Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar
Tengku Iskhan Shah Bin Tengku Haidar atau lebih dikenali sebagai Que Haidar merupakan salah seorang pelakon Malaysia. Dia yang dilahirkan pada 30 Mei 1979 di Felda Taib Andak, Kulai, Johor merupakan bekas pelajar Akademi Seni Warisan Kebangsaan (ASWARA) yang berkecimpung dalam dunia tetaer sebelum terjun ke layar perak. Penampilan pertamanya di kaca TV adalah menerusi drama Toll Gate Girl arahan Osman Ali dan diterbitkan oleh Tiara Jacquelina pada tahun 2001 ketika berusia 23 tahun bersama aktres Amy Mastura & Rita Rudaini. Filem pertama lakonan beliau berjudul Haru Biru arahan Shadan Hashim pada tahun 2004 namun hanya pada tahun 2007 filem itu ditayangkan.
Debut beliau di layar perak adalah menerusi filem KL Menjerit 1 pada tahun 2005 yang terus meledakkan nama beliau sebaris dengan aktor-aktor seangkatan seperti Farid Kamil, Fahrin Ahmad, Jehan Miskin & Bront Palarae. Filem-filem popular beliau adalah Zombie Kampung Pisang, Castello, Cinta, Setem dan banyak lagi. Populariti Que di layar lebar dibuktikan dengan kemenangan 2 tahun berturut di Anugerah Bintang Popular Berita Harian untuk kategori Pelakon Filem Lelaki Popular (ABPBH) pada tahun 2008 dan 2009. Que juga pernah memenangi 2 buah trofi kategori lakonan terbaik di Anugerah Skrin TV3 menerusi dua buah drama TV lakonannya Tuhan Pun Tahu(2007) & Terlerai Takbir Kasih(2009). Di Festival Filem Malaysia beliau pernah dianugerahkan Pelakon Harapan Lelaki menerusi filem Castello serta 2 kali dicalonkan untuk kategori Pelakon Lelaki Terbaik (FFM) pada tahun 2006 dan 2009.
Que membuat keputusan untuk bersara dari bidang lakonan secara mengejut pada tahun 2010 setelah berkahwin dengan koreografer Linda Jasmine. Biarpun terpaksa mengecewakan peminat-peminat dan pengkarya filem, Que nekad untuk beralih arah ke bidang perniagaan dan kini masih aktif mengajar kelas lakonan setelah bergelar pensyarah di Kolej Sunway. Filem terakhirnya setakat ini adalah Misteri Jalan Lama yang ditayangkan pada tahun 2011.
Filem [sunting]
| Filem | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Judul & Arahan | Peranan | Nota |
| 2005 | KL Menjerit 1
Tayangan Unggul |
Ku Idzham
Watak Utama
|
|
| Rock
Grand Brilliance |
Amy Mat Piah
Watak Utama
|
||
| 2006 | Castello
Suhan Movies |
Sepet
Watak Pembantu
|
|
| Pemburu Emas Yamashita
Grand Brilliance |
Jali
Watak Pembantu
|
||
| Bilut
Mega Wajasinar |
Yusof Yazid
Watak Pembantu
|
||
| Cinta
Grand Brilliance |
Muhammad Dhani
Watak Utama
|
||
| 2007 | Syaitan
Tayangan Unggul |
Saad
Watak Pembantu
|
|
| Zombi Kampung Pisang
Tayangan Unggul |
Deris
Watak Utama |
||
| Haru Biru
Pengedaran JAS |
Kid
Watak Utama
|
||
| 2008 | Cuci
Tall Order & Tune Entertainment |
Rocker Ziana Zain
Watak Undangan |
|
| Selamat Pagi Cinta
Metrowealth |
Azam
Watak Utama
|
||
| 2009 | Maut
Tayangan Unggul |
JJ
Watak Utama
|
(Pencalonan) Aktor Terbaik Festival Filem Malaysia ke 22 |
| Skrip 7707
Metrowealth |
Zack
Watak Utama
|
||
| Setem
Tayangan Unggul |
Iskander
Watak Utama |
||
| Papadom
Tayangan Unggul |
Muhammad Rahmat Ismail aka Wajib Tayang
Watak Utama
|
(Pencalonan) Aktor Pembantu Terbaik Festival Filem Malaysia ke 22 | |
| My Spy
KRU Studios |
Lelaki Cina
Watak Pembantu |
||
| Duhai Si Pari Pari
Tayangan Unggul |
Syadon
Watak Utama
|
||
| 2010 | Lagenda Budak Setan
Astro Shaw Tayangan Unggul |
Azmi
Watak Pembantu
|
(Pencalonan) Aktor Pembantu Terbaik Festival Filem Malaysia ke 23 |
| Misteri Jalan Lama
Tayangan Unggul |
Azmi
Watak Pembantu
|
||
Anugerah & Pencapaian [sunting]
| Anugerah Bintang Popular Berita Harian (ABPBH) | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Kategori | Keputusan | |
| 2006 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Dicalonkan | |
| 2008 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Menang | |
| 2009 | Pelakon Filem Lelaki Popular | Menang | |
| Festival Filem Malaysia | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Karya Tercalon | Kategori | Keputusan |
| 2006 (FFM 19) | KL Menjerit 1 | Pelakon Lelaki Terbaik | Dicalonkan |
| Pelakon Harapan Lelaki | Dicalonkan | ||
| Castello | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Dicalonkan | |
| Pelakon Harapan Lelaki | Menang | ||
| 2009 (FFM 22) | Maut | Pelakon Lelaki Terbaik | Dicalonkan |
| Papadom | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Dicalonkan | |
| 2010 (FFM 23) | Lagenda Budak Setan | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik | Dicalonkan |
| Anugerah Skrin TV3 | |||
|---|---|---|---|
| Tahun | Karya Tercalon | Kategori | Keputusan |
| 2008 | Tuhan Pun Tahu | Pelakon Pembantu Lelaki Terbaik (Drama) | Menang |
| 2009 | Terlerai Takbir Kasih | Pelakon Lelaki Terbaik (Drama) | Menang |
