Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Puspakom)
Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer Sdn Bhd
Jenis/bentuk sahSendirian Berhad
IndustriPemeriksaan kenderaan
Ditubuhkan1994
Ibu pejabatGlenmarie, Shah Alam,
Kuala Lumpur
Tokoh pentingDatuk Haji Abdul Rahman bin Mohd Ramli (Pengerusi)
Tapak webPuspakom Sdn Bhd
sunting · sunting di Wikidata
Lihat pendokumenan templat ini
Lihat pendokumenan templat ini

Pusat Pemeriksaan Kenderaan Berkomputer (PUSPAKOM) ialah syarikat pemeriksaan kenderaan berkomputer yang ditubuhkan pada 1994, Puspakom di bawah (DRB-HICOM), di bawah Syarikat Persendirian perkhidmatan Puspakom kepada Kumpulan DRB-HICOM agar perkhidmatannya lebih menarik dan berdaya saing.DRB-HICOM adalah syarikat yang tersenarai di bursa saham.

Antara tujuan penubuhannya ialah memeriksaan kenderaan lama dan baru, kereta import memenuhi piawai keselamatan yang ditetapkan. Pemilik kenderaan akan dikenakan caj tertentu dengan kadar yang sesuai.

Pengarah Urusan Kumpulan DRB-Hicom Datuk Seri Mohd Khamil Jamil menyatakan Puspakom mempunyai 50 cawangan tetap dan 21 cawangan berjadual di seluruh Malaysia. Pemilik kenderaan lama hendaklah ke Puspakom untuk membuat pemeriksaan berkala bagi memastikan kenderaan mereka benar-benar selamat digunakan.[1]

Kontroversi[sunting | sunting sumber]

  1. Puspakom sebagai agensi swasta dihantui persepsi rasuah kerana mudah terdedah diberi rasuah oleh pemilik bas sekolah, bas ekspres, bas awam, lori dan lain-lain kenderaan. Sekiranya pemilik kenderaan tidak mendapat permit pengesahan daripada Puspakom, aktiviti perniagaan mereka tidak boleh dijalankan dan akan disaman oleh JPJ dan polis.
  2. Kerajaan membatalkan peraturan pemeriksaan kereta berusia 15 tahun kerana mendapat bantahan ramai. Kos penyelenggaraan akan meningkat jika syarat itu dikuatkuasakan. Syarat itu tidak mesra orang kampung di pedalaman dan di Felda yang kurang berkemampuan. Kenderaan lama lebih 15 tahun hendaklah dilupuskan atau mendapat kelulusan Puspakom. Bank enggan memberi pinjaman mudah untuk membeli kenderaan baru. Mereka yang bekerja di syarikat swasta dan bekerja sendiri tidak layak meminjam. oleh itu mereka beralih kepada pinjaman along.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]