Kiblat

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari Qiblat)


Seorang lelaki menadah tangan berdoa di hadapan Kaabah
Seorang jemaah membaca doa ke arah Kaabah, kiblat orang Islam, di Masjidil Haram Mekah.
Sekumpulan orang sujud ke arah yang sama
Jemaah solat di Amerika Syarikat sujud ke arah yang sama iaitu kiblat.

Kiblat (Arab: قِبْلَة, rumi: qiblaṯ, lit.'arah' terbitan bentuk kata kerja قَابَلَqābala "berhadapan, menghadap"[1]) ialah arah yang menghala ke Kaabah di Masjidil Haram di Mekah, yang digunakan oleh orang Islam dalam pelbagai konteks agama, terutamanya arah sembahyang untuk solat. Dalam Islam, Kaabah dipercayai tempat suci yang dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s., dan penggunaannya sebagai kiblat diperintahkan oleh Allah dalam beberapa ayat al-Quran yang diwahyukan kepada Nabi Muhammad SAW pada tahun kedua Hijrah. Sebelum wahyu ini diturunkan, Nabi Muhammad dan pengikutnya di Madinah menghadap Baitulmaqdis untuk sembahyang. Kebanyakan masjid mengandungi sebuah mihrab (ceruk dinding) yang menunjukkan arah kiblat.

Kblat juga arah masuk ihram (keadaan jemaah berniat untuk haji atau umrah); arah haiwan dipalingkan semasa dhabihah (korban); arah yang disyorkan untuk membaca doa; arah yang dielakkan apabila membuang air atau meludah; dan arah jenazah dibaringkan apabila dikebumikan. Kiblat boleh dilihat dengan menghadap Kaabah dengan tepat (ayn al-Kaabah) atau menghadap arah yang umum (jihat al-Kaabah). Kebanyakan ulama Islam berpendapat bahawa jihat al-Kaabah boleh diterima jika ayn al-Kaabah yang lebih tepat dapat dilakukan. Contohnya, di dalam Masjidil Haram dan sekelilingnya tidak dapat dipastikan.

Takrifan teknikal paling umum yang digunakan oleh ahli falak Islam untuk suatu lokasi ialah arah bulatan agung—di sfera Bumi—melalui lokasi tersebut dan Kaabah. Ini ialah arah laluan yang terpendek mungkin dari suatu tempat ke Kaabah, dan mengirakan pengiraan (hisab) kiblat yang tepat menggunakan rumus trigonometri sfera yang mengambil koordinat suatu lokasi dan koordinat Kaabah untuk dimasukkan (lihat rumus di bawah). Kaedah ini diguna untuk membangunkan aplikasi mudah alih dan laman sesawang untuk orang Islam, dan menghimpun jadual kiblat yang digunakan dalam alat seperti kompas kiblat. Kiblat juga dapat ditentukan di suatu lokasi dengan memerhati bayang-bayang rod menegak pada kejadian dua kali setahun apabila matahari betul-betul di atas Mekah—pada 27 dan 28 Mei jam 12:18 Waktu Piawai Arab Saudi (09:18 UTC), dan pada 15 dan 16 Julai jam 12:27 SAST (09:27 UTC).

Sebelum perkembangan ilmu falak dalam dunia Islam, orang Islam menggunakan kaedah tradisional untuk menentukan kblat. Kaedah ini termasuk menghadap arah yang sahabat Nabi Muhammad telah guna apabila berada di tempat yang sama; menggunakan titik terbenam dan terbit objek cakerawala; menggunakan arah angin; atau menggunakan arah selatan, iaitu kiblat Nabi Muhammad di Madinah. Astronomi Islam awal terbina pada astronomi India dan Yunani, terutamnya karya Ptolemy, dan kemudian ahli falak Islam menghasilkan kaedah mengira arah anggaran kiblat, bermula dari pertengahan abad ke-9. Pada akhir abad ke-9 dan ke-10, ahli falak Islam menghasilkan kaedah mencari arah tepat kiblat yang setara dengan rumus moden. Pada awalnya, "kiblat ahli falak" ini digunakan bersama pelbagai kiblat yang ditentukan secara tradisional, mengakibatkan banyak kepelbagaian di kota Islam pada Zaman Pertengahan. Tambahan pula, data geografi tepat yang diperlukan untuk kaedah falak mengeluarkan keputusan yang tepat belum ada sebelum abad ke-18 dan ke-19, mengakibatkan kepelbagaian lanjut kiblat. Masjid bersejarah dengan kiblat yang berbeza masih berdiri hari ini di seluruh dunia Islam. Penerbangan angkasa seorang Islam yang taat, Sheikh Muszaphar Shukor, ke Stesen Angkasa Antarabangsa (ISS) pada tahun 2007 menimbulkan perbincangan tentang arah kiblat dari orbit rendah Bumi, menyebabkan pihak berkuasa Islam negara asalnya, Malaysia, mengesyorkan menentukan kiblat "berdasarkan mana-mana arah" untuk angkasawan tersebut.

