PzH 2000

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Panzerhaubitze 2000
PzH2000 houwitser.png
Panzerhaubitze 2000.
Jenis Artileri gerak sendiri
Asal Bendera Jerman Jerman
Sejarah perkhidmatan
Perang Perang di Afghanistan
Sejarah pengeluaran
Tarikh cipta 1996
Kos seunit AS$4.5 juta
Tarikh pengeluaran 1998
Spesifikasi
Berat 55.3 tan (121,914 lbs)
berat tempur
Panjang 11.7 m (38.4 kaki)
Lebar 3.6 m (11.8 kaki)
Tinggi 3.1 m (10.2 kaki)
Krew 5 (komander, pemandu, jurumeriam dan 2 juruisi)

Senjata
utama
Meriam artileri Rheinmetall 155 mm L52
Senjata
kedua
Mesingan Rheinmetall MG3 7.62 mm
Enjin MTU 881 Ka-500
986 hp (735.26 kW)
Kuasa/berat 17.83 hp/tan
Sistem
ampaian
bar kilasan
Jarak
operasi
420 km (261 batu)
Kelajuan 60 km/j (37 bsj)

Panzerhaubitze 2000 ("Howitzer berperisai 2000"), ringkasnya PzH 2000, adalah sejenis howitzer gerak sendiri berkaliber 155mm yang dibangunkan oleh firma Krauss-Maffei Wegmann (KMW) dan Rheinmetall untuk Tentera Darat Jerman. PzH 2000 merupakan salah satu daripada sistem artileri konvensional paling berkuasa yang sedang diatur gerak. Ia diakui kerana memiliki kadar tembakan yang tinggi; di mana dalam jika digunakan dalam mod semburan, ia boleh menembak 3 butir peluru dalam masa 9 saat, 10 butir peluru dalam masa 56 saat, dan 10 ke 13 butir dalam masa seminit secara terus menerus, bergantung kepada kepanasan laras. [1]PzH 2000 memiliki sokongan automatik untuk MRSI (Multiple Rounds Simultaneous Impact) sehingga 5 butir peluru. Pengantian peluru akan dibuat secara automatik. Dua orang operator boleh memuatkan 60 peluru dan cas pendorongan dalam masa kurang dari 12 minit.

PzH 2000 telah digunakan oleh Itali, Belanda dan Greece, dan kemungkinan lebih banyak pesanan dari negara-negara NATO bagi mengantikan howitzer M109.

Pengguna[sunting | sunting sumber]

  • Bendera Jerman Jerman : 185 (akan dikurangkan kepada 154 unit. 31 unit akan disimpan bagi kemungkinan untuk diubah suai kepada modul artileri bergerak AGM)
  • Bendera Itali Itali : 70
  •  Belanda : 57 (akan dikurangkan kepada 24 unit operasi, jumlah selebihnya untuk dijual)
  • Bendera Greece Greece : 24 (36 unit tambahan telah dipesan, 24 unit baru dan 12 unit dari simpanan Tentera Darat Jerman)[2]

Pengguna masa depan[sunting | sunting sumber]

Sedang dinilai[sunting | sunting sumber]

  •  Sweden 1 unit dengan sedikit ubahsuai bagi sistem Artileri Pemanah

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. Army Technology with data on PzH2000
  2. http://www.defencenet.gr/defence/index.php?option=com_content&task=view&id=7683&Itemid=47

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]