Quipu
| Sistem angka | |
|---|---|
| Sistem angka Hindu-Arab | |
| Arab barat Arab timur Burma India |
Khmer Mongol Thai |
| Angka Asia timur | |
| Batang pembilang Cina Jepun |
Korea Suzhou Vietnam |
| Angka abjad | |
| Abjad Armenia Āryabhaṭa Cyril |
Ge'ez Greek (Ionia) Ibrani |
| Sistem lain | |
| Aegean Attic Babylon Brahmi Etruscan Inuit |
Maya Mesir Quipu Rom Sumeria Urnfield |
| Sistem kedudukan dengan asas | |
| Perpuluhan (10) | |
| 1, 2, 3, 4, 5, 6, 8, 12, 16, 20, 30, 36, 60 | |
Quipu atau khipu ialah peranti maklumat yang digunakan pada zaman Empayar Inca dan masyarakat sebelumnya di wilayah Andes. Quipu biasanya terdiri daripada pintalan tali berwarna yang biasanya diperbuat dari bulu llama, alpaca atau dari kapas. Tali – tali ini mengandungi nilai angka atau nilai - nilai yang lain yang dikodkan dengan simpulan – simpulan dalam sistem kedudukan asas sepuluh. Jumlah tali di dalam Quipu boleh mencecah sehingga 2000.
Quipu adalah ejaan Sepanyol yang juga biasa digunakan dalam Bahasa Inggeris. Ia berasal dari perkataan ‘’Khipu’’ ([k ʰ diucapkan IPU]) yang bermaksud "simpulan tali" dalam Bahasa Cusco Quechua (Bahasa Inca asli).
Kandungan Data [sunting]
Sebahagian besar maklumat yang tercatat pada Quipu terdiri daripada nombor dalam sistem perpuluhan[1]. Walaubagaimanapun, terdapat beberapa simpulan, serta ciri-ciri lain seperti warna, yang dipercayai mewakili maklumat bukan angka, yang masih belum dapat dipecahkan oleh pakar. Umum menganggap yang sistem ini tidak termasuk simbol fonetik yang bersamaan dengan huruf abjad. Tetapi Gary Urton berpendapat Quipu menggunakan sistem binari yang boleh merekod data fonologi atau logografi
Pada tahun-tahun awal Penaklukan Peru oleh Sepanyol, pemerintah Sepanyol sering bergantung kepada Quipu untuk menyelesaikan pertikaian bayaran ufti tempatan atau pengeluaran barang. Para sejarawan Sepanyol juga mencatat tentang peranan penting Quipu sebagai alat mnemonik untuk berkomunikasi dan merekod maklumat berangka. Quipucamayoc (lihat di bawah) boleh dipanggil ke mahkamah, di mana rekod perakaunan mereka diiktiraf sebagai dokumentasi yang sah.
Quipucamayoc [sunting]
Quipucamayoc (Bahasa Cusco Quechua:khipu kamayuq yang bermaksud "penguasa - khipu") adalah para akauntan Empayar Inca yang mencipta dan menyelesaikan simpulan Quipu. Quipucamayoc boleh melakukan operasi aritmetik asas, seperti penambahan, penolakan, pendaraban, dan pembahagian. Mereka juga boleh merekod aliran cukai, mengesan jenis kerja yang dilakukan, menyimpan rekod pengeluaran ekonomi, menetapkan kalendar dan menjalankan bancian untuk setiap penduduk. Menurut Guaman Poma, Quipucamayoc boleh "membaca" Quipu dengan mata tertutup.
Quipucamayoc terdiri dari kaum lelaki yang berumur antara 50 – 60 tahun,[2] dan mereka bukanlah satu-satunya golongan yang menggunakan Quipu dalam masyarakat Inca. Ahli sejarah Inca juga dikatakan menggunakan Quipu ketika menceritakan tentang sejarah Empayar Inca kepada orang Sepanyol (tidak diketahui samada mereka hanya mencatat nombor penting atau benar-benar mencatat cerita itu sendiri). Golongan muda bangsawan Inca biasanya diajar membaca Quipu di pusat pengajian Inca yang setaraf universiti moden, yacha-huasi (secara harfiah bermaksud, "rumah pengajaran") sebagai latihan penting untuk menjadi golongan birokrat.[3]
Rujukan [sunting]
- ↑ Ordish, George; Hyams, Edward (1996). The last of the Incas: the rise and fall of an American empire. New York: Barnes & Noble. m/s. 80. ISBN 0-88029-595-3.
- ↑ Ordish, George; Hyams, Edward (1996). The last of the Incas: the rise and fall of an American empire. New York: Barnes & Noble. m/s. 69. ISBN 0-88029-595-3.
- ↑ Ordish, George; Hyams, Edward (1996). The last of the Incas: the rise and fall of an American empire. New York: Barnes & Noble. m/s. 113. ISBN 0-88029-595-3.