Qanat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Khettara dekat Erfoud, Maghribi

Qanāt (dari Bahasa Arab: قناة‎, Bahasa Parsi: کاریز: kariz) ialah sistem pengurusan air yang digunakan untuk menyalurkan bekalan air yang memuaskan untuk petempatan manusia dan pengairan di kawasan-kawasan yang beriklim panas, gersang dan separa gersang. Qanat juga dipanggil kārīz (dari Bahasa Parsi: كاريز) (Iran, Afghanistan, Pakistan dan Asia Tengah), kahan (dari Bahasa Parsi: کهن), khettara (Maghribi); galería (Sepanyol); falaj (EAB dan Oman); Kahn (Baloch) atau fughara (Afrika Utara).[1]

Teknologi qanat ini diketahui dimajukan oleh masyarakat Iran sekitar awal alaf pertama SM lalu disebarkan beransur-ansur dari situ ke arah timur dan barat.[2]

Nilai sesebuah qanat dikaitkan secara langsung dengan mutu, isipadu dan ketetapan aliran air. Kebanyakan penduduk negara-negara gersang di Asia dan Afrika Utara dalam sejarah amat bergantung pada air dari qanat, maka kawasan berpenduduk selalunya dekat dengan kawasan yang membolehkan qanat. Biarpun mahal untuk dibina, namun nilai jangka lama qanat pada mereka yang melabur dalam pembinaan dan penyelenggaraannya adalah lumayan.[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Article titled Etymological Conduit to the Land of Qanat by Dr. V. Sankaran Nair, 2004
  2. Andrew Wilson: "Hydraulic Engineering and Water Supply", in: John Peter Oleson: Handbook of Engineering and Technology in the Classical World, New York: Oxford University Press, 2008 (editor), ISBN 978-0-19-973485-6, p.291f.
  3. Kheirabadi, Masoud (1991). Iranian Cities: Formation and Development. University of Texas Press. ISBN 0-292-78517-8. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]