Putera Nadher Amarhan

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Junior Eldstål
Maklumat peribadi
Nama penuh Junior Eldstål
Tarikh lahir 16 September 1991 (23 tahun)
Tempat lahir Kota Kinabalu, Sabah
Tinggi 1.87 m (6 ka 1+58 in)
Posisi permainan Pemain pertahanan tengah
Maklumat kelab
Kelab terkini Sarawak FA
Nombor 15
Kerjaya remaja
2004–2007 Aldershot Town F.C.
2008–2011 Farnborough F.C.
Kerjaya senior*
Tahun Pasukan Kmncln (Gol)
2011–2012 Slimbridge F.C. 11 (2)
2013– Sarawak FA 45 (1)
Pasukan kebangsaan
2013– Malaysia B-23 3 (1)
2013– Malaysia XI 3 (0)
* Kemunculan kelab senior dan gol dikira untuk liga tempatan sahaja dan betul sehingga 17 Oktober 2013.

† Kemunculan (Gol).

‡ Kaps pasukan kebangsaan dan gol betul sehingga 2 November 2013

Putera Nadher Amarhan atau nama lain ialah Junior Eldstål (lahir pada 16 September 1991) adalah seorang pemain bola sepak kacukan Sweden yang lahir di Malaysia, beliau sekarang bermain untuk pasukan Sarawak FA sebagai pemain pertahanan tengah dan juga bagi pasukan bola sepak kebangsaan Malaysia.

Kehidupan peribadi[sunting | sunting sumber]

Dilahrkan di Kota Kinabalu, Sabah, Malaysia, Keluarga Eldstål berpindah ke Sweden apabila usianya 2 tahun, kemudian ke England apabila usianya 4 tahun, England [1]

Nama rasmi beliau ialah Putera Nadher Amarhan, namun beliau mahu menukarnya menjadi Junior Eldstål kerana itulah nama rasmi beliau di Sweden dan juga di England. Beliau juga mahu mengelakkan salah anggapan bahawa beliau seorang Muslim, sedangkan sebenarnya beragama Kristian.[2]. Sebelum ini beliau memegang pasport Sweden (kerana ayah beliau adalah warganegara Sweden), namun mengambil keputusan untuk menjadi Warganegara Malaysia, kerana ibunya berasal dari Sabah.

Kerjaya[sunting | sunting sumber]

Malaysia XI[sunting | sunting sumber]

Pada bulan Julai 2013, Junior Eldstal dipanggil untuk menyertai Skuad Harimau Muda A untuk Sukan Universiti Dunia di Kazan, tetapi disebabkan beberapa isu teknikal beliau tidak dibenarkan untuk mendaftar pada kejohanan itu. Pada 11 Julai 2013, Eldstal telah dinamakan dalam skuad senior buat pertama kali di senarai pendek 23 pemain untuk perlawanan persahabatan Julai yang akan datang menentang Chonburi FC pada 16 Julai 2013 oleh K. Rajagopal. Beliau kemudiannya menerima panggilan untuk perlawanan menentang Chelsea F.C. dan FC Barcelona.

Malaysia B-23[sunting | sunting sumber]

Pada 7 September 2013, Junior memperoleh cap yang pertama di bawah-23, dalam perlawanan menentang Singapura B-23 dan menjaringkan gol pertamanya untuk skuad pada 14 September 2013 di perlawanan akhir Pestabola Merdeka 2013 menentang Myanmar B-23 dan Malaysia muncul sebagai juara Pestabola Merdeka 2013 selepas menewaskan Myanmar 2-0 di Stadium Darul Makmur, gol kedua dijaringkan oleh Junior di minit ke-90. [3]

Kelab[sunting | sunting sumber]

Sarawak FA

Antarabangsa[sunting | sunting sumber]

Malaysia bawah-23

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]