Qusai bin Kilab

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

Qusai bin Kilab (lahir 400480) atau juga dikenali dengan nama Fahr bin Kilab adalah leluhur dari suku Quraisy, salah seorang keturunannya kemudian menjadi Nabi terbesar dalam Islam, iaitu Nabi Muhammad S.A.W.

Leluhur dan keluarga[sunting | sunting sumber]

Leluhur[sunting | sunting sumber]

Leluhur (Keturunan) dari Qusai ke atas adalah Kilab, Murrah, Kaab, Luay, Ghalib, Fahr, Malik, Nazar, Kinanah, Khuzamah, Mudrikah, Ilyas, Mazar, Nazar, Ma'ad bin Adnan.[1] Menurut beberapa riwayat Adnan dianggap adalah anak Nabi Ismail a.s. dimana baginda merupakan anak pertama Nabi Ibrahim a.s..

Selain itu beberapa sejarawan menyatakan bahawa, nama asal Qusai adalah Fahr, anak Malik, Madar, Kinanah, Khuzaimah, Mudrikah, Ilyas, Mazar, Nazar, Ma`ad bin Adnan, Ismail, Ibrahim, Sam, Nuh.[2]

Adapun begitu terdapat sumber lain yang mengatakan leluhur keturunan Qusai ialah seperti berikut:[3]

Bahagian pertama: Muhammad bin ‘Abdullah (Nabi Muhammad S.A.W) bin ‘Abdul-Muttalib (yang dipanggil Syaibah) bin Hashim, (bernama ‘Amr) bin ‘Abd Manaf (dipanggil Al-Mugheera) bin Qusai (juga Zaid) bin Kilab bin Murra bin Ka‘b bin Lo’i bin Ghalib bin Fahr (yang dipanggil Quraisy dan dari situlah kaum Arab Quraisy mendapat nama) bin Malik bin An-Nadr (juga dipanggil Qais) bin Kinana bin Khuzaiman bin Mudrikah (juga dipanggil ‘Amir) bin Elias bin Mudar bin Nizar bin Ma‘ad bin ‘Adnan.

(Ibn Hisham 1/1,2; Talqeeh Fuhoom Ahl Al-Athar, halaman. 5-6; Rahmat-ul-lil'alameen 2/11-14,52)

Bahagian kedua: ‘Adnan bin Add bin Humaisi‘ bin Salaman bin Aws bin Buz bin Qamwal bin Obai bin ‘Awwam bin Nashid bin Haza bin Bildas bin Yadlaf bin Tabikh bin Jahim bin Nahish bin Makhi bin Aid bin ‘Abqar bin ‘Ubaid bin Ad-Da‘a bin Hamdan bin Sanbir bin Yathrabi bin Yahzin bin Yalhan bin Ar‘awi bin Aid bin Deshan bin Aisar bin Afnad bin Aiham bin Muksar bin Nahith bin Zarih bin Sami bin Mazzi bin ‘Awda bin Aram bin Qaidar (Kedar) bin Ismail bin Ibrahim

(Rahmat-ul-lil'alameen 2/14-17)

Bahagian ketiga: Selepas Nabi Ibrahim a.s., bapanya Ibn Tarih (Azar) bin Nahur bin Saru‘ bin Ra‘u bin Falikh bin Abir bin Shalikh bin Arfakhshad bin Sam bin Nuh , bin Lamikh bin Mutwashlack bin Akhnukh [yakni Nabi Idris a.s.] bin Yarid bin Mahla’il bin Qainan bin Anusha bin Shith bin Adam.

(Ibn Hisham 1/2-4; Rahmat-ul-lil'alameen 2/18; Khulasat As-Siyar halaman.6)

Keluarga[sunting | sunting sumber]

Ayah Qusai yang bernama Kilab bernikah dengan Fatimah, mereka memiliki dua orang putera iaitu Qusai sendiri dan Zuhrah bin Kilab. Ayah Qusai meninggal dunia pada saat Qusai masih kecil, kemudian Ibu Qusai bernikah dengan Rabi'ah dan mengikutnya ke Syria. Kerana timbul perselisihan antara Qusai dengan suku Rabi'ah, maka Qusai telah kembali ke Makkah.[1]