Tumpat[sunting | sunting sumber]

Ralat Lua pada baris 27 di Modul:Location_map/multi: Unable to find the specified location map definition: "Module:Location map/data/Middle East2" does not exist.

Kiblat ialah arah Kaabah, bangunan seperti bentuk kubus di tengah Masjidil Haram (Masjid Suci) di Mekah, di rantau Hijaz, Arab Saudi. Selain peranannya sebagai kiblat, ia juga tempat suci bagi orang Islam, juga dikenali sebagai Baitullah (Rumah Allah) dan tempat tawaf yang dikerjakan semasa menunaikan Haji dan umrah. Kaabah mempunyai pelan tingkat bawah lebih kurang bersegi empat tepat dengan empat penjurunya yang menghala dekat empat arah kardinal.[2] Menurut al-Quran, ia dibina oleh Nabi Ibrahim a.s. dan Nabi Ismail a.s., kedua-duanya nabi dalam Islam.[3] Tidak banyak catatan sejarah yang tinggal memperincikan sejarah Kaabah sebelum kebangkitan Islam, tetapi dalam generasi sebelum Nabi Muhammad, Kaabah digunakan sebagai tempat suci agama Arab pra-Islam.[3]

Kaedah tradisional tentu kiblat[sunting | sunting sumber]

Waktu solat dan posisi info(Berita Minggu)

Matahari istiwa atas Kaabah[sunting | sunting sumber]

Kejadian matahari istiwa (rembang) di atas kaabah berlaku dua kali setahun iaitu pada 28 Mei kira-kira jam 5.16 petang dan pada 16 Julai, kira-kira jam 5.28 petang (waktu Malaysia). Ketika matahari istiwa di atas Kaabah, bayang objek tegak di seluruh dunia akan memperbetulkan arah kiblat.

  • Panduan menentukan arah kiblat dari satu tempat pada tarikh dan masa yang ditentukan di atas:
    • Pacakkan satu tiang pada kawasan yang hendak disemak arah kiblatnya.
    • Pastikan tiang berkenaan tegak dan lurus. Bagi menyemak ketegakannya boleh diletak sebarang pemberat yang diikat pada hujung tiang itu.
    • Tempat yang dipilih untuk tujuan ini tidak terlindung daripada sinaran matahari. Oleh kerana matahari berada di langit barat, bayang-bayang akan jatuh ke arah timur, arah kiblat ialah bayang-bayang yang menghadap ke barat.

Kaedah buruj bintang[sunting | sunting sumber]

  • Buruj bintang ialah sekumpulan bintang yang berada di suatu kawasan langit serta mempunyai bentuk hampir sama dan kelihatan berdekatan antara satu sama lain.
  • Langit dibahagikan kepada 88 kawasan buruj bintang. Bintang yang berada pada satu kawasan sama adalah dalam satu buruj.
  • Sesuatu buruj bintang mengikut bentuk yang mudah dikenal pasti seperti bentuk haiwan dan geometri.
  • Dengan mengetahui bentuk buruj bintang tertentu, arah utara dan arah kiblat dari sesuatu tempat boleh ditentukan.
  • Menggunakan kedudukan Belantik (buruj) atau Buruj Al-Babadour. Pada buruj itu ada tiga bintang berderet iaitu Mintaka, An Nilam dan An Nitak. Arah kiblat boleh diketahui dengan mengunjurkan arah tiga bintang berderet berkenaan ke arah barat.

