Pulau Singa Besar

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Pulau Singa Besar
Ralat Lua pada baris 425 di Modul:Location_map: No value was provided for longitude.
Geografi
Koordinat6°12′28″N 99°43′45″E / 6.20778°N 99.72917°E / 6.20778; 99.72917
Luas636 he (1,570 ekar)
Aras tertinggi112 m (367 ft)
Pentadbiran
Negeri Kedah
DaerahLangkawi

Pulau Singa Besar ialah sebuah pulau tidak berpenghuni di selatan Pulau Langkawi. Pulau ini berkeluasan 636 hektar dan menempatkan Hutan Rizab Pulau Singa Besar. Pulau ini tidak pernah diterokai bagi memelihara habitat tumbuhan dan haiwan yang berada di pulau itu.[1]

Geografi[sunting | sunting sumber]

Pulau Singa Besar terdiri daripada kawasan hutan tebal yang tidak diterokai. Pulau ini juga mempunyai tiga tanjung iaitu Tanjung Pekula, Tanjung Pak Kahar dan Tanjung Genting. Terdapat juga empat teluk di sekeliling pulau ini iaitu Teluk Sepai, Teluk Pak Kahar, Teluk Ketapang dan Teluk Botol. Antara pulau berdekatan termasuklah Pulau Beras Basah yang dipisahkan dengan Selat Simpang Tiga, Pulau Singa Kechil, Pulau Jong, Pulau Batu Merah, Pulau Kukus dan Pulau Chupak.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ a b "Pulau Singa Besar, Malaysia". www.geonames.org. Dicapai pada 2023-12-16.