Putra Heights

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Papan tanda Putra Heights di Bukit Cermin.
Map

Putra Heights ialah sebuah bandar seluas 1,796 ekar (7.27 km2) di Subang Jaya, Selangor, Malaysia. Dimulakan pada 1999, hampir 80% daripada jumlah unit yang dirancang telah dilancarkan setakat 2009. Antara melebihi 6,400 unit yang telah siap pembinaannya termasuk:

  • 5,000 unit rumah bungalo;
  • 324 unit kedai-pejabat;
  • sekitar 1,400 unit pangsapuri kos sederhana.

Putra Heights kini dianggarkan mempunyai sebanyak 15,000 penghuni dan apabila disiapkan pada tahun 2016, kawasan kediaman ini dijangka akan menampung 60,000 orang.

Terletak di tengah-tengah perbandaran ini ialah Putra Point yang akan merupakan pusat perdagangan kepada perbandaran-perbandaran lain di kawasan ini. Selain daripada melayani penghuni-penghuni Putra Heights, Putra Point juga akan melayani perbandaran-perbandaran yang berjiran seperti Subang Jaya, UEP Subang Jaya, Puchong, dan Shah Alam.

Kawasan Perumahan Perdana[sunting | sunting sumber]

Putra Crest, Putra Palms, The Glades dan Hilltop Residence adalah kawasan perumahan perdana di Putra Heights.

Pendidikan[sunting | sunting sumber]

Di dalam daerah, ada sebuah sekolah antarabangsa iaitu Kingsley International School, sekolah rendah kerajaan SJK(C) Tun Tan Siew Sin, Sekolah Kebangsaan Putra Heights 2 iaitu sekolah kerajaan dan Sekolah Menengah USJ 23. Di dalam daerah yang berhampiran, tedapat banyak sekolah daripada peringkat rendah hingga tinggi.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]