Queens of Langkasuka

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari
Queens of Langkasuka
Queens of Langkasuka poster.jpg
Poster teater Thai.
Pengarah Nonzee Nimibutr
Penerbit Nonzee Nimibutr
Pengarang Win Lyovarin
Lakonan Jarunee Suksawat
Ananda Everingham
Jesdaporn Pholdee
Dan Chupong
Sorapong Chatree
Muzik Chatchai Pongprapaphan
Sinematografi Natthakit Preechacharoenwat
Penyuntingan Nonzee Nimibutr
Panutat Wisetwong
Likhit Waratgool
Pengedar Sahamongkol Film International
Mula ditayang Thailand:
23 Oktober, 2008
Tempoh ditayang 133 min. (Cannes Film Market)[1]
Negara Thailand
Bahasa Thai
Perbelanjaan 140 juta baht[2]

Queens of Langkasuka (Bahasa Thai: ปืนใหญ่จอมสลัด, Puen yai jom salad, Bahasa Melayu: Ratu-ratu Langkasuka) adalah sebuah filem dongeng Thai 2008 yang menggambarkan sejarah Melayu. Filem ini berada di bawah arahan Nonzee Nimibutr, dan ia dikarang oleh Win Lyovarin, pemenang dua kali Anugerah Penulis S.E.A.

Plot[sunting | sunting sumber]

Ratu Hijau (1584-1616)(Jarunee Suksawat) yang memerintah Pattani menghadapi ancaman pemberontak yang diketuai Putera Rawai, yang besekutu dengan kapten lanun, Ekadam (Gagak Hitam). Harapan Ratu Hijau adalah untuk mendapatkan meriam berkuasa daripada seorang pakar senjata daripada Belanda, Janis Bree (Andre Machielsen). Bagaimanapun, kapal Belanda yang membawa meriam tersebut meletup dan karam bersama muatannya ke dalam laut dalam serangan lanun Ekadam. Janis Bree terbunuh manakala muridnya yang berasal dari China, Lim Kium (Jakkrit Phanichphatikram) diselamatkan oleh orang laut.

Sementara itu, Pari (Ananda Everingham) adalah seorang anak yatim piatu yang dibesarkan di sebuah kampung nelayan (orang laut) yang sering diserang lanun Ekadam. Beliau yang dianugerahkan dengan ilmu mistik Du Lum, telah dibawa oleh bapa saudaranya Anjar untuk mendalami ilmu tersebut dengan Krabenkaow (Pari Putih), namun orang tua itu enggan mengajar Pari. Pari kemudiannya membesar dan belajar berkomunikasi dengan hidupan laut. Apabila dewasa, beliau menjadi seorang pahlawan menentang kekejaman Ekadam.

Ekadam, yang juga seorang pengamal ilmu Du Lum berusaha menaikkan meriam Janis Bree yang tenggelam di dasar laut, namun gagal.

Ratu Hijau yang memerlukan meriam besarnya sendiri untuk mempertahankan Pattani memerintahkan pencarian pereka Lim Kium, yang hidup dengan orang laut. Baginda menghantar dua adiknya, Puteri Ungu (Anna Rees) dan Puteri Biru (Jackie Apithananon) bersama panglimanya yang setia, Tuan Jarang (Chupong Changprung)ke perkampungan nelayan untuk menjejaki Lim Kium.

Bagaimanapun, perkampungan nelayan tersebut telah diserang oleh lanun Ekadam dan kedua puteri tersebut diculik dan dilarikan ke tempat persembunyian Ekadam. Jarang yang terselamat berjaya menjejaki kedua puteri itu dan bertempur dengan lanun dan dibantu Pari. Jarang dan Puteri Biru berjaya melarikan diri manakala Puteri Ungu telah disangka terbunuh.

Sebenarnya, Ungu telah diselamatkan Pari dan dibawa Pari ke pulau persembunyian Krabenkaow. Perasaan cinta telah berputik antara Pari dan Ungu di pulau itu. Namun, Ungu telah lebih awal dirancang perkahwinannya dengan Abdul Ghafur Muhiyuddin, Putera negeri Pahang, sekutu penting Pattani, manakala Pari masih lagi dibelenggu kematian isterinya Bintang, di tangan orang-orang Ekadam.

