Qamar Zaman

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.

Qamar Zaman (lahir 1952, di Quetta, Pakistan) ialah bekas pemain skuasy profesional dari Pakistan. Dia ialah salah seorang pemain terkemuka sukan ini pada tahun 70-an dan 80-an. Kejayaan terbesarnya ialah apabila memenangi Terbuka British pada tahun 1975.

Qamar memenangi Kejohanan Skuasy Remaja Pakistan pada tahun 1968. Sewaktu kunjungan pertamanya ke United Kingdom pada tahun 1973, dia berjaya mencecah ke peringkat separuh akhir Kejohanan Amatur British. Pada tahun 1974, dia berjaya mara ke peringkat separuh akhir Terbuka British dan berjaya memenangi Kejohanan Amatur Australia.

Semasa Terbuka British tahun 1975, Qamar menewaskan juara bertahan Geoff Hunt dari Australia pada peringkat suku akhir, dan berjaya memenangi kejohanan ini selepas menewaskan rakan senegara Gogi Alauddin pada perlawanan akhir dengan keputusan 9-7, 9-6, 9-1.

Pautan luar[sunting | sunting sumber]