Puting beliung Mei 2011

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Wabak puting beliung Mei 2011
Date of tornado outbreak: Mei 21, 2011-sedang berlaku
Duration1: sedang berlaku
Maximum rated tornado2: EF3+ tornado
Tornadoes caused: 11 dipastikan, ~70 dilaporkan
Damages:
Fatalities: 95+[1]
Areas affected: Midwest

1Time from first tornado to last tornado
2Most severe tornado damage; see Enhanced Fujita Scale

'Puting beliung Mei 2011 (atau 'tornado') sedang berlaku di Midwest, Amerika Syarikat , terutama dari Tasik Superior ke daerah Sungai Mississippi . Banyak kerosakan berlaku di Joplin, Missouri. Pokok-pokok meliuk-liuk tercabut atau tumbang, kereta bergolek-golek dan rumah meletup. Bekalan elektrik terputus . Sekurang-kurangnya 89 terbunuh . Puting beliung juga dilaporkan berlaku di Minnesota dan Kansas . [2] Rumah-rumah di sepanjang 10 km laluan puting beliung itu habis musnah. Antara bangunan yang musnah ialah gereja, sekolah, pusat perniagaan dan rumah kediaman.

Sebelum ini puting beliung paling teruk berlaku di Worcester, Massachusetts pada tahun 1953. Semasa puting beliung Februari 2008, seramai 56 orang terbunuh di negeri Selatan Amerika Syarikat. Pada bulan April 2011 terjadi 243 puting beliung dari Oklahoma ke Virginia dan membunuh 45 orang. Pada 3 April 2004, seramai 31 kematian berlaku akibat puting beliung di Amerika Syarikat. Mereka masih mengingati Taufan Katrina 2005 yang membunuh 1800 orang.

Sinopsis meteorologi[sunting | sunting sumber]

Bulan April 2011 merupakan bulan yang banyak berlaku puting beliung sehingga mengorbankan 320 orang. Sebaliknya tiga minggu pertama bulan Mei tampak tenang. Tiba-tiba pola itu berubah apabila pada 21 Mei 2011 apabila tekanan rendah , kering dan sejuk . Puting beliung melanda Brown County, Kansas. Ribut taufan berkembang menjadi puting beliung di Shawnee County, Reading, Oskaloosa di Kansas.

Puting beliung juga berlaku di Oklahoma dan di Harmony serta di Brooklyn Center, Minnesota. Kemusnahan besar berlaku di Joplin, Missouri. Seramai 89 orang penduduk telah terbunuh pada 23 Mei 2011. Joplin mempunyai penduduk seramai 50,000 orang dan terletak hanya beberapa kilometer dari sempadan Kansas dan Oklahoma mengalami 'pukulan secara langsung' daripada puting beliung itu.[3] Bangunan Home Depot ranap, pasar raya Walmart, stesen minyak dan bangunan lain musnah.

Punca[sunting | sunting sumber]

Ahli meteorologi tidak mengaitkan puting beliung dengan perubahan cuaca sekarang. Namun ada yang mengaitkan Tonado Alley jenis twister dengan La Pasifik atau La Nina. Angin dari Lautan Atlantik menghasilkan udara sejuk dan salji.

Gabenor Missouri, Jay Nixon mengisytiharkan keadaan darurat dan mengerahkan anggota Pengawal Kebangsaan untuk membantu operasi mencari dan menyelamat mangsa.Ancaman puting beliung belum berakhir. Penduduk digesa mengikuti laporan kaji cuaca terbaru serta mematuhi arahan pasukan kecemasan.

Rujukan[sunting | sunting sumber]