Putera Harry dari Wales
Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Putera Henry dari Wales)
| Putera Harry | |
|---|---|
| Putera Henry dari Wales | |
![]() |
|
| Putera Harry bersama kakandanya Putera William dalam potret rasmi untuk hari ulangtahun William ke-21 | |
| Nama penuh | |
| Henry Charles Albert David Mountbatten-Windsor | |
| Gelaran | |
| HRH Prince Henry of Wales | |
| Kerabat diRaja | House of Windsor |
| Bapa | Charles, Putera dari Wales |
| Ibu | Diana, Puteri dari Wales |
| Lahir | 15 September 1984 Hospital St Mary, London |
| Dibaptiskan | 21 Disember 1984 Gereja St. George, Windsor |
| Pekerjaan | Tentera- Kornet, Blues and Royals |
Putera Harry dari Wales (Henry Charles Albert David Mountbatten-Windsor; dilahirkan pada September 15, 1984; lebih dikenali sebagai Putera Harry) ialah merupakan putera kedua Charles, Putera dari Wales dan isteri pertamanya, mendiang Diana, Puteri dari Wales. Baginda merupakan orang ketiga dalam baris pengganti takhta British dan juga dalam baris pengganti takhta Commonwealth Realm, di belakang bapanya, dan kakandanya, Putera William dari Wales. Baginda merupakan cucunda kepada Permaisuri Elizabeth II. Putera Harry merupakan tentera berpangkat Kornet dalam Regimen Blues and Royals dari Pasukan Pengawal Berkuda Tentera British.
