Lapangan Terbang Tengah

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
(Dilencongkan dari RAF Tengah)
Lapangan Terbang Tengah

登加空军基地 (Dēng Jiā Kōngjūn Jīdì)
தெங்கா வான்படைத் தளம் (Teṅkā Vāṉpaṭait Taḷam)
Rumusan
Lokasi Singapura
Ketinggian AMSL15.24 m / 50.00 kaki
Koordinat01°23.2500′N 103°42.4833′E / 1.3875000°N 103.7080550°E / 1.3875000; 103.7080550

Lapangan Terbang Tengah (IATA: TGAICAO: WSAT) adalah sebuah lapangan terbang yang terletak di bandar Singapura.

Sejarah[sunting | sunting sumber]

Jata RAF Tengah

RAF Tengah ( 'Royal Air Force Tengah' ) ialah nama stesen Tentera Udara Diraja British ('Royal Air Force', 'RAF') yang ditauliahkan pada tahun 1939 di Singapura. Lapangan terbang Tengah menjadi sasaran pengeboman Jepun apabila tujuh belas kapal terbang tentera laut Jepun menjalankan serangna udara pertama ke atas Singapura dalam Perang Dunia Kedua, sejurus selepas bermulanya Pertempuran Tanah Melayu. Ia juga merupakan lapangan terbang yang pertama ditawan pihak Jepun dalam Pertempuran Singapura.

Selepas penawanan Singapura, Tengah dikawal Tentera Udara Imperial Jepun sementara pangkalan terbang lain, RAF Sembawang dan RAF Seletar, diletakkan di bawah kawalan Perkhidmatan Udara Tentera Laut Imperial Jepun.

Zaman Darurat[sunting | sunting sumber]

Sewaktu Darurat, Tengah digunakan sebagai pangkalan kapal terbang pengebom jenis Avro Lincoln Tentera Udara Diraja British dan Tentera Udara Diraja Australia ('Royal Australian Air Force', 'RAAF'). Pengebom-pengebom ini digunakan untuk mengebom pangkalan hutan pengganas komunis Parti Komunis Malaya di Semenanjung Malaysia.

Konfrontasi[sunting | sunting sumber]

Pesawat English Electric Lightning F.6 seakan pesawat Skuadron 74 dari Tengah.

Dalam zaman Konfrontasi Indonesia-Malaysia, Tentera Udara Diraja British sekali lagi menggunakan Tengah sebagai pangkalan. Pada waktu ini skuadron RAF dilengkapi kapal terbang terdiri daripada pesawat tempur English Electric Lightning F.6, Hawker Hunter serta Gloster Javelin bagi memperkukuhkan pertahanan udara Semenanjung Malaysia dan Singapura menetang pesawat MiG-21 dan North American P-51 Mustang yang diguna Angkatan Udara Indonesia.

Pada 3 September 1964, sebuah pesawat Lockheed C-130 Hercules Indonesia jatuh ke dalam Selat Melaka semasa sedang mengelakkan pesawat Javelin FAW.9 kepunyaan Skuadron 60 RAF yang sedang mengejarnya.[1]

Nota[sunting | sunting sumber]

  1. ^ Conboy, p. 161.

Bibliografi[sunting | sunting sumber]

  • Conboy, Ken. 2003. ‘Kompassus’ – Inside Indonesia’s Special Forces. Jakarta: Equinox Publishing.
  • Wixley, Kenneth E. "Gloster Javelin: a production history, Part 2". Aircraft Illustrated, September 1984, Vol. 17, No 9, pp. 420–422. ISSN 0002-2675.

Rujukan[sunting | sunting sumber]

Pautan luar[sunting | sunting sumber]