Kaedah matahari terbenam[sunting | sunting sumber]

  • Secara umum, jika kita merujuk kepada kedudukan matahari terbenam untuk tujuan penentuan arah kiblat adalah tidak tepat. Ini disebabkan arah matahari terbenam di Malaysia akan berubah dari azimut 235 darjah hingga 295 darjah.
  • Ia boleh digunakan sebagai satu daripada langkah berijtihad, arah matahari terbenam boleh digunakan jika mengetahui perbezaan sudut antara arah matahari dengan arah kiblat.

Kaedah moden tentu kiblat[sunting | sunting sumber]

Pengiraan arah kiblat[sunting | sunting sumber]

  • Hitungan adalah berdasarkan kepada konsep arah di sepanjang bulatan gedang bumi (great circle).
  • Membabitkan model matematik sfera yang mengandungi koordinat geografi tempatan dan koordinat geografi rujukan (Kaabah).

Kompas Prismatik[sunting | sunting sumber]

  • Penandaan arah kiblat dengan kompas banyak diamalkan di kalangan masyarakat Islam masa kini. Arah yang ditunjukkan oleh sesuatu kompas adalah arah merujuk ke arah utara.
  • Arah utara magnet pula tidak semestinya bersamaan dengan arah utara benar. Perbezaan arah utara ini dipanggil sebagai sudut serong magnet.
  • Antara masalah yang boleh timbul menggunakan kompas ialah tarikan graviti tempatan yang mana ia terkesan dari kewujudan bahan logam atau arus elektrik di sekeliling kompas yang digunakan.
  • Boleh digunakan sebagai alat alternatif jika alat yang lebih sesuai tidak ada.

Penggunaan Teodolit[sunting | sunting sumber]

  • Teodolit adalah antara alat termoden yang diguna pakai oleh kebanyakan juru ukur dan pihak yang melakukan kerja menentukan arah kiblat.
  • Alat itu digunakan untuk mengukur bacaan sudut secara mendatar dan menegak. Ia memberi kejituan bacaan tinggi dan tepat.

Alat[sunting | sunting sumber]

Sejadah dengan kompas
Kompas bersejarah dihiasi dengan ilustrasi dan jadual.
Sejadah dengan kompas kiblat moden (kiri); kompas kiblat zaman Uthmaniyah bertarikh 1738 (kanan)

Orang Islam menggunakan berbagai-bagai alat untuk mencari arah kiblat apabila tidak dekat dengan masjid. Kompas kiblat ialah kompas magnet yang memasukkan jadual atau senarai sudut kiblat dari petempatan utama. Beberapa versi elektronik menggunakan koordinat satelit untuk mengira dan menunjukkan kiblat secara automatik.[4] Kompas kiblat telah wujud sejak sekitar 1300, ditambah dengan senarai sudut kiblat yang selalu tertulis pada alat itu.[5] Bilik hotel dengan tetamu Islam mungkin menggunakan pelekat yang menunjukkan kiblat di siling atau laci.[6] Dengan adanya pengkomputeran, pelbagai aplikasi mudah alih dan laman web menggunakan rumus untuk mengira kiblat untuk penggunanya.[7][8]

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Nota[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Petikan[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Abd. Rauf Dato' Haji Hassan; Abdul Halim Salleh; Khairul Amin Mohd Zain (2005). Kamus Bahasa Melayu-Bahasa Arab Bahasa Arab-Bahasa Melayu. Shah Alam: Oxford Fajar. m/s. 289. ISBN 967-65-7321-3.
  2. ^ Wensinck 1978, m/s. 317.
  3. ^ a b Wensinck 1978, m/s. 318.
  4. ^ King 2004, m/s. 177.
  5. ^ King 2004, m/s. 171.
  6. ^ Saksono, Fulazzaky & Sari 2018, m/s. 136.
  7. ^ Di Justo 2007.
  8. ^ MacGregor 2018, m/s. 130.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]

Kiblat[sunting | sunting sumber]

Arah kiblat Negeri Selangor Darul Ehsan[sunting | sunting sumber]