Philippe dari Belgium

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Putera Philippe)
Lompat ke: pandu arah, cari
Philippe
Raja Belgium
Tempoh pemerintahan 21 July 2013 – kini
Didahului oleh Albert II
Bakal ratu Elisabeth
Perdana Menteri Templat:List collapsed
Pasangan Mathilde d'Udekem d'Acoz
Putera-puteri
Puteri Elisabeth
Putera Gabriel
Putera Emmanuel
Puteri Eléonore
Nama penuh
Philippe Léopold Louis Marie
Filips Leopold Lodewijk Maria
Keluarga diraja Kerabat Saxe-Coburg dan Gotha
Ayahanda Albert II dari Belgium
Bonda Paola Ruffo di Calabria
Tandatangan Tandatangan Philippe dari Belgium
Agama Roman Katolik
Keluarga Diraja Belgium
Great Coat of Arms of Belgium.svg

Tuanku Raja
Tuanku Permaisuri


HM Raja Albert II
HM Permaisuri Paola


HM Ratu Fabiola
HRH Puteri Léa
HRH Puteri Marie-Christine
HRH Puteri Marie-Esméralda


Philippe (Bahasa Perancis: Philippe Léopold Louis Marie, Bahasa Belanda: Filip(s) Leopold Lodewijk Maria, Bahasa Jerman: Philipp Leopold Ludwig Maria; lahir 15 April 1960) ialah Raja Belgium kini, telah menaiki takhta pada 21 Julai 2013. Baginda merupakan anak sulung Raja Albert II, yang baginda warisi selepas ayahandanya makzul atas sebab kesihatan, dan Permaisuri Paola. Baginda telah berkahwin dengan Countess Mathilde d'Udekem d'Acoz (kini Permaisuri Mathilde) pada 1999, dan mereka kini mempunyai empat orang putera-puteri. Puteri sulung Raja Philippe, Puteri Elisabeth, ialah waris sah baginda.[1]

Perdagangan asing[sunting | sunting sumber]

Putera Philippe telah menjadi pengerusi kehormat Persatuan Perdagangan Asing Belgium pada 6 Ogos 1993. Atas kapasiti ini, baginda telah mengetuai lebih 60 misi ekonomi negaranya, termasuk ke Malaysia.

Baginda diiringi isterinya Puteri Mathilde melakukan lawatan rasmi ke Malaysia pada 24 Feb 2002. Beliau disambut di KLIA oleh Timbalan Menteri Luar Datuk Dr Leo Michael Toyad dan Timbalan Menteri di Jabatan Perdana Menteri Tengku Datuk Seri Tengku Azlan Ibni Sultan Abu Bakar selaku Menteri Pengiring. Menteri Negara bagi Hal Ehwal Luar Belgium, Puan Annemie Neyts-Uyttebroeck mengetuai delegasi 130 orang anggota itu yang terdiri daripada 20 pegawai, 80 ahli perniagaan serta 25 wartawan.[2]

Putera Philippe dan Neyts-Uyttebroeck menemui Yang di-Pertuan Agong Tuanku Syed Sirajuddin Syed Putra Jamalulail dan Sultan Perak Sultan Azlan Muhibbuddin Shah. Putera Philippe dan Puteri Mathilde juga telah melawat Kolej Melayu Kuala Kangsar. Mereka juga mengadakan pertemuan dengan Timbalan Perdana Menteri Datuk Seri Abdullah bin Ahmad Badawi dan Menteri Perdagangan Antarabangsa dan Perindustrian Datuk Seri Rafidah Aziz.

Belgium mencari pasaran baru di rantau Asia memandangkan pada masa ini 76 peratus perdagangan mereka adalah dengan Kesatuan Eropah.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. AFP. "Raja Philippe ganti Albert II". Dicapai pada 24 Julai 2013. 
  2. Bernama. "Putera Belgium turut hadir", 14/02/2002. Dicapai pada 23 Julai 2012. 
  3. "Belgium, Malaysia bincang pasaran ekonomi", 23 Februari 2002. Dicapai pada 23 Julai 2012. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]