Puteri (siri TV)

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Puteri
GenreDrama, Komedi
Dibintangi oleh
Nora Danish
Kanchana Devi Segeran
A. R. Badul
Beego
Lagu pembukaanCinta oleh Amy Mastura (sejak musim ke-4)
Sha Na Na oleh Amy Mastura (musim pertama hingga ke-3)
Negara asalMalaysia Malaysia
BahasaBahasa Melayu
Bilangan musim9
Penerbitan
Penerbit eksekutifAziz M. Osman
PenerbitNor Aliah Lee
Penyiaran
Saluran asalTV3
Siaran asal7 Januari 2005 – 2008

Puteri ialah sebuah siri sitkom yang diterbitkan oleh Ace Motion Pictures. Siri arahan Aziz M. Osman ini disiarkan di TV3 setiap hari Rabu jam 10:00 malam. Siri televisyen ini berasaskan filem Puteri Impian dan Puteri Impian 2 yang juga arahan Aziz. Sitkom ini juga berkembang dan berkait dengan sitkom Dunia Anita

Plot[sunting | sunting sumber]

Mengisahkan tiga wanita muda sekawan yang menyewa sebuah bilik rumah milik pasangan orang berada. Kehidupan mereka berlima penuh diwarnai dengan keceriaan dan kejutan, namun mereka bersama-sama menghadapi situasi dan cabaran yang paling ketat bagaikan tidak pernah dialami.

Watak-watak[sunting | sunting sumber]

Watak utama[sunting | sunting sumber]

  • Puteri Farah bt Nordin (Nora Danish) — Watak utama dan yang "paling jelita" dalam siri ini. Sungguhpun kelihatan lebih senyap dan lemah lembut berbanding watak-watak lain, namun dia mempunyai pendirian tersendiri. Dia sering terjebak di tengah masalah mereka dan sentiasa mencari jalan penyelesaian. Puteri seringkali cuba untuk memastikan jalinan erat dengan Roslan. Pada musim-musim terawal dia bekerja di sebuah kilang namun bekerjadi kedai Dunkin' Donuts setelah itu.
  • Kamala A/P Batumalai (Kanchana Devi Segeran) — Rakan Puteri yang berbangsa India. Dia amat terkenal dengan kesalahan peggunaan bahasa Melayu, seperti tersalah faham erti peribahasa atau simpulan bahasa yang diujar kawan-kawannya. Kamala muncul sebagai watak utama sejak musim pertama. Dia turut berkongsi tempat kerja dengan Puteri sejak musim pertama sehingga kini.
  • Nadia (Intan Ladyana) — Gadis Singapura yang merupakan anak saudara Pak Badar ini dilihat sebagai bengis dan kurang bermoral. Selain itu dia kerap syak wasangka terhadap orang lain membuat kesalahan tanpa menyiasat terlebih dahulu. Nadia sering berebut dengan Puteri untuk menarik perhatian Roslan. Nadia muncul sebagai watak utama sejak musim ke-4.
  • Roslan (Beego) — Penolong kepada Pak Badar yang tinggal sebumbung dengan majikannya dan ketiga-tiga wanita muda ini. Dia sering direbut oleh Puteri dan Nadia untuk dijadikan teman lelaki.
  • Pak Badar (A.R. Badul) — Tuan punya rumah yang diduduki Puteri dan kawan-kawannya. Meskipun tegas dalam memastikan disiplin dan ketenteraman rumah tangganya, namun dia juga seorang yang pengasih dan bertimbang rasa. Dia juga beberapa kali mengambil tindakan terhadap orang lain atas kesalahan tanpa usul periksa.
  • Lilian (Louisa Chong) — Isteri Pak Badar yang pengasih terhadap Puteri dan kawan-kawannya dan juga prihatin terhadap suaminya dan perhubungan antara mereka. Pada sebuah musim,dia mengandungkan anak sulungnya.

Bekas watak utama[sunting | sunting sumber]

  • Anita (Siti Fazurina) — Bekas teman sekerja dan sebumbung Puteri dan Kamala pada tiga musim terawal. Kini dia menetap di Johor Bahru. Kisah hidupnya yang baru dipaparkan dalam siri Dunia Anita.
  • Soo Sans (Melissa Tong) — Gadis Cina yang mengambil alih tempat Anita sebelum Nadia.
  • Helmi (Awal Ashaari) — Seorang jejaka kacak yang muncul pada musim ke-4. Helmi cintakan Puteri dan inginkan dia tetapi Roslan yang juga sukakan Puteri cuba menghalang Helmi.
  • Kak Mas (Amy Mastura) - Kakak kepada Roslan yang mengusahakan perniagaan Shanana Catering. Roslan membawa Puteri, Kamala dan Soo Sans menyewa di rumah Kak Mas pada musim ke 4, 5 dan 6
  • Abang Malik (Salih Yaacob) - Suami kepada Kak Nana yang miang dan pemalas.
  • Afdlin Shauki (Afdlin Shauki - Seorang selebriti terkenal yang tinggal berjiran dengan Abang Malik dan Kak Mas dan sering muncul di rumah jirannya.
  • Wiinie Thye (Winnie Thye) - Pada Musim ke 6 beliau menggantikan Louisa Chong sebagai Kak Lilian.
  • Shah Riz (Shah Riz) - Pemandu Baru Pak Badar pada musim ke 6, 7 dan 8.

Reunion Puteri[sunting | sunting sumber]

Pada 2022 sitkom Puteri kembali tetapi dalam bentuk episod pendek bersempena hari raya dan Amor Rizan menggalas untuk mini drama tersebut membawa semula Nora Danish,Kenchana Devi,Siti Fazurina,Intan Ladyana dan Beego serta watak baru dipegang oleh Ruhainies .