Pusat Ibadat Semenyih

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Masjid Raja Muda Musa, Semenyih[sunting | sunting sumber]

Masjid dan surau adalajh tempat orang Islam sembahyang. Terdapat lima buah masjid di Semenyih iaitu :

  • 1. Masjid Raja Muda Musa, Pekan Semenyih
  • 2. Masjid Kampung Pasir
  • 3. Masjid Rinching Hilir
  • 4. Masjid Batu Tiga
  • 5. Masjid Rinching Hulu

Surau juga terdapat di setiap kampung. Ia merupakan tempat pertemuan bagi orang Islam terutama sekali pada waktu maghrib dan Isya.

Bangunan baru Masjid Raja Muda Musa Semenyih telah dibina pada tahun 1964. Pembinaan masjid ini dibina melalui derma dan sumbangan kerajaan pusat melalui wakil Parlimen Shariff Ahmad.

Jawatankuasa masjid yang awal ialah :

  • Imam Ustaz Osman Abdul Ghani
  • Bilal En Sari b. Hassan Rahmat
  • Siak En Muhamad Ismail

Mesyuarat Agung diadakan setiap 3 tahun sekali.

Tokong Cina Xian Shi Ye Guan[sunting | sunting sumber]

Tokong adalah tempat sembahyang orang berugama Buddha. Terdapat sekurang-kurangnya tiga buah tokong di Kampung Baru Jaya.

Dalam tokong ini terdapat pelbagai patung tuhan / dewa seperti kuan Yin dan kuan Tai Yin. Tersapat juga patung Sin Ming Lee dan rakan disebelahnya.

Sin Ming Lee berani dan cerdik. Lahir di China dan n berhijrah ke Malaysia. Tujuannya untuk menyara keperluan keluarga yang miskin dan melarat di China. Bekerja keras sebagai pelombong. Yap Ah loy dari Kuala Lumpur datang ke lombong Semenyih. Diapatinya Sin Ming Lee dan rakan-rakan sangat cekap dan pintar dalam menjalankan kerja-kerja perlombongan bijih timah. Lalu dilantik sebagai penantu kapitan.

Penjahat dengkit dan tak puas hati dengan ketegasan Sin Ming Lee. Lalu Sin Ming Lee dan rakan-rakan dibunuh. Tapi darahnya dilihat berwarna putih. Darah putih menunjukkan tidak melakukan kesalahan dan berada di pihak yang benar , dewa yang baik hati. Untuk kenang jasanya , dibina patung tokong Cina. Usianya seratus tahun.

1963 pembinaan jalan raya dari kauala Lumpur ke Seremban dan melibatkan tapak tokong ini. Maka pada 29 September 1963, dipindahkan dan bangunan baru didirikan serta dirasmikan.

Mereka yang datang ke sini untuk menghalau hantu-hantu khususnya yang berkaitan dengan perniagaan. Dirayakan setiap 10 tahun sekali. Kemudian ditukar kepada 5 tahun sekali. 1987, kutipan derma untuk kubur sin Mibn Lee. Kutipan dilakukan oleh Lee Choon Nyen, Wong Yee, Pang Yu, Liua Foon Swe, Liow Kon Loong, Lock Fatt dan Lock Choy. Kubur dan tulang-temulang di Melaka dipindahkan ke Batu 19, Jalan Kajang. RM 37,000 diperlukan untuk bangunan kubur.

Antara kegiatan yang dilakukan di tokong ini ialah :

  • 1. pementasan opera Cina
  • 2. Nyanyian dan lagu Cina
  • 3. Kutipan derma
  • 4. Anugerah kepada pelajar cemerlang di Sekolah Sin Min dan Sekolah Sin Chun.

Kuil Seri Subramaniam[sunting | sunting sumber]

Kuil dibina bagi orang India yang beragama Hindu bersembahyang. Kebanyakan dibina berhampiran dengan kawasan ladang. Kuil hindu terdapat di :

  • 1. Pekan Semenyih
  • 2. Ladang Semenyih
  • 3. Kampung Rinching Tengah
  • 4. Sekolah Tamil Ladang Rinching
  • 5. Kampung Sireh

Kuil Seri Subramaniam adalah satu-satunya kuil yang rasmi. Kerja pembinaan dikatakan sejak 1968 lagi.

Encik Rasu orang pertama dilantik untuk menguruskan pembinaan kuil tapi gagal mendapatkan tanah yang sesuai.

Kemudian Encik Ponnusamy dipilih hasil mesyuarat di sekolah rendah .Cikgu N Ponnusamy dilantik sebagai ketua MIC Semenyih. Penghulu Semenyih turut hadir dalam mesyuarat tersebut . Masalah tapak yang sesuai dibangkitkan. Penghulu berjanji membantu mencari tapak yang sesuai.

Duit diperlukan RM30,000. Wakil rakyat menyumbang RM 2000. Tan Seri Dato Lee Siok Yew beri sumbangan RM1000.00 . Kerajaan melalui wakil rakyat Semenyih Pn Salmah memberi sumbangan RM24,000.00 . Mula dibina pada 24.12.1976 oleh kontraktor U. Mahalinggam dan Rakan-rakan daripada Pajam. Pembinaan kuil tergendala beberapa kali.

Patung-patung daripada N. Arumugam dari Ipoh. Patung dibawa dari india. Siap 20 .11.1977. Bangunan tambahan yang baru diirasmikan oleh Tun Sambanthan .

Jawatankuasa kuil ialah Encik Subramaniam, D Ayasamy dan En Karupaya.

1989 sebahagian bangunan dirobohkan untuk dibina bangunan tambahan yang baru.

Ada 3 patung iatu Virayagan , Murugan dan Amuran. Di luar ada 4 patung iaitu Vinagan , Muniandy dan Nayagaran. Sekiranya penganut agama Hindu ingin dapatkan anak ( mandul ) , mereka akan memuja di sini.

Di kuil ini turut diadakan :

  • 1. majlis sembahyang
  • 2. perkahwinan
  • 3. perayaan-perayaan agama Hndu.
  • 4. kelas tambahan kelas nyanyian
  • 5. kelas tarian klasik india.

Gereja Lutheran Semenyih[sunting | sunting sumber]

Gereja pula adalah pusat kegiatan agama Kristian. Terdapat dua buah gereja di Semenyih yang mempunyai bangunan khusus , iaitu di :

  • 1. Gereja Ladang Semenyih
  • 2. Gereja Lutheran Kampung Baru Jaya.

Gereja Lutheran Semenyih dibina pada tahun 1955-1956 dengan keluasan 9000 kaki persegi. Dibiayai oleh Majlis Gereja Eropah. Paeri-paderi yang lari dari perang atau kekacauan di China 1950-an -1940an. Ahlinya seramai 70-80 orang. Hampir kesemuanya orang Cina. Gereja in turut menyediakan tadika iaitu Lutheran Kindergarten Semenyih mulai tahun 1957.

Acara yang diadakan di gereja ini ialah sembahyang, nyanyian dan sesi bercerita. Gereja ini menampung 150 orangh. Sumbangan kepada orang tua diberikan sermasa sambutan krismas. Kelas tuisyen percuma pernah diasakan . Sebuah bangunan tambahan dibina pada tahun 1980. Paderi dan pengetua tadika ini ialah Pastor Lee. Kutipan yuran bulanan dikutip daripada setiap ahli.