Putera Hisahito

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Putera Hisahito dengan bondanya, Puteri Kiko

Yang Amat Mulia Diraja Putera Hisahito dari Akishino (B. Jepun: 秋篠宮悠仁親王 Akishino no miya Hisahito shinnō), lahir 6 September 2006, merupakan anak ketiga kepada Putera dan Puteri Akishino, dan merupakan anak lelaki yang pertama.[1][2] Beliau telah dilahirkan di sebuah klinik swasta di Tokyo. Mengikut urutan anggota keluarga diraja yang terkini, dia berada di barisan ketiga untuk menaiki takhta sebagai Maharaja Jepun. Hal ini disebabkan Parlimen Jepun masih belum memutuskan sama ada akan menggubal peraturan baru bagi membenarkan seorang perempuan, iaitu anak tunggal Putera Makhota Naruhito, Puteri Aiko menaiki takhta.

Putera Hisahito mempunyai dua orang kakak, Puteri Mako dari Akishino (lahir 23 Oktober 1991) dan Puteri Kako dari Akishino (lahir 29 Disember 1994).

Kelahiran[sunting | sunting sumber]

Beliau dilahirkan pada 8:27 a.m. (2327 GMT) dan beratnya ialah 2556 g (5 lb 10 oz). Namanya mempunyai maksud "ketenangan dan ukuran moral tertinggi, menurut Agensi Anggota Diraja. Namanya dipilih oleh ayahandanya yang juga meletakkan sejenis kotak kayu di tepi bantal anaknya. Kotak yang diperbuat daripada kayu paulownia itu berisi nama Hisahito yang ditulis tangan pada sekeping kertas wasyi Jepun.


Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. "Japan princess gives birth to boy". BBC News. 2006-09-06. Diperoleh pada 2006-09-05. 
  2. Walsh, Bryan (2006-09-05). "Japan Celebrates: It's a Boy!". Time. Diperoleh pada 2006-09-05. .

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Didahului oleh
Putera Akishino
Barisan takhta diraja Jepun Diikuti oleh:
Putera Hitachi