Di dalam sebuah gua di pulau itu, Pari bertemu dengan Krabendam (Pari Hitam), sisi jahat Krabenkaow. Pari kemudiannya berjaya meyakinkan Krabenkaow untuk mengajarnya ilmu Du Lum dan semakin memahami konflik antara sisi jahat dan sisi baik ilmu tersebut.

Krabenkaow pada asalnya adalah seorang nujum istana Pattani. Bagaimanapun, sisi jahatnya Krabendam telah menguasai diri dan membuatkannya terjebak dalam hubungan haram dengan seorang dayang istana. Dayang istana itu kemudiannya melahirkan seorang anak yang diberi nama Rawai, yang kemudiannya menuntut takhta Pattani dari Ratu Hijau.

Anaknya, Putera Rawai kemudiannya mati dalam satu serangan tentera Pattani pimpinan Jarang. Ini menyebabkan sisi jahat kembali menguasai Krabenkaow yang kemudiannya menghidupkan kembali Rawai menggunakan ilmu hitamnya. Krabendam (Sisi jahat Krabenkaow) kemudiannya menyertai angkatan Putera Rawai dan Ekadam.

Krabendam akhirnya berjaya menaikkan meriam besar Janis Bree dari dasar laut menggunakan ilmu hitamnya.

Putera Rawai dan angkatan lanunnya yang lengkap bersenjatakan meriam, kemudiannya menyerang kerajaan Pattani.

lakonan[sunting | sunting sumber]

Penerimaan[sunting | sunting sumber]

Queens of Langkasuka yang memulakan penggambaran pada tahun 2005, asalnya diberi judul Queens of Pattani (Ratu-Ratu Patani), tetapi judulnya diubah untuk mengelakkan hubungan politik dengan gerakan pejuang pemisah Pattani, dan bagi mengaitkan kisahnya dengan legenda kerajaan Langkasuka.

Tayangan perdana filem ini di Pesta Filem Cannes 2008 mendapat reaksi pelbagai.[2] Derek Elley dari majalah Variety berpendapat filem ini kekurangan fokus dan durasi 133 minit adalah terlalu panjang.[1] Maggie Lee dari The Hollywood Reporter memuji rekaan kostum dan aksi pertarungannya yang hebat, tetapi juga berpendapat durasi filem ini terlalu panjang.[3]

Berdasarkan penerimaan pihak akhbar dalam industri, pihak studio Sahamongkol Film International berusaha untuk mengeluarkan versi yang lebih pendek. Tayangan seluruh Thailand yang dirancang pada Ogos 2008 telah ditunda ke Oktober oleh kerana keadaan politik Thailand yang tidak stabil.[4]

Keyakinan terhadap filem ini bertambah, apabila filem ini menyertai Pesta Filem Venice, di mana ia dipertontonkan dalam tayangan khas tengah malam untuk "filem di luar petandingan".[5] Queens of Langkasuka juga adalah filem "pembukaan gala" untuk Pesta Filem Antarabangsa Bangkok 2008.[6]

Karya-karya terbitan[sunting | sunting sumber]

Lakon layar untuk Queens of Langasuka telah diadaptasi oleh Win Lyovarin mejadi sebuah novel bertajuk Bunga Pari (Bahasa Thai: บุหงาปารี), yang telah diterbitkan pada tahun 2008.

Lihat juga[sunting | sunting sumber]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 Elley, Derek (2008-06-30). "Queens of Langkasuka". Variety (magazine). Diperoleh pada 2008-08-08. 
  2. 2.0 2.1 Rithdee, Kong (2008-05-30). "A piece of the action". Bangkok Post. Diperoleh pada 2008-08-08. 
  3. Lee, Maggie (2008-05-21). "Queens of Langkasuka". The Hollywood Reporter. Diperoleh pada 2008-08-08. 
  4. "The Fun". newspaper article (dalam bahasa English) (Daily Xpress (print edition only)). 2008-06-30. ms. 15. 
  5. Vivarellie, Nick (2008-07-29). "Venice Film Festival announces slate". Variety (magazine). Diperoleh pada 2008-08-08. 
  6. Pajee, Parinyaporn (2008-07-31). "A fresh look". Daily Xpress. Diperoleh pada 2008-08-08. 

Pautan luar[sunting | sunting sumber]