Qazaf

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Qazaf ialah tuduhan terhadap seseorang yang melakukan zina (dan liwat menurut jumhur ulama') tanpa membawa empat orang saksi lelaki.[1][2]

Kuasa dan sekatan undang-undang[sunting | sunting sumber]

Seksyen 41 Akta Kesalahan Jenayah Syariah Wilayah Persekutuan 1997, adalah bagi mengelak seseorang menuduh orang lain berzina. Jika sabit kesalahan, pesalah boleh dikenakan denda RM5,000 atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya.

Akta Peraturan Mahkamah Syariah Seksyen 58 (2) memberi kuasa kepada pihak pendakwaan untuk memulakan perbicaraan atau menghentikan prosiding. Pihak pendakwa adalah sebuah badan bebas dan boleh mendakwa, atau menarik balik tuduhan.Pihak pendakwaan bertanggungjawab mengemukakan bukti . Ada kemungKINAN menyebabkan hukuman yang diputuskan tidak akan mencerminkan kedudukan dan keadilan yang sebenar.

Ketua pendakwa syarie mesti bersikap adil dan bebas daripada dipengaruhi oleh mana-mana dalam memberi penghakiman. Sebarang campurtangan daripada mana-mana pihak, ia dilihat sebagai "satu maksiat".[3]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. Jabatan Penerangan Malaysia: Kekeliruan Tentang Qazaf: Satu Penjelasan
  2. Liwat dan qazaf dari perspektif Islam HarakahDaily
  3. Mahkamah tolak permohonan qazaf Anwar