RAM dwiport

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas.
Lompat ke: pandu arah, cari

RAM dwiport (DPRAM) ialah sejenis ingatan capaian rawak (RAM) yang membenarkan pembacaan atau penulisan berbilang pada waktu yang sama atau hampir sama, berbeza dengan RAM ekaport yang hanya membenarkan satu capaian pada mana-mana satu masa.

RAM Video atau VRAM ialah jenis RAM dinamik yang umum yang biasanya digunakan untuk ingatan video. Ia membenarkan unit pemprosesan pusat (CPU) melukis imej semasa perkakasan video sedang membacanya kepada skrin monitor.

Berbeza dengan VRAM, kebanyakan RAM dwiport yang lain bersandarkan teknologi RAM statik. Kebanyakan CPU juga melaksanakan pendaftar pemproses sebagai RAM dwiport atau port berbilang yang kecil (lihat fail pendaftar).

Lihat juga[sunting | sunting sumber]