangi. Namun, tarikan hidupan aktif yang berwarna-warni di laut lebih kuat.
  • Pelantar yang dibina di sepanjang tepi pantai.
  • Tiga wakaf atau gazebo untuk menjamah bekalan yang dibawa atau duduk santai menikmati keindahan alam.

Peraturan[sunting | sunting sumber]

Taman Laut Negeri Kedah, pengurusan Taman Laut Pulau Payar mengenakan peraturan ketat:

  • Setiap sampah yang dibawa masuk hendaklah dibawa balik.
  • Pengunjung perlu membawa bekalan sendiri.
  • Selepas makan, jangan lupa masukkan semula semua sampah dalam beg untuk di bawa pulang bagi mengelakkan pencemaran taman laut.
  • Sebarang aktiviti memancing dalam perairan 2.7 batu nautika akan dikenakan tindakan undang-undang.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]