Pulau Upeh

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Pulau Upeh terletak di Selat Melaka, berhadapan dengan negeri Melaka, Malaysia.

Ketua Menteri Melaka Datuk Seri Mohd Ali bin Mohd Rustam mengumumkan bahawa Pulau Upeh, kawasan pantai penetasan utama penyu karah akan dibangunkan.

Bantahan WWF[sunting | sunting sumber]

Pada 27 Julai 2009, Pengarah Eksekutif dan Ketua Pegawai Eksekutif WWF Malaysia, Datuk Dr Dionysius S.K. Sharma membantah usaha untuk membangunakan Pulau Upeh.Sebarang penambakan tanah di atas atau berhampiran dengan pulau akan memberikan kesan yang tidak baik kepada penyu. Pemuliharaan penyu karah di Pulau Upeh bergantung pada perlindungan undang-undang di seluruh pulau.[1]