Di Makkah, Qusai telah bernikah dengan anak perempuan Hulayl, pemimpin Bani Khuzaah. Hulayl mengganggap Qusai seperti anaknya sendiri—sesuatu hal yang tidak lazim pada Bangsa Arab masa itu. Setelah Hulayl meninggal dunia, ditetapkan bahawa Qusai menggantikan mertuanya menjadi pimpinan Makkah dan penjaga Kaabah.[4]

Sejak itu Qusai membawa anggota Quraisy yang merupakan keluarga terdekatnya untuk tinggal di Makkah, berdekatan dengan Kaabah. Diantaranya adalah Zuhrah bin Kilab, saudaranya; Taym, pakciknya; Makhzum, anak pakciknya yang lain. Mereka ini dan keturunannya kemudian dikenali sebagai kaum Quraisy Lembah, sementara sanak-saudara Qusai yang lain tinggal lebih jauh dari Makkah dikenali sebagai Quraisy Pinggiran. Qusai memerintah mereka bagaikan raja dengan kekuasaan yang tidak tertandingi. Mereka membayarnya saban tahun dengan kambing biri-biri sebagai cukai, sehinggakan beliau dapat menyediakan makanan untuk jamaah Haji yang tidak mampu. Dan kemudian beliau memerintahkan kepada penduduk yang hanya menggunakan tenda, untuk membuat rumah secara tetap setelah membangunkan sebuah pusat pertemuan umum berdekatan Kaabah yang bernama Dar an-Nadwah atau Rumah Majlis.[4]

Keturunan[sunting | sunting sumber]

Qusai memiliki 4 orang putera[4], pendapat lain menyebut beliau memiliki 2 orang putera.[1] Anak yang tertua adalah 'Abd al-Dâr yang kemudian menurunkan Bani 'Abd al-Dâr. Anaknya yang lain adalah 'Abd al-Manâf yang menurunkan Bani 'Abd al-Manâf. Seterusnya anak ketiga ialah 'Abd, manakala puteranya yang terakhir diketahui ialah 'Abd al-'Uzza yang menurunkan Bani Asad.[2]

 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Kilab bin Murrah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Qusai
(lahir 400)
 
 
 
 
 
 
 
 
 
Zuhrah
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
'Abd al-'Uzza
 
 
 
'Abd al-Manâf
(lahir 430)
 
 
 
Abd al-Dâr
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 
 

Penerus kepemimpinan[sunting | sunting sumber]

Qusai memilih putera pertamanya, 'Abd al-Dâr sebagai penerus kepemimpinan ke atas Kota Suci Makkah dan penjaga Kaabah, meskipun beliau (Abd-al-Dar) agak kurang cekap dibandingkan dengan 'Abd al-Manâf. Berikut adalah pesanan Qusai bin Kilab tatkala beliau sedang nazak:

"Anakku, aku akan menetapkan siapa yang bakal menjadi pemimpin yang harus ditaati oleh semua orang. Tidak ada yang dapat masuk Kaabah kecuali engkau yang membukakannya. Selain tanganmu, tidak ada yang boleh menandai peperangan bagi kaum Quraisy. Tidak ada yang boleh meminum air di Makkah dalam perjalanan Haji kecuali engkau yang memberinya. Tidak ada yang boleh makan kecuali engkau yang memberinya. Tidak ada yang boleh mengubah segala urusan Quraisy (perlembagaan Quraisy) kecuali di dalam rumahmu."

Pada generasi selanjutnya terjadi perebutan atas jawatan dan kedudukan ini, yang mengakibatkan berlakunya perpisahan kuasa kepimpinan antaranya:

(Bani 'Abd al-Dâr)

  • Pemelihara Kaabah dan pemegang kuncinya.

(Bani 'Abd al-Manâf)

  • Penyedia air kepada para jamaah di musim Haji,
  • Penyedia makanan bagi jamaah Haji,
  • Ketua penduduk Makkah, pemegang panji dan angkatan ketenteraan.[1]

Rujukan[sunting | sunting sumber]

  1. 1.0 1.1 1.2 1.3 SUBHANI, Ja'far. Ar-Risalah: sejarah kehidupan Rasulullah saw. Jakarta: Lentera, 2002. ISBN 979-8880-13-7
  2. 2.0 2.1 http://www.ummah.net/khoei/khadija.htm
  3. Prophet Muhammad Family Tree
  4. 4.0 4.1 4.2 LINGS, Martin. Muhammad: Kisah Hidup Nabi berdasarkan Sumber Klasik. Jakarta: Serambi, 2002. ISBN 979-3335-16-5

Lihat pula